Feb 06, 2017 - 39245
Oleh: Afiza Kamarulzaman
1. Begitu setia dengan hanya satu warna walau musim berganti musim dan hanya yang satu itu yang berani dicuba sepanjang masa.
2. Bergincu tanpa alas salap bibir; membuatkan bibir haus lembapan.
3. Mencuba warna gincu pada calitan di tangan!
4. Menyapu gincu sebelum pensel bibir.
5. Menekap bibir atas dan bawah selepas menyapukan warna gincu.
6. Menyapu gincu tidak mengenai hingga hujung dalam bibir.
7. Berasakan hanya satu warna gincu boleh dipakai, sedangkan warna gincu yang cantik boleh dimiliki dengan cantuman beberapa warna gincu yang lain.
8. Kononnya pro! Apabila bergincu tanpa melihat cermin, sedangkan ia kesilapan paling mudah dibuat apabila tidak melihat garis bibir dengan jelas.
9. Memakai gincu tanpa memikirkan suai padan yang lainnya terutamanya gincu merah!
10. Menanggalkan sisa gincu hanya dengan tisu tanpa cucian khusus untuk bibir dan mesti skrub minimum seminggu sekali .