Feb 15, 2017 - 2471
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Kredit foto: Arkib InTrend Malaysia
MASKARA antara 'item' solekan paling laris di pasaran dan ia antara medium solekan yang tidak pernah tercicir daripada aturan penataan wajah. Lantaran besar peranannya dalam memperindah rupa wanita, ia umpama ‘susuk’ paling mudah untuk dipakai demi menaikkan seri wajah seseorang. Bulu mata yang mekar lambang kepada keindahan sepasang mata yang memukau. Tanpa maskara, mata kudup terkulai layu.
TIP 1
Mahukan hasil maksimum? Sapuan maskara perlu bermula dari akar bulu mata, bukan dari pertengahan bulu mata. Tekankan seketika berus maskara di akarnya sebelum dileret pada sepanjang bulu mata itu.
TIPS 2
Teknik sapuan zig zag yang selalu disarankan adalah untuk bertujuan menceraikan helaian bulu mata agar ia kelihatan mekar. Namun, bagi kamu yang lebih sukakan lentikan sekata tanpa jarak sehelai-sehelai, kamu boleh abaikan teknik tersebut dengan menyapu sehala sahaja.
TIPS 3
Sebolehnya, elakkan mencuba maskara di kaunter kosmetik. Ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria kerana telah digunakan oleh ramai orang. Uji saja keberkesanan maskara pada sesikat, fiber dan dakwatnya.
BENEFIT COSMETICS They’Re Real Mascara Swarovski Limited Edition
TIPS 4
Ingin mengatasi masalah sapuan maskara bergumpal? Selepas menyapukan maskara, bersihkan berus maskara dengan tisu.
TIPS 5
Ada yang tersilap dengan fakta bahawa sapuan maskara seharusnya tidak lebih daripada tiga kali sapuan. Maskara boleh disapukan seberapa tebal yang kamu mahu sehingga kamu memperolehi hasil yang diingini tetapi dengan syarat, setiap sapuan, berhenti seketika untuk mengeringkan dahulu dakwatnya sebelum meneruskan sapuan seterusnya.
EYEKO Skinny Brush Mascara
TIPS 6
Jangan takut menggunakan lebih daripada sebatang maskara berbeza. Setiap maskara mempunyai fungsi sama ada untuk melebat, melentik atau menebalkannya. Mungkin kamu boleh mulakan dengan sapuan maskara berfungsi melebatkan dan kemudian diikuti dengan maskara untuk melentikkan. Hasilnya, kamu miliki bulu mata ‘super-duper’!
TIPS 7
Kalau jemarimu tidak ‘selembut’ jemari profesional, lapikkan tisu di bawah mata jika mahu menyapukan maskara pada bulu mata bawah. Ia lebih baik daripada terpaksa membersihkan semula dakwat yang tercalit pada kulit muka selepas itu.
URBAN DECAY Mascara Resurrection