Dec 22, 2016 - 20404
Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram
FIRST Malaysia, then Asia next? The World. Vivy Sofinas Yusof tidak lekang berkongsi bagaimana dia melakar laluannya ke dalam dunia bisnes, juga ke dalam hati para penyokongnya. Bermula sama blog proudduck.com, Vivy mencipta pengikutnya dek quirky-style writings, her education background and the fact that she is gorgeous!
InTrend bertemu Vivy hampir tiga tahun lepas kala Vivy baru usai bernikah, mengandungkan anak pertama dan belum berhijrah hijab. Kini fast forward to 2016, a mother of two to Daniel dan Mariam, Vivy masih lagi punya passion yang sama terhadap kerjayanya, keluarga dan cita-cita untuk menakluki dunia.
Bermula awal sama pendidikan di London School of Economics dalam jurusan undang-undang, pasca usai pengajian dia pulang semula ke tanah air dengan visi dan misi jauh daripada apa yang dipelajari di kamar kuliah. Tahun 2010 melihat lahirnya Fashion Valet, menjanjikan satu hub fesyen yang ulung dan mempromosikan jenama-jenama anak watan kepada seantero Malaysia, juga negara-negara luar.
“It was not easy, ketika itu orang kita tidak begitu gemar sarungkan label-label lokal. We must agree bahawa FashionValet antara penggerak label lokal yang tidak berhenti beri sokongan dan kata semangat. 2016 has changed a lot, both for FashionValet dan Vivy Yusof herself, di mana mimpi ini bakal cipta kesudahannya? InTrend berbual bijak sama gadis genit ini.
Fashion Valet kelihatan amat aktif dan sibuk beberapa purnama ini, apa projek terbaru kalian?
Syukur alhamdullilah, sibuk itu adalah sesuatu yang baik buat Fashion Valet. Kami punya pelabur baru dari Jepun yang cukup memberangsangkan. Keuntungan mereka pada tahun lepas sebanyak 1.2 billion and we are happy to have them on board bersama FashionValet. Hub fesyen ini sudah banyak berubah setelah enam tahun beroperasi.
Kami terus belajar dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin untuk persediaan masa hadapan. Buat masa ini kami sudah punya lebih kurang 500 jenama bermastautin di bawah payung FashionValet. Sebanyak 200 daripadanya pula mengeluarkan koleksi raya sedia pakai dan pengkhususan kami terus kepada barisan pereka-pereka lokal yang bernaung sama jenama kami antaranya Nurita Harith, Syomir Izwa Gupta, Mimpikita, Rizman Ruzaini, Pu3, Yadotsa dan S. Baharim.
Satu lagi kejayaan kami kali ini adalah FashionValet berjaya meyakinkan pereka Indonesia, Biyan untuk mereka satu koleksi khas untuk kami. And we must say sambutannya amat hangat untuk semua pereka-pereka. Hari pertama kami langsungkan pra-tempah, hampir kesemuanya habis dijual.
Setelah enam tahun memperjuangkan label lokal, Vivy lihat punya evolusi yang bagus?
I must say, sebelum FashionValet, jarang lihat pereka tampil sama koleksi sedia pakai (ready-to-wear). Lihat saja waktu ini, hampir semua pereka mahu keluarkan rangkaian RTW, ini adalah ways of the future. Fashion Valet dan para pereka sama-sama memberi manfaat dan saling dewasa bersama.
We are a great platform untuk mereka branch out dan hadir lebih ramai sama pelanggan yang mungkin selama ini segan atau takut mahu sarungkan busana mereka. Ia adalah win-win situation bila mana ia memecahkan jurang antara konsumer dan pereka.
Punya ajnas pereka di bawah payung Fashion Valet, pasti ada yang menjadi kegemaran peribadi Vivy?
Payah juga dalam perihal ini kerana kami bekerja cukup erat sama mereka sehingga menjadi teman, jadi Vivy cuba untuk tidak menjadi bias. Cuba sarungkan sebanyak mungkin label yang kami ikat dan promote semuanya. Ya, pasti ada yang rasa terkilan dan kecil hati namun they should know that Vivy Yusof is NOT Fashion Valet.
Pada penghujung harinya, I am only human and I do have my preferences. Maka Vivy pastikan untuk cuba jadi adil dan saksama. Kadangkala Vivy juga punya rasa ralat apabila kita sokong satu jenama dan mereka mula dikenali dek pembeli Fashion Valet, namun pasca tamat satu koleksi mereka “hilang” mahupun pergi bersama our competitors.
Bagaimana pula sama label dUCk?
dUCk is a very personal brand buat Vivy. Ketika mengambil keputusan untuk melancarkan label ini, kala itu kekurangan amat jenama yang menghasilkan skarf tanpa cetak, jadi Vivy lihat itu sebagai satu peluang yang baru dan mahu tunjuk pada label di luar sana bahawa ia bisa terjual sekiranya eksklusif di FashionValet. Ini adalah kerana dUCk hanya boleh didapati di sini sahaja.
Namun begitu Vivy perlu juga berhati-hati dalam mempromosi dUCk kerana tidak mahu bias. Maka dUCk tidak langsung diiklankan melalui media sosial Fashion Valet, sebaliknya cuma media sosial peribadi dan milik dUCk Scarves sendiri.
Dek ekonomi negara yang tidak begitu meriah, apakah perniagaan kalian terganggu?
Tentunya pelbagai perniagaan terganggu sama yang ini, namun disebabkan FashionValet punya fokus pada ready to wear, ia masih lagi bertahan utuh. Surprisingly pembeli dari luar negara yang meningkat naik, mungkin kerana Forex dan duit kita yang jatuh, mereka banyak membeli.
I think no matter what, perempuan masih lagi perempuan dan berbelanja adalah satu kemestian. Bezanya, they are shopping smarter dan tidak terlalu boros.
Jadi adakah punya beza Vivy Yusof – The Business Mogul and Vivy Yusof – The Mother and Wife?
She is one person, tiada permulaan mahupun penghujung dalam dua wanita ini. I have to juggle both dan percayalah ia memang tidak mudah. Kini Vivy tidak punya masa untuk buang masa. Kerja harus diagihkan secara betul dan we are creating new leaders di FashionValet.
Kalau dahulu boleh saja tinggal di pejabat hingga lewat malam namun tanggungjawab itu harus berubah. It’s a constant battle dalam menjadi ketua, isteri, ibu dan anak. Malahan Vivy sudah lama tidak kembara bercuti. Motherhood has changed me dan ajar untuk uruskan masa agar tidak lalai.
Ayuh bual fasal pengindah hidup kalian, Daniel dan Mariam, mereka ikut personaliti siapa?
Daniel is a big mommy’s boy. Manakala Mariam pula kalau lihat ayahnya pulang sahaja akan tinggalkan whatever she is doing dan lari kepadanya, dia sangat manja dengan ayahnya. Daniel kini berada pada usia yang cukup keletah dan bijak amat, dia banyak mengajar Vivy dan sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa baca bismillah sebelum makan, kejutkan Vivy untuk bangkit tidur awal dan apabila mamanya penat, he knows it dan akan datang rapat bikin semua rasa penat itu hilang pergi.
I am so happy and blessed sama kurniaan Allah untuk kami sekeluarga. Mariam pula masih belum bijak berbicara, namun sudah cukup cheeky dan nakal dan oh... dia sangat garang ya! Apa sahaja yang dia mahukan tetapi tidak dapat, dia akan menjerit sehingga jadi miliknya. In that sense she is a lot like me! Hahaha...
Jika Vivy bisa beri pesanan buat diri sendiri kala baru mencuba bina Fashion Valet, apakah nasihat itu?
Wow, this is tough! Mungkin ia akan kedengaran klise, namun ia ikhlas. “Dear Vivy, walau apa pun yang terjadi sentiasa percaya kepada Allah. Akan ada masa apabila perniagaan diganggu dan kewangan tidak stabil makes you want to give up and loose hope.
Your competitors will try to bring you down, namun jika kita punya Allah di sisi dan sentiasa percayakan rezeki yang diberi- Nya, kita tidak perlu risau, if it’s meant to be it will be. Jika bukan rezeki kita, sekuat mana pun kita cuba, tidak akan terlaksana.
<<KLIK VIDEO INI>>