Dec 09, 2016 - 11166

5 Gaya Rambut Pendek Selebriti yang Mesti Anda Cuba!

Lupakan seketika gaya ikal kepuk, potongkannya untuk stail rambut pendek ilham selebriti ini.

 

Oleh: Afiza Kamrulzaman 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

1. Bob, Fringe Sisir Tepi

 

Sumber foto: Google

 

Gaya bob walau sudah beberapa tahun diperkenalkan namun masih sensasi untuk dicuba. Berikan kelainan pada bentuk fringe dan paras bawahnya untuk kelainan. Fringe sisir tepi menutupi sebahagian mata buat kamu nampak seksi dan playful

 

 

2. Blonde Pixie Cut

 

Sumber foto: Google

 

Siapa kata muka bulat tidak boleh berambut pendek? Gaya rambut berpotongan pixie ala Michelle William ini membuktikan kamu nampak lebih tembam dengannya. Malah, dengan rona perangnya itu, ia menyerlahkan lagi mahkotamu itu

 

 

3. Vintage

 

Sumber foto: Google 

 

Rambut pendek tidak semestinya hanya mahu nampak edgy dan tidak menonjolkan gaya classy. Cubalah potongan yang lebih elegan dengan tekstur beralun yang lebih retro dan meniupkan gaya formal untuk dibawa. 

 

 

4. Asymmetrical Bob

 

Sumber foto: Google

 

Potongan rambut ini lebih pendek di bahagian belakang dan mencerun di hadapannya separas menutupi rahang wajah. Ia membuatkan wajah nampak lebih moden dengan fringe sisir tepi menutupi hampir sebahagian wajah. 

 

 

5. Side-Swept Bangs

 

Sumber foto: Google 

 

Potongan pixie dengan fringe lebih panjang dan menutupi hampir sebahagian dahi. Ditambah warna perang platinum ini, ia jelas membuatkan kamu lain daripada yang lain dan buat wajah nampak mahal. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    28 'Susuk Mekap’ Para Pengantin Mesti Amalkan

  • Seterus →

    Adakah Anda Tahu, Ketawa Beri Kecantikan dari Dalam? Ini 5 Sebabnya..