Feb 05, 2017 - 4634

“Saya Pernah Kena Tampar Dengan Guru Sekolah Sebab Meloyar Buruk” — Sharifah Shahirah

Katanya, peristiwa itu menjadi pengajaran yang amat besar buat dirinya. Kepada kami, Sharifah Shahirah menceritakannya.

 

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram 

 

 

 

 

 

 

BAGAIMANA dengan perniagaan kafe Shahirah sekarang? Boleh ceritakan?

Enjoy’s Corner adalah milik Ijoy (suami), Shiera sekadar beri sokongan, tetapi hati cukup gembira apabila berada di kedai kerana dapat bertemu dengan ramai kenalan dan peminat yang datang untuk makan sama.

 

Jangan ingat Shiera tak angkat dan cuci pinggan ya? Kadangkala belum sempat labuhkan punggung dah kena ambil pesanan makan tapi Shiera benar-benar enjoy it, yelah kenalah sokong suami, kata nak jadi isteri mithali? Hahaha... 

 

 

 

 

 

Tidak rindu berada di hadapan kamera, berlakon mahupun mengacara?

Pastilah rindu, tapi buat masa ini Shiera tidak punya banyak masa untuk berada di set untuk jangka masa yang panjang, anak-anak perlu diutamakan dan tanggungjawab sebagai isteri lebih diberi keutamaan. Sejujurnya, tawaran untuk rancangan televisyen sudah berkurangan.

 

Ada yang bilang kerana Shiera sudah tandatangani kontrak sama radio Ultra dan disebabkan stesen televisyen masing-masing punya saluran radio sendiri, mereka tidak mahu punya sebarang masalah kontrak. Jadi itulah antara sebab Sheira jarang muncul lagi di TV. Tapi Shiera faham mereka juga punya prinsip yang perlu dijaga dan cara kerja semua berbeza-beza. 

 

 

 

 

Kekurangan pelawak atau penghibur wanita benar-benar merisaukan, pendapat Shiera?

Memang sangat kurang bilangan pelawak wanita yang boleh dilihat di stesen televisyen, namun sebenarnya ramai lagi yang aktif dengan tawaran pertunjukan korporat dan majlis tertutup. Ini adalah kerana masyarakat kita tidak gemar melihat seorang perempuan tergelak-gelak, terjerit-jerit mahupun terkinja kala di pentas.

 

Mereka tidak kisah melihat seorang lelaki untuk buat lawak-lawak sebegitu, for a girl mereka masih mahu kita tampak cantik, manis dan ayu. Kalau lawak pun cukuplah bersederhana sahaja.

 

Shiera sendiri sangat meminati lawak cara stand-up comedy, namun ia mengambil masa dan banyak kerja sebelum bisa benar-benar bergelar perempuan yang hebat setaraf sama stand-up comedian yang lain. Namun dalam sitkom dan drama bersiri barulah pelawak perempuan bisa diterima lebih elok, jadi kita harus tahu cabang apa yang kena sama bakat kita.  

 

 

 

 

Shahirah sendiri tidak bermula sama komedi, bagaimana masuk dalam arena ini?

Sejak kecil Shiera memang gemar tonton sitkom di televisyen dan berlawak dengan teman-teman di sekolah, apabila mereka ketawa dan tergelak bikin Shiera rasa gembira sangat. Siap pernah kena tampar dengan guru sekolah kerana loyar buruk apabila disoal! Itu semua jadi pengajaran buat Shiera untuk tahu when it’s right or wrong to be funny.

 

Asalnya Shiera masuk ke dunia lakonan dengan tawaran drama dan watak yang bukan komedi, tapi semuanya diterima kerana mahu mencari duit dan belajar untuk aktif dalam dunia hiburan.

 

Mencari tempat berdiri memang tidak mudah, jadi apabila sudah ada tawaran Shiera terima saja. Penonton mula lihat Shiera sebagai komedian pasca mengacara untuk Anugerah Bintang Popular, selepas itu barulah tawaran watak komedi mula datang dan kepercayaan diberi oleh orang untuk mengemudi acara makan malam dan korporat.

 

Selepas itu barulah Shiera mula mendapat nominasi untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular selama empat tahun, walaupun tak pernah menang Shiera terima banyak job kerana mereka lihat nominasi itu, jadi it’s a win win situation. 

 

 

 

 

Dunia komedi dan lawak kini diangkat tinggi dek rancangan seperti Maharaja Lawak Mega, lebih banyak pro atau kons?

Benar, memang program sebegitu telah meletakkan artis komedi pada carta utama, sehingga bikin Shiera juga cuba untuk ubah cara hiburkan peminat sama method yang dilakukan dalam Maharaja Lawak Mega. Kalau bicara fasal baik dan buruknya program ini, Shiera rasa itu adalah satu lumrah yang tidak boleh dijangkakan.

 

Memang ia meletakkan komedi pada taraf tinggi, namun ia juga melambakkan komedian yang ada, apabila terlalu ramai ada juga bahayanya. Lihat pada Zero, mereka sudah lama aktif namun rezeki benar-benar hadir selepas Maharaja Lawak Mega, jadi pastinya ada alumni Raja Lawak yang hebat tetapi masih belum mencapai kemuncaknya pada waktu yang tepat.

 

Seperti juga bikin album, kadangkala lagunya enak dan penyanyi hebat namun tidak terjual kerana not the right time dan bukan itu yang orang mahukan buat masa ini. Shiera mahu lihat lebih ramai pelawak wanita yang diberi fokus utama. 

 

 

 

 

Contohnya? Ramai pelawak wanita di luar sana yang tidak bisa transcend kepada televisyen, antara yang Shiera cukup hormati adalah Norlia Ghani, Rosnah Mat Aris dan Arwah Yusni Jaafar. Kalau kalian dapat peluang untuk lihat mereka di pentas, oh cukup bijak dan menghiburkan.

 

Mereka boleh berlawak, menyanyi dan relate sama penonton yang bukan berbangsa Melayu pun. Tidak lupa juga Jaafar Onn dan Helmi & The Gimmics yang sangat bertenaga dan mampu bikin semua berdiri dan enjoy the show.  

 

 

 

 

Benarkah pelawak perlu bijak?

Ya! Ini satu perkara yang amat penting kalau mahu menjadi seorang penghibur yang berjaya dan sukses! Kita harus bijak bual, bijak gaul dan peka perihal perkara sekeliling, current events. Belajar untuk sentiasa latih diri untuk soal perkara yang kita tidak faham. Lawak itu harus universal. Shiera sendiri jika terima tawaran daripada syarikat akan bikin homework dan ambil tahu perihal syarikat itu, dari situ baru kita boleh cari bahan apa yang lucu dan relevan sama mereka.

 

Kala tiba di lokasi, terus peka sama orang yang hadir, ucapan yang diberi oleh majikan mereka dan segalanya, tidak boleh alpa nanti bahan lawak kita tidak menjadi. Surround ourselves sama mereka yang lebih bijak dan tahu perkara lebih daripada diri sendiri, tidak kiralah jika mereka lebih muda.

 

Lihat sahaja Jep Sepahtu, kalau berbicara samanya dia tahu apa yang terkini namun masih juga tahu perkara yang berlaku pada masa lalu. Daripada bual fasal dunia hiburan, politik dan segalanya, dia punya pengetahuan itu. 

 

 

 

 

Apa kurangnya lagi dalam industri hiburan, terutamanya lawak?

Kalau mahu dihitung secara peribadi masih terlalu banyak perkara yang Shiera mahu tumpahkan buat industri kita, masih mahu aktif berlakon, masih mahu memeriahkan dunia tontonan umum.

 

Shiera juga simpan impian untuk punya my own talkshow kerana semua tahu Shiera memang galak berbual dan bermesra sama semua, tapi mungkin belum rezeki lagi, siapa tahu pada masa hadapan? Rezeki bukan di tangan manusia, asalkan kita kerja keras.

 

Mahu perbaiki diri dalam penyampaian radio, kita ingat mudah saja setakat mahu berceloteh dan membebel tapi ada juga payahnya, orang tidak boleh lihat mimik muka, gerakan tangan kita mahupun jika kita tersenyum atau tidak, cuma melalui tona dan cara penyampaian.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Punya nasihat untuk para pelawak baru?

Alah, nasihat biasa-biasa saja, daripada seorang kakak kepada adik, usah cepat lupa diri, sentiasa jadi diri sendiri dan cuba untuk sentiasa be nice to people, kita tidak boleh jangka siapa yang bakal beri kita job atau peluang pada masa depan.

 

Usah menyombong tak bertempat dan belajarlah menabung, kita tak selalu senang jadi bersedialah. Selain itu keep on entertaining people, biarkan mereka tertawa bersama kita and not at us. 

 

 

 

 

 

Prinsip sekarang apabila kembali aktif dalam dunia hiburan?

Memang kalau mahu kenang kembali zaman dahulu diri sentiasa berseronok dan kerja siang malam tidak rasa apa pun. Namun kini tanggungjawab lebih penting.

 

Lebih senang kini, punya suami yang handsome, anak-anak cukup pakai, cukup makan dan hidup selesa, a good family dan Shiera memang suka entertain orang, daripada mak, bapak hinggalah ke mak mentua semuanya dilayan, hahaha. Tetapi Shiera masih mahu lagi aktif bekerja dan mahu menabung untuk anak dan keluarga. 

 

 

 

Kalian sekeluarga punya 'a great sense of humour'?

Kami adik-beradik kalau berkumpul memang riuh, we always talk to each other dan sentiasa bergurau-senda. Dari kecil lagi bisa lihat Lynn (Sharifah Haslinda) memang kuat feeling, paling suka kalau menonton drama 'Dynasty' tu memang dia rasa diri dia tu Alexis Carringtonlah!

 

Macam Shiera dan Kinah (Sharifah Sakinah) memang gemarkan komedi dan dunia lakonan, kalau melawak tu memang pastinya riuh. Kami punya abang yang sedikit pendiam, mungkin sebab kena tahan dengan kami yang bising ni, hahaha. Namun dari zaman persekolahan kami memang mahu ceburi dunia hiburan, kalau fasal sekolah memang corot tapi when it comes to being artistic memang makanan kamilah, hahaha... 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Imbas Kembali Detik Percintaan Pasangan Paling Ideal Scha-Awal Sebelum Kelahiran Lara Alana

  • Seterus →

    Dikatakan ‘Kayu’, FATTAH AMIN Takde Hal, Dia Kental! — Ini Rupanya Prinsip Hidup Fattah