Feb 04, 2017 - 8681

Imbas Kembali Detik Percintaan Pasangan Paling Ideal Scha-Awal Sebelum Kelahiran Lara Alana

Pasangan ini antara pasangan selebriti paling 'sweet' dan ideal. Sejak tercetusnya fenomena 'Schaawal', mereka menjadi antara 'powe couple' paling berpengaruh di Malaysia.

 

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram

 

 

 

 

 

 

Bagaimana pasca gelar suami isteri? Bisa cope sama each other’s eccentricity dan gaya hidup yang berbeza?

Scha: Hidup berdua memang membahagiakan, masih lagi cuba untuk kenali cara living situation Awal yang adakalanya berbeza dengan cara Scha, namun we work at it hand in hand bersama-sama. Namun greatness dan keserasian kami adalah both of us adalah clean freak yang sukakan semuanya teratur, bersih dan kemas. Kalau pasal flaws pula Awal ni sukar bangkit pagi dan suka sangat last minute planning, juga indecisive dan sukar beri kata putus. Tapi mungkin itulah antara sebab Scha sayang dia.

 

Awal: Menarik! Bagi Awal, Scha tidaklah sempurna, begitu juga dengan myself, masih banyak lopong dan kosong yang perlu diperbaiki, namun kita cuba untuk have fun bersama sentiasa. Awal sukakan semua kekurangan Scha kerana itulah yang makes it great, our imperfection compliments us. 

 

 

 

 

Yang paling memeranjatkan tentang the other half?

Scha: Awal sangat pandai menghafal, daripada lirik lagu ataupun skrip ia cepat benar masuk ke dalam otak and it stays there, jadi he’s very dependable dan tidak akan terlupa perkara yang penting. Selain daripada itu, he is very hand’s on, bukan jenis yang hanya take the back seat dan let other people sudahkan kerjanya. Satu lagi perkara yang mungkin ramai tidak tahu adalah Awal Ashaari bijak menggunakan perkakas hardware dan bijak juga perbaikinya, terutama sekali barang elektrik rumah.

 

Awal: Siapa sangka Scha Alyahya yang nampaknya chill dan relaks sangat berdisiplin tinggi dan punya schedule untuk segala-segalanya. Awal kadang-kadang suka buat perkara yang out of the ordinary dan just go crazy and fun, tapi tidak bagi Scha. Semuanya ikut perancangan kemas in her prim and proper world. Ya! Scha plays by the rule... Always. 

 

 

 

 

 

Segala perancangan nikah, sanding dan dunia bersama praperkahwinan dikongsi sama di kaca TV. Kalian berdua benar- benar terbuka untuk berkongsi dengan peminat?


Scha: Apabila kami ditawarkan untuk rakam perancangan semua, we decided untuk take the chance kerana berapa ramai orang boleh bilang they’ve this opportunity, jadi kami decided to take it untuk kongsi sebagai “hadiah” kepada peminat-peminat kerana mereka sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami.

 

Secara peribadi Scha sangat private dan mahu jaga hati ramai pihak terutama keluarga, jadi Scha pastikan apa yang dikongsi bersama untuk rancangan itu punya limitasi dan tidak ganggu ketenteraman sesiapa.

 

Awal: Kalau mahu dihitung, mungkin Awal lebih terbuka (daripada segi privasi) berbanding dengan Scha. She is a totally different person when we are together. Apa yang dia buat, lakukan, ke mana dia pergi dan segalanya evolves her world is just for us to keep, she doesn’t kiss and tell. Namun untuk rakaman ini we let our guards down, kami cuba untuk menjadi diri sendiri dan sangat menggembirakan.

 

Awal suka nak kongsi semua dengan peminat, kalau boleh semuanya nak beritahu, daripada my whereabouts dan aktiviti sehari-hari kerana bagi Awal peminat adalah segalanya. Namun mungkin kerana sebagai seorang lelaki kita lebih bebas, wanita perlu jaga tertib mereka dan harus punya garis panduan. But at the end of the day, kami lakukan memang hanya untuk peminat yang jadi tunjang utama kerjaya kami. 

 

 

 

 

Kali pertama beraya sebagai suami dan isteri?

Scha: Seronok sangat dapat drag Awal balik ke kampung di Kedah dan Penang untuk beraya di sebelah Scha. Selepas itu dapat pula beraya dengan keluarga Awal yang sangat besar. Pengalaman baru yang cukup menyeronokkan.

 

Selain daripada kenal dengan ramai orang, Scha juga dapat cuba makanan dan resepi baru yang sedap. Tapi apa yang paling bermakna raya ini adalah Scha dapat salam dan cium tangan Awal pada pagi raya, nothing can ever beat that.

 

Awal: Banyak yang kami kongsi bersama, daripada menjalani ibadah puasa, solat Tarawikh dan buat semua persediaan raya bersama-sama. Keluarga Awal juga menjadi lebih besar kini. Banyak rumah yang terpaksa kami kunjungi dan harus bahagikan masa untuk melawat kedua-dua belah pihak.

 

Yang paling lekat di minda adalah dapat balik kampung, selepas 30 tahun tak pernah rasa ada kampung, nak balik beraya. Di Sungai Petani, Awal dapat singgah ke rumah asal Scha dan keluarga, lihat dan sentuh barang-barang lama Scha, daripada buku- buku sekolah dan lain-lain. Rasa macam baru kenal isteri sekali lagi. 

 

 

 

 

Scha antara barisan next fashion darling yang dipandang tinggi, apa trend terbaru yang perlu ada untuk Musim Luruh/Sejuk?

Scha sukakan rekaan musim ini yang berteman peplum, cantik terletak dan punya a romantic feel di situ. It’s definitely a must have untuk musim ini, boleh dilihat dalam pilihan baju raya juga, how cool!

 

Selain itu leggings yang bercorak cetak juga antara must haves kerana ia mudah dipadan dan masih kekal fashion forward. Warna-warna bold dan mencuri tumpuan pandang, cetak floral pun kegemaran Scha musim ini. I do still love my skinny jeans, sepatu tinggi dan my Tod’s ballet flats, ia sangat selesa. 

 

 

 

 

Scha sukakan gaya siapa?

Ilham klasik Permaisuri Rania dan Grace Kelly sering Scha dambakan kala bergaya lebih feminin dan kewanitaan. Mereka tahu how to
dress like a lady
dan kekal fashion forward dan punya individual style. Begitu juga Audrey Hepburn yang bikin ikonik The Little Black Dress (LBD) a must have untuk kaum wanita.

 

How fabulous it is to live their life, pasti seronok bukan? Kalau daripada segi pereka pula Scha loves rekaan Syaiful Baharim (yang mereka busana sanding dan nikah Scha), Rizman Ruzaini, Nurita Harith dan Wanpa. Mereke kenal Scha dan selesa untuk kerja sama. 

 

 

 

 

Scha datang daripada barisan Dewi Remaja yang kini masih aktif melahirkan bintang muda. Seperti batch terakhir punya Neelofa, Anzalna Nasir, Izara Aishah dan Ramona Zamzam. Is this the best way untuk mula dalam dunia seni?

Scha sangat berbangga kerana lahir daripada produk itu, dan pastinya it’s a great way to start your career. Scha percaya mereka semuanya bagus-bagus belaka dan pastinya punya kelebihan masing-masing. I am so proud kerana ia berjaya melahirkan pendatang baru arena seni yang dapat menyumbang something new and exciting kepada dunia seni yang cukup disayangi. Tapi ingat... tidak mudah hidup sebagai anak seni. Kerja keras dan rasa kuat tahan diri perlu ada. 

 

 

Apa cara Awal untuk kekal current? Atau tidak takut tenggelam dalam barisan bintang baru?

Jika ada rezeki pasti tidak ke mana-mana. Lagipun kalau sudah tamat masa kita tidak boleh bikin apa bukan? Namun bagi Awal tidak akan aim to make myself current dan tidak harap untuk kekal current, sebaliknya Awal mahu be relevant. That’s all.

 

 

Awal Ashaari antara selebriti lelaki yang sering muncul on top kala list best dressed dan kacak jadi taruhan.

Awal langsung tidak pernah berusaha atau jadikan ia cita-cita untuk menjadi best dressed atau punya rasa tanggungjawab untuk sentiasa look good agar dapat kekalkan “title” itu. Namun Awal sentiasa berterima kasih kerana peminta ambil berat dan gemarkan penampilan Awal, I am very simple dan pentingkan kekemasan dan keselesaan above all. 

 

 

 

 

Susah mahu kekalkan imej sebagai Best Dressed?

La... Awal tak kisahlah orang nak bilang saya fashionable atau tidak. For me, Awal sarung sahaja apa yang mahu dan padankan ke mana acaranya, janganlah kita over dressed mahupun under dressed. Harus juga biar diri sendiri sentiasa rasa selesa. Awal suka rumble dan padu padan sahaja pakaian yang ada, bukanlah terlalu cerewet.

 

Mungkin juga cara kita bawa diri make it look good, itulah peribadi jati Awal Ashaari. If you feel good from within pasti bisa pancarkan ia keluar nanti. Jenama juga bukanlah isu dalam pilihan pakaian asalkan punya keyakinan diri, bukan hanya perlu sarungkan Prada, Gucci dan label mewah sahaja. Semuanya in moderation dan occasion yang mahu dihadiri. Tak usahlah terlalu beria!  

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    "Terima Uqasha Seadanya... Kenapa Menghakimi? Mengapa Tidak Mendoakan?" — Uqasha Senrose

  • Seterus →

    “Saya Pernah Kena Tampar Dengan Guru Sekolah Sebab Meloyar Buruk” — Sharifah Shahirah