Jan 04, 2017 - 30615

Aktres Harapan Festival Filem Malaysia 1994, Datin Zizie Izette Kini Bahagia Sebagai Ibu dan Isteri

Siapa tidak kenal wanita ini, memiliki raut wajah yanng mulus, gebu dan cantik pastinya semua wanita mahu kulit sepertinya. Empunya diri Zizie Izette, berkongsi cara dia menjaga kesihatan diri serta kecantikan wajahnya.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Sumber foto:

 

 

 

 

 

MRS BUNG MOKHTAR – Zizie Izette is our “Controversial Thirties”. Gelaran Datin Zizie 'ditolak' ke sisi, dia tidak perlu atau mahukan gelaran yang itu, percaya atau tidak, it is all about love. Kala usia sebegini, wanita sudah mula memperlahankan tindak-tanduk daripada mencuba segalanya dan beri pengkhususan pada yang penting. Dan bagi Zizie perkara itu adalah dirinya, suami, keluarga dan kerjaya – and in that order as well.

 

Singgah ke laman Instagramnya, kita dapat saksikan bagaimana dia menjaga kecantikan diri. Gigih ke gimnasium dan mengekalkan gaya hidup sihat meletakkan Zizie dalam carta lengkap kami sebagai 'Beauty at 30'. Sejak awal kemunculan di kaca televisyen, Zizie hadir dalam pakej kulit nan mulus, cantik dan gebu. Lebih menakjubkan, Zizie merentas usia 30-an dengan mengekalkan keanjalan yang itu.

 

Ada yang bilang, mudah untuk langsing dan tampil cantik jika berduit, “Saya tidak bersetuju, ya duit memang membantu namun segalanya terletak pada semangat kita untuk menjaga diri. Percayalah, saya bukan jenis strict person apabila berbual perihal kesihatan, tetapi jika ia perlu dilakukan dengan niat mahu cantik, maka cantik itu memerlukan pengorbanan.” 

 

 

 

 

Bagaimana rutin harian Zizie kini? 

Menjejak usia 30-an, Zizie lebih prihatin perihal kesihatan dan penjagaan diri, jadi jadual harian selain daripada menjadi isteri kepada suami tersayang Zizie banyak fokus perihal penjagaan diri di gimnasium, mahu punya gaya hidup yang sihat.

 

Selain daripada bertungkus-lumus di gimnasium, Zizie juga punya production house sendiri BZ 2121 Production yang seringkali bekerja sama pengarah Isma Azma Aizal Yusoof dan banyak perancangan yang kami bakal lancarkan untuk tahun-tahun yang mendatang.

 

Selain itu, Zizie sebenarnya sedang dalam perbincangan dan mahu menghasilkan produk kecantikan yang menjurus kepada kesihatan dan kecantikan untuk dikongsi sama semua penyokong Zizie. Namun sejujurnya, masa banyak diluangkan sebagai surirumah, jaga makan minum suami dan membahagiakan diri. 

 

 

 

 

Ramai yang bilang lebih mudah untuk cantik dan sihat apabila punya duit, setuju?

Sebelum Zizie berkahwin, kehidupan amat sederhana dan hingga kini Zizie masih menabung. Jadi rasanya tidak adil untuk bilang sebegitu, ya duit sememangnya banyak membantu namun rasanya ketika sebelum bernikah pun Zizie amat pentingkan paras rupa, tidak mahu tampak selekeh. Kalau mahu work out Zizie ke taman untuk berjogging dan keluarkan peluh, jadi ia bukanlah alasan. 

 

 

 

 

Ada yang bilang Zizie menunjuk kemewahan di laman media sosial, setuju?

Zizie bukanlah jenis yang pergi berbelanja dan kemudian rakam foto sama beg-beg penuh di tangan, that is not my style. Zizie lebih gemar berkongsi foto OOTD (Outfit of The Day) dan jarang sekali bilang baju jenama apa, tas mewah atau tidak sebaliknya mereka yang lihat bikin konklusi itu.

 

Zizie gemar berfesyen, kembara dan memasak maka sering mahu kongsi sama my Instagram followers, to me this is my diary and this is the reality of my life, bukan mahu menunjuk.

 

Lagipun akaun Instagram Zizie private dan perlu minta approval baru dilepaskan, jadi kalau mereka yang mahu follow my account tetapi sibuk mengomen, hentikanlah sahaja dan klik saja punat unfollow itu. 

 

 

 

 

Ayuh ubah cerita! Pada usia 38 tahun kulit masih anjal gebu bagai anak dara, bagaimana menjaganya?

Zizie enggan berbohong dan bilang ia kerana penjagaan yang intensif, sebaliknya kulit ini memang diwarisi daripada gen keluarga Zizie, kami tidak punya banyak masalah tentang kulit. Kurniaan Allah yang cuma perlu dipelihara elok-elok.

 

Zizie pastikan kulit sentiasa bersih dan bersalut SPF, sangat penting kalau berada di bawah terik suria. Pengambilan buah-buahan dan sayuran juga bikin kulit kita sihat selain daripada bersenam. 

 

 

 

 

Rutin kecantikan pula bagaimana? 

Tidur adalah perkara paling penting bagi Zizie, jika tidak cukup tidur, tubuh tidak cukup tenaga untuk bergerak, bersenam mahupun beroperasi dengan cekap. Penjagaan kulit pula Zizie sekadar menggunakan Shu Uemura Makeup Remover dan Baby Oil untuk mencuci, mungkin kerana itu juga kulit Zizie tidak banyak songeh.

 

Vitamin pula Zizie lebih gemar mengambilnya secara natural yakni makan buah-buahan dan sayuran segar. Avacado is a must in my kitchen

 

 

 

 

Sudah bersedia untuk melangkah ke usia 40? 

Buat apa mahu takut? Melihat wanita 40-an kini, adakala mengalahkan yang muda, lihat sahaja Rozita Che Wan dan barisan bintang Hollywood yang looks amazing in their 40s, asalkan aktif dan produktif semuanya akan okey, insya-Allah. 

 

Mummy Kathy turunkan petua cantik? 

Mummy sering ingatkan Zizie untuk buat senaman muka, urut wajah sama baby oil pada pipi, bawah dagu dan ubun rambut untuk menegang dan melembutkan kulit. Mummy juga sering ingatkan Zizie supaya mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin. 

 

 

 

10 #OOTD Zizie Izette yang menjadi pilihan InTrend: 

 

1. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

2. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

3. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

4. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

5. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

 

6. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

 

7. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

8. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

 

 

9. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

 

10. 

 

Sumber foto : Instgaram 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Saya Bukan Pelawak. Saya Pelakon Serius yang Selalu diberikan Watak Jahat”— Ebby Yus

  • Seterus →

    “Lepas 9 Tahun Bercerai, Kami Rujuk Kembali. Cinta Saya Kepada Arianie Terlalu Dalam” — Dato’ Hattan