Dec 12, 2016 - 203034

“Minum Air Sejam Lepas Makan, Baru Tak Buncit” — Tips ROZITA CHE WAN Cantik Walau Usia Lebih 40

Kecantikannya masih tak dapat ditandingi orang muda. Ini cara Che Ta menjaga dirinya.

 

Oleh:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CEREWET perihal kecantikan. Itulah kata-kata yang dapat dirungkai apabila menatap gaya Rozita Che Wan sekitar fotografi dan temu ramah ini diadakan. Gaya berjalan, duduk, ketawa dan berbahasa; semuanya cukup sempurna. Melangkah masuk studio dengan wajah cantik serta senyuman manis membuatkan kita cukup kagum dengan wanita yang satu ini. 

 

Selain mempunyai personaliti elit, sikap ramah Rozita bersembang-sembang dengan loghat utara membuatkan kami semua di studio terleka, tidak sedar waktu berlalu begitu pantas. Inilah hidangan yang dapat disajikan kepada kamu semua tentang peribadi cantik Rozita Che Wan dalam rutin sehariannya.

 

 

Bagaimana Rozita menafsir erti cantik?

Cantik bukan sekadar memiliki wajah jelita serta tubuh menggiurkan. Ia adalah inner beauty yang selalu dilupakan banyak wanita tanpa disedari. Hati budi yang ikhlas dan bersih, santun kala berbahasa serta pergerakan melahirkan kecantikan luar biasa. Itulah kunci ‘cantik’ yang mesti disimpan dalam hati setiap insan bergelar wanita.

 

Apa rutin Rozita untuk menjaga dan mengekalkan kecantikan diri?

I sangat sederhana. Tiga rutin asas cukup untuk kulit. Kalau nak tahu, I tak pernah buat facial. Cuma aplikasi masker seminggu sekali. Yang penting, bersenam. Macam semalam (ketika temu ramah diadakan), selesai shooting lebih kurang jam 10 malam, I gagahkan diri untuk main badminton. Cukup walaupun sejam, janji keluar peluh. Selain bagus untuk kesihatan, berpeluh juga bagus untuk kulit. Ia melambatkan proses penuaan.

 

 

Bahagian tubuh atau wajah yang Rozita sendiri rasakan anugerah tercantik? Bahagian tubuh yang selalu menarik perhatian?

Hmm... mata? I dipilih sebagai 'Miss Beautiful Eyes' dalam Miss South East Asia pada 1992.

 

Rozita tidak boleh keluar rumah jika...

Jika tak cantik! I memang obses dengan penampilan diri. Setiap kali nak keluar beli makanan pun I pasti bersiap (pasang bulu mata palsu).

 

\

 

Amat sinonim dengan pemakaian bulu mata palsu, apa keistimewaan memakainya dan kenapa Rozita tidak berani tampil 'natural' dengan bulu mata asli? 

I suka pakai bulu mata palsu. Ia menampakkan bingkai mata besar kerana bentuk mata I ni sepet sikit. Sebenarnya I taklah pakai yang over pun. Hanya yang simple dan biasa saja. Pemakaiannya pun mudah. Kalau nak dibandingkan dengan maskara, bulu mata palsu lebih senang. Lepas pakai, tanggal saja. Tak payah nak cuci pun.

 

Mengapa tidak pilih untuk cuba ‘fiber lashes’?

Tak boleh dibawa untuk solat, ia juga boleh menyebabkan bulu mata asal mudah gugur.

 

 

Rozita juga dilihat gemar memakai kanta lekap. Warna serta jenama pilihan?

Ia sebahagian daripada aksesori solekan sekarang. I ada pelbagai pilihan seperti hijau, biru, coklat dan kelabu. I pakai semua jenama. Tapi semestinya jenama bermutu tinggi seperti ColourVUE dan FRESHKON adalah pilihan lebih baik.

Sebelum berlakon, Rozita seorang pramugari. Karier yang jadualnya tidak menentu. Bagaimana Rozita membelai kulit supaya tetap terpelihara walaupun sibuk?

Seperti I katakan tadi, I sederhana sahaja. Hanya tiga langkah asas sahaja. Tapi I pentingkan pengambilan makanan seimbang. Hindari makanan berkolesterol. Kulit wajah harus dijaga sepenuhnya. I gunakan L’Oreal Whitening Cleanser dan Garnier Age Lift serta wajib pakai krim tabir suria. Itu sahaja.

 

 

Rawatan kecantikan pertama yang pernah dilakukan? Di mana dan berapa kosnya? 

Hmm... spa pertama yang I pernah jalani ialah rawatan urut Bali serta mandi lulur di Spa Javapuri. Selepas cuba buat kali pertama, rasa best pula. Terus dijadikan rutin jika I ada masa terluang dan tidak terikat shooting.

 

Kali pertama Rozita bersolek?

Haha... ketika tingkatan empat. Senyap-senyap I pakai gincu merah mak jenama Ratu Ayu... pergi sekolah! Cikgu marah la, datang sekolah mulut merah macam tu. Tapi I buat tak tahu je. Berani cikgu nak marah anak penghulu? Haha…

 

 

Rozita lebih menyenangi solekan atau fesyen?

Mana ya? Kalau ikutkan hati, I lebih suka fesyen. Dulu waktu sekolah, kalau kawan-kawan lain pakai baju kurung dengan butang kancing, tapi I ikat reben tau! Setiap hari reben berlainan warna. Rambut pula setiap hari dibega macam-macam stail. Ada hari ikat tocang senget, ada hari lepas saja dan ada pula harinya I bersanggul.

 

 

Tiga produk kecantikan MESTI ADA?

Hanya puff. Selalunya I akan bersolek siap-siap di rumah. So, puff tu untuk tujuan touch up sahaja.

Minyak wangi pilihan?

Thierry Mugler Alien, Versace Women, Incanto Charms by Salvatore Ferragamo dan Fantasy by Britney Spears.

Berapa kerap Rozita ke spa?

Bergantung pada masa. Jika ada masa lapang baru I pergi, untuk mandi lulur dan urut Bali.

 

 

Rozita dilihat berani menggayakan apa jua busana. Warna kegemaran Rozita?

Warna menceriakan mood kita. Sebaiknya elak warna suram. I paling suka biru kobalt dan fuschia. I suka juga mix and match berbanding gunakan warna senada.

Penampilan Rozita paling cantik, di mana?

Majlis resepsi perkahwinan Mawi dan Ekin. Dress direka oleh Yamin tajaan Jakel.

Untuk solekan, trend yang digilai?

I suka smokey look. Tapi tak terikat pada warna hitam dan kelabu sahaja. I suka juga cetusan coklat. Yang paling tak suka solekan mata biru.

 

 

Kalau Musim Bunga, 'fresh look’ menjadi kunci gaya solekan. Kenapa Rozita tidak praktikkan ‘less is more’?


Untuk I, more is more. Rasa pucat la pula wajah kalau tak dikenakan pemerah pipi atau warna pada bibir. Sebenarnya, I tak la bersolek keterlaluan. Biasa sahaja. Mungkin disebabkan pemakaian bulu mata palsu maka ramai komen I suka yang over. Lagipun solekan tebal pun untuk ke acara tertentu sahaja. Hari-hari biasa I hanya aplikasi gloss dan bulu mata palsu saja.

Kos kecantikan setiap bulan?

Tak boleh cakap la nanti orang kata I high maintenance. Haha...

 

 

Tips kecantikan Rozita yang boleh dikongsi dengan semua pembaca InTrend?

Minum air hanya apabila sudah selesai makan. Hindari makanan berkolesterol tinggi. Macam I, memang wajib makan nasi. Kalau tak makan nasi rasa lemau aja. Tapi kawallah kadar pengambilannya. Usah terlalu banyak. Lakukan juga senaman setiap hari. Tak kira sesibuk mana sekalipun kita, pastikan satu jam dapat diperuntukkan untuk bersenam. Kamu semua harus berkeyakinan tinggi dan percaya bahawa diri kamu adalah wanita yang cantik. Betul tak? 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Mira 'Beauty Conscious' Orangnya, ke Mana Pergi Mesti dengan Cermin Tak Boleh Tinggal" — Amyra Rosli

  • Seterus →

    “Syamsul Juga Menitikberatkan Penjagaan Kulit, Mana Mungkin Saya Mahu Kalah Dengan Dia” — Puteri Sarah Liyana