Mar 08, 2017 - 15784

Kacang Soya, Telur Kuning, Kacang Hijau dan Tepung Ubi Boleh Mencerahkan Kulit Putih Semula Jadi

Anda memiliki kulit lesu, kusam dan tidak bermaya. Apa kata anda cuba tips ini ia dapat membantu menyegarkan kulit agar kelihatan cerah dan berseri.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

TIPS EKSTRA CERIAKAN KULITMU YANG LETIH LESU... 

 

1. Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau sehingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. 

 

2. Rebus segenggam biji kani atau manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ia suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajahmu dengan air bersih. Amalkan selalu.

 

3.  Ambil sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi mentimun itu hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian, campurkan kedua- dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh dengan air bersih. 

 

4. Ambil segelas susu segar lalu sapukan pada wajah. Sambil sapu, gosokkan juga sehingga rata. Kamu akan dapati wajah menjadi sedikit melekit, tidak mengapa. Biarkan saja sehingga kering. Cuci dengan air suam dan ulangi petua ini dua kali seminggu. Hasilnya, wajah lebih licin dan lembut. 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

KULIT PUTIH SEMULA JADI DENGAN: 

 

LULUR KACANG SOYA 

Cerahkan Kulit Badan 

Kisar kacang soya dan gaulkan bersama sedikit susu tepung dan air sehingga sebati lalu sapu pada seluruh badan. Biarkan ia kering dan bersihkan dengan air biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu. Cubalah! 

 

 

LULUR KACANG HIJAU DAN KUNING TELUR 

Cerahkan Kulit Wajah

Ambil segenggam kacanghijau, kisar sehingga halus dan campurkan dengan sedikit kuning telur. Kacau sehingga rata. Sapu pada muka perlahan- lahan. Selepas 15 minit, basuh muka dengan air suam. 

 

 

AIR REBUSAN BERAS 

Cerahkan Kulit Wajah 

Apabila memasak nasi, ambil sedikit air rebusan beras dan biarkan ia sejuk. Kemudian cuci muka kamu dengan air rebusan tersebut sambil berselawat. Selepas itu, bilas bersih mukamu dengan air biasa. 

 

 

Kredit foto: shutterstock

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    8 Warna Makanan Ini Boleh Memanjangkan Jangka Hayat Seseorang! Aneh Tapi Anda Perlu Baca, Baru Percaya

  • Seterus →

    Bibir Merekah dan Hitam — Atasinya Cuma Dengan Telur dan Uncang Teh. Tak Percaya? Baca Ini!