Oct 26, 2016 - 5653
Oleh: Iqbaq V Mukhtaram
FAUZIAH LATIFF, sebelum adanya Dayang Nurfaizah, Dato’ Siti Nurhaliza dan Ziana Zain, Fauziah Latiff was the season’s hottest female singer. Muncul sama rambut perm lebat, senyuman melirik persis Julia Roberts dan tubuh langsing kala aktif menari di pentas utama. Selain itu mana bisa mungkin lupakan suaranya yang lunak gemersik. Jee memberi impak muzik mass sama sentuhan lebih urban, yes those were the days when singers were glamorous and looked up to.
Boleh berkongsi fasal Broadway Acress?
Bagaimana pisahkan Fauziah Latiff the star dan the business woman? Broadway Acress adalah satu syarikat entertainment yang menyediakan studio untuk kelas-kelas tarian dan sebuah lagi studio muzik untuk rakaman dan jamming atau rehearsal session.
Fasal pemisah antara penghibur dan perniagaan, just enjoy it kerana apabila kita gemarkan apa yang kita buat pasti tidak punya sebarang konflik mahupun cabaran yang tidak bisa ditangani. Kenal pasti apa tugasan kita dan ingat untuk sentiasa lakukan kerja itu ikhlas dan penuh rasa sayang.
Tidak rindukan dunia seni?
Pastilah rindu, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. The industry has been a good teacher to me, ada masanya Jee pun rindu sama peminat. Mereka sentiasa hargai dan hormat diri Jee.
Jika punya acara yang memerlukan Jee hadir dan beramah mesra sama peminat, Jee pasti cuba penuhi. Namun untuk bikin a comeback atau aktif semula seperti dahulu mungkin tidaklah...
Mengapa tidak? Masih ramai rindukan stage presence Jee?
I’ve been there and done that, jadi biarlah itu menjadi kenangan yang paling manis untuk Jee. Jangan salah anggap, bukan bererti Jee menolak atau tidak menerima jemputan, jika Jee rasa sesuai untuk tampil menghibur dan give back to the community, then I will. Lagi pun ramai lagi nama-nama baru yang punya bakat setinggi gunung segagah bintang. It’s their time to shine.
Putar semula kepada zaman bermula dahulu, how have you changed?
Lima belas tahun lalu Jee mulakan langkah pertama dalam industri ini, membesar sama mereka yang bekerja di balik dan hadapan tabir. Melihat sendiri perkara yang bisa mengajar kita rasa hormat terhadap manusia sekeliling, pemikiran dan pendapat orang juga secara sosial, gaya hidup, integriti dan komuniti. Amat mudah untuk sesat dalam kerjaya yang sebegini.
As a person Jee tidak rasa punya banyak perubahan kendiri, namun daripada segi kerjaya, it has changed and evolved a lot. Rasanya I must always update myself dan pembelajaran itu tidak akan berhenti kiranya kita mahu kekal untuk belajar. Mindset kita bisa berbolak-balik, namun tetapkan ia pada saluran yang positif dan sentiasa terbuka terhadap perubahan.
Siapa banyak beri pengaruh muzik, persembahan pentas dan stail Jee?
Kala zaman itu, Jee melihat Anita Mui, Madonna, Janet Jackson dan Michael Jackson antara yang punya stage presence yang sangat kuat. Tidak lupa juga Paula Abdul dan tentunya Sudirman Haji Arshad, tidak bisa palingkan pandangan kala lihat mereka on stage, punya magis dan tarikan kuat.
Manakala Whitney Houston, Barbara Streisand, Diana Ross dan tentunya suara Liza Aziz, Salamiah Hassan dan Fairuz Hussein banyak beri influence kepada Jee daripada segi power vocal. Hingga kini mereka masih punya that power!
Punya nama yang ikonik dalam dunia seni, Jee setuju ia datang daripada hasil kerja keras?
Terima kasih untuk kata-kata manis itu, secara jujurnya ia ambil masa untuk benar-benar kenal diri dan bina identiti sendiri, sesuatu yang pucuk muda tidak bisa grasp the concept lagi. Banyak proses perlu terjadi dan harus dilalui sendiri. Perlu keyakinan tinggi dan cukup persediaan untuk perjalanan yang jauh. Namun usah risau, kalian akan pick it up and learn from it, pasca itu semuanya terpulang kepada kalian untuk kemudinya ke mana.
Destiny, luck and perseverance adalah hasil juri diri sendiri. Kerja keras, sabar, hormati diri sendiri dan orang lain, sentiasa mendengar nasihat, juga usah degil. Kiranya semuanya terjadi dan kalian berjaya berdiri tinggi, jangan sesekali angkuh mahupun lupakan mereka yang pernah kelilingi kalian sama harapan dan doa. Sentiasa ingin belajar dan paling penting adalah disiplin, respect your work!
Hingga kini, masih rasa gemuruh sebelum naik ke pentas?
Ya, masih lagi rasa gementar kala melangkah ke pentas utama, malah kala menyanyi lagu permulaan juga rasa itu tidak bisa hilang. Madonna pernah bilang, apabila hilangnya rasa nervous sebelum beri persembahan, maknanya it’s time to move on dan cari that thing that can give you the thrill and tingles.
Jee tidak sukakan perasaan ini, lantas kita harus berdoa dan banyakkan berselawat.Think positively. Kerana itu juga pentingnya teamwork dan homework. Lakukan sedikit research sebelum naik pentas, ia cukup penting untuk tahu the type of show, siapa tetamu jemputan VIP dan crowd, dari sini Jee tentukan konsep, pemakaian dan lagu yang bakal didendangkan. I take pride in knowing all the small details.
Sumber foto: Instagram
Dua belas album, yang mana paling rapat dengan hati?
Setiap satu daripada album ini bagaikan diari hidup Jee, where I was dan apa yang terjadi dalam kelompok Jee, jadi mana bisa pilih kegemaran yang mana bukan? Ia satu tali erat antara Jee dan mereka yang terlibat menyudahkan album itu, dan tentunya peminat-peminat yang sama-sama membesar dengan Jee via my music. Ia hadiah untuk peminat Jee.
Jee aktif sama aktiviti kemanusiaan, kongsikan?
Rasanya ramai lagi yang aktif dalam isu-isu kemanusiaan, namun Jee bersyukur kerana diberi peluang untuk beri balik segala yang mampu. Rasai, fahami dan beri kesedaran fasal ini. Apa yang boleh dibantu kita bantu, asalkan kita lakukannya ikhlas.
Khabarnya bisa berbahasa isyarat?
Sedikit-sedikit bolehlah. Cuma untuk berkongsi bual sama mereka yang menggunakan sign language, kadangkala Jee rasa seronok apabila mereka faham apa yang Jee cuba maksudkan walaupun berterabur, hahaha... Namun tidak kisah asalkan kita end it with a good laugh. Mereka adalah teman istimewa Jee just like my other friends, tiada perbezaan.
Siapa mereka yang penting dalam dunia Jee kini?
Sentiasa dan selamanya, ibu, anak-anak dan sebilangan teman dan taulan, they are my everything!
Anak-anak sihat?
Alhamdulilah, mereka seperti anak-anak lain, mereka makin dewasa dan living a normal life, minat bersukan dan punya hidup sendiri. Usahlah kita bual fasal mereka terlalu banyak ya. Jee hormati privasi mereka.
Punya kehidupan yang cukup peribadi, itu pendirian Jee?
Sedari dahulu this has always been my outlook, hidup Jee adalah peribadi dan tidak gemar berkongsi terlalu banyak, kerana ia tidak adil jika anak-anak dan keluarga terkena tempias hasil kerjaya yang Jee pilih untuk diri sendiri. Peminat Jee have always been very respectful dan tahu batasan apa yang dikongsikan. Namun ada masanya Jee akan upload juga foto anak-anak di Instagram, sekadar berkongsi apa yang perlu.
Aktif di laman sosial?
Tidaklah terlalu ralit sehingga tidak jalan kerja, sekadar bermesra sama peminat yang mungkin tidak selalu dapat Jee tegur dan berbual erat. Followers Jee di Instagram banyak beri nasihat dan share quotes yang beri Jee semangat dan makes me feel alive, bertukar nota dan cerita buat semua lebih gembira.
Adakah semuanya di media sosial bagus?
Buat masa ini Jee tidak terima sebarang perkara yang tidak manis, namun melihat di laman Instagram teman-teman artis, ada juga komen-komen yang terlalu personal dan pedas. Kebolehan dan akses antara peminat dan artis kini sudah terlalu mudah, makanya tidak padan jika mereka merosakkannya sama perbuatan yang tidak enak dan kasar.
It has definitely changed berbanding masa Jee bermula dahulu, it was more exclusive dan sentiasa ada rasa hormat antara artis dan peminat. Ya, ibu bapa mengajar kita untuk lantang berbicara dan berkongsi pendapat, namun bahasa yang kita gunakan haruslah sentiasa beradab dan tidak menyakiti hati sesiapa pun.
Sumber foto: Instagram
Ubah topik lebih ringan, Jee cukup gemar sama aktiviti lasak, bagaimana stay in shape dan kekal aktif?
Jee sendiri tidak suka duduk diam, hyperaktif mungkin. Banyak perkara beri kebahagiaan buat Jee, aktiviti riadah bagaikan satu hembusan lepas. Jee gemar diving, selain menyelam sama teman-teman, kami juga bekerjasama dengan NGO dan Coral Malaysia untuk membaik pulih lautan, pulau dan haiwan. Sekadar menjaga kurniaan agung Allah.
Selain itu biking juga rapat sama hati sayang Jee, kembara, lepak minum teh tarik sama teman untuk relaks dan bercanda. Selain itu, menunggang bikin Jee lebih alert dan tidak tergopoh-gapah. Satu lagi cabang seni yang bikin Jee happy selain menyanyi is that I have an interest in acting dan kerja-kerja produksi, cukup hormati dan segan sama senior-senior bidang ini. Jee minat mahu cuba, tapi malu pula hahaha...
Sumber foto: Instagram
Penutup bicara untuk peminat?
Terima kasih dan syukur Ya Allah kerana Jee masih di sini. Buat peminat yang dikasihi, thank you for everything, ia tidak terucap rasa terima kasih itu kerana tetap bersama dan sering ambil pusing fasal Jee.
Hingga kini masih banyak kad dan nota ucapan, kata semangat dan hadiah yang dikirimkan peminat, Jee sentiasa take note, jika ada yang terlepas pandang maafkan Jee ya! Kepada peminat yang masih mendengar lagu-lagu Jee, I am so humbled by it. Untuk doa-doa buat Jee dan keluarga sentiasa sihat, Jee cuma bisa balas sama doa dan kesejahteraan untuk kalian, biar Allah yang membalasnya.