Jul 29, 2017 - 57828

“Zura Please, TAKE OFF Your Tudung Nanti Kerjaya You Terencat” — TENGKU AZURA Istiqamah, Indahnya Hidayah!

DARI CATWALK KE SEJADAH. Dia membawa nama negara ke gelanggang antarabangsa dan layak digelar bintang legenda. Tengku Azura, menceritakan kepada kami pahit manis bergelar seorang model yang pernah disanjung tinggi.

 

 

 

 

Oleh: Wirda Adnan

 

 

 

 

 

 

 

KARISMA luar biasa ini pernah menempa sejarah hebat sedekad  lebih lalu. Bukan gadis kacukan Asia yang  berkulit putih salju. Bukan gadis bermata  sepet berbulu mata jarang. Bukan gadis kacukan bermata kelabu yang telah kuat  memikat kala pencarian wajah Dior kempen  Asia baru bermula. Sebaliknya, gadis Melayu  asli dari ceruk Terengganu ini yang telah  memagnetkan seluruh pancaidera para  'decision makers' sebuah jenama gergasi. 

 

Gadis itu telah membawa pesona baru.  Kulitnya sawo matang dikemilau cahaya  gangsa berbara. Bibir delimanya mekar berahi.  Tulang pipinya kontur menonjol. Kakinya  tirus runcing panjang. Ini kecantikan terasli  tidak tertanding oleh modi kasi teknologi.  Hari ini, Tengku Azura Tengku Awang tidak menolak untuk dipotretkan kembali di bawah relung cahaya kamera profesional.

 

"Lihatlah, fesyen hijab has been going on for years. Ia makin ketara di laman media sosial. Zura melihatnya berkembang pesat di Instagram, Facebook dan Twitter. Over the last few years, it has really boomed. Ini satu petanda yang sangat baik." Kepada kami, Tengku Azura menceritakannya.

 

 

 

 

 

"Why me?" Itulah soalan saya sebaik diminta Pengarang Majalah InTrend menemu bual Tengku Azura Tengku Awang. Namun sebelum dijawab, saya dapat rasakan sebabnya saya diminta melakukan tugasan yang amat penting ini. Rosie Nasir (Pengarang Urusan InTrend) sendiri tahu saya amat menyenangi peragawati tinggi lampai ini daripada sekian banyak wajahnya yang pernah menghiasi hiasan-hiasan kulit majalah, juga ruangan fesyen yang pernah saya uruskan sendiri.

 

Kata Rosie, “Kak Wirda, siapa lagi orang yang paling wajar menemu bual Azura? Ah, kalau pun tidak ditemu ramah dia, Kak Wirda memang kenal sangat dan Kak Wirda boleh melahirkan sebuah coretan indah mengenai Tengku Azura.”

 

“Yalah tu,” jawab saya pendek. Tetapi mengapa tidak, saya sendiri mahu melayani kenangan manis bersamanya.

 

Tengku Azura, saya tidak ingat pertunjukan fesyennya di mana, tetapi itulah kali pertama saya melihatnya. Melangkah di pentas catwalk, ekor mata saya mengikuti langkahnya ke hadapan, ke tepi, terus ke belakang dan berpusing balik kemudian hilang di belakang pentas. Entah berapa kali kemudiannya dia muncul dengan rekaan berbeza, hakikatnya saya sungguh terpaku, lalu bertanya, siapakah gerangan gadis tinggi lampai ini? Dia sesuatu, kata saya.

 

“Barangkali model Filipina kut,” teman menjawab kerana pada zaman 90-an selain model tempatan, Tengku Mali, Kavita, Samanta Schubert, Amy Leela (antara lain yang saya ingat yang ‘in’ di pentas peragaan kita) model-model luar, bukan dari Rusia mahupun dari negara Kazakhstan tetapi dari Filipina).

 

Saya terkejut kerana diberitahu model yang baru berjalan tadi budak Terengganu. “Masya-Allah! Ada juga orang Terengganu kita memenuhi standard model catwalk yang sepatutnya,” kata di hati.

 

 

 

 

Sepagi Bersama Tengku Azura

Saya hubungi Azura, lantas suara oleh wirda adnan lembutnya menjawab, “Ya Allah Kak Wirda... Zura takutlah,” jawabnya.

 

“Zura, I lagi panik, sudah lama tidak menemu ramah, ha ha ha!” Dan kami pun bersetuju bertemu. “Di rumah Kak Wirda sahaja, bulan puasa nak kopi-kopi kat luar tak boleh.”

 

Azura seperti biasa dengan gaya ringkasnya; jeans dan top, sling bag fabric cotton dan sneaker, namun yang membeza dia dengan dulu, Azura bertudung, dengan top long sleeves longgar. Keayuan peragawati yang pernah disuntik Dior satu ketika dulu masih kekal, malah saya melihatnya jauh lebih manis dan bergaya. Tudung sifon biru sekadar dililit biasa tetapi terpancar nur pada wajahnya itu.

 

Saya teringat diberitahu oleh teman yang Azura sudah bertudung. Saya menjawab alhamdulillah, kerana ya semenjak saya bertudung, saya amat suka orang yang bertudung. Namun teman mengajukan soalan, “Berapa lamalah boleh bertahan tu? Sekarang rata-rata ada agenda tersendiri, bertudung kerana berniaga dan sebagainya?”

 

“Lia, begini, jangan syak wasangka yang bukan-bukan, kemahuan dia menutup aurat itu adalah ibadah terbaik, dia sudah memenuhi peraturan berpakaian wajib wanita Islam,” ujar saya.

 

 

 

Intrend-azura-2.jpg

 

 

 

Zura bertudung untuk siapa? Dan kerana apa?


Zura bertudung bukan atas paksaan sesiapa. Bukan sebab suami suruh tetapi ia terbit daripada keinsafan untuk memenuhi syariat Islam. Zura sudah lama mahu menarik tudung dan membelitnya di kepala tetapi pada satu ketika banyak sangat sebab yang menolaknya... dan Zura tak berjaya.

 

Lalu Zura isi gerobok dengan aneka tudung, namun belum masanya kut. Tetapi satu hari, I simply wrap it around my head and off I go... and that’s it. Sejak hari itu Zura berjanji kepada diri sendiri, inilah gaya Zura, no one has any right to say no to it.

 

Suami dan ibu antara yang paling gembira. Thank God, my husband loves the new me, dan bonda dengan sifat keibuannya mengalirkan air mata. Mak memang kenal siapa Zura, dan dia tahu apabila Zura lakukan sesuatu, Zura tidak buat sebab dipaksa atau kerana suka- suka tanpa sebab munasabah.

 

Sosial media tidak bisa membisu. Hari pertama wajah Zura dimuat naik di Instagram (entah siapa yang mengambilnya) ia menjadi tular. “Tengku Azura bertudung?" Ada yang menerimanya dengan memuji dan mengatakan Zura cantik, ayu, hijrah yang tepat dan sebagainya namun tidak kurang yang optimis, yang percaya bahawa ia adalah tarikan untuk mendapatkan publisiti semata. Ada kecewa, ada yang berat mengatakan ia ‘for cheap publicity and so on...’

 

Zura please, take off your tudung nanti kerjaya you terencat... you’re still there but why do you want to end up this way?” Begitulah antara respons dan reaksi kawan-kawan, teman seangkatan, peminat, dan orang yang Zura sendiri tidak kenal.

 

Baru-baru ini seorang model Muslimah tampil di Minggu Fesyen Milan (Milan Fashion Week). Dia mencuri perhatian tetamu di situ dan kaum Muslim seluruh dunia dengan satu-satunya model berhijab. Dia Halima Aden.

 

Bagi Zura itu satu kejayaan besar dan satu berita baik untuk rakan berhijab. Kalau kamu berpeluang berkongsi runway dengan peragawati kelas A seperti Sara Sampaio, Elsa Hosk Gigi dan Bella Hadid, ia sudah sesuatu. Zura teruja, maknanya tiada halangan sesiapa yang berhijab untuk mencipta nama di dunia peragaan malah ke pentas antarabangsa sekalipun.

 

Seperti pada awal-awal pembabitan Zura dahulu, Zura letakkan syarat, dan Cilla akur, dia terima alasan Zura tidak mahu mendedahkan seluruh tubuh.

 

Zura bangga dan sebagai contoh Halima berjaya mencuri perhatian dengan berhijab. Seperti yang Halima pernah kata, “Semua orang menerima saya dengan baik, saya ada meletakkan syarat daripada segi pakaian bersesuaian dengan agama dan budaya saya. Saya berasa hebat sepanjang di runway. Saya langsung tidak menyangka orang berhijab juga boleh bergelar model. Saya sangat teruja.”

 

Zura harap kenyataan model berdarah Amerika – Somalia ini memberi ruang lebih besar untuk model kita yang berhijab. Halima memperaga jenama Alberta Ferretti, dan Zura percaya suatu hari nanti, akan lebih ramai nama-nama besar dalam dunia fesyen tidak segan memilih model berhijab untuk pakaian mereka.

 

Berbalik kepada cerita Zura tadi, Zura rasa iman Zura kuat. And I am glad I can tell them that this is for real. Insya-Allah, I will be in my hijab for the rest of my life.

 

 

 

 

 

 

 

Tidakkah Zura rasa ia ‘mengambil’ the beauty and sexiness in you?


Zura berasa sungguh tenang malah selamat. Dengan berhijab Zura rasa peace in mind. Zura alih perhatian orang kepada Zura, bukankah ini yang sebaiknya? Bagaimanapun sebenarnya Zura seorang yang ringkas, tetapi rasanya dengan bertudung, Zura jadi lebih selektif terutama dalam memberikan perhatian terhadap apa yang Zura sarungkan.

 

I take a little extra time in front of the mirror and I believe you do the same thing, right? Nak pastikan ikatannya sesuai dengan gaya hari itu, warnanya sepadan dengan pakaian, dan pakaiannya pun mungkin tidak sebarangan lagi. Ia perlu menutup aurat. Yes the simple rule ialah menutup aurat. Thank God, Zura orang yang simple dan tidak menyimpan baju- baju yang off sangat dalam gerobok. I keep my wardrobe clean.

 

Mungkin Kak Wirda sedar, Zura juga bukan jenis yang pakai barang- barang branded. Selamanya Zura tidak melayan naluri untuk berhabis dengan jenama yang mahal-mahal. Bukan tidak ada, they are all gifts and yes, I do buy one or two jikalau berminat sangat. Untuk satu hal, Zura rasa I work hard for money jadi mengapa dihabiskan begitu sahaja? Zura ada keluarga yang lebih penting dalam hidup daripada menghabiskan wang kepada perkara yang belum tentu dapat membahagiakan kita.

 

Hari ini abah Zura masih di Hospital Kuala Lumpur... and my time is pretty occupied. Keluar masuk wad, dan Zura melihat kesusahan orang lain juga, kesakitan, kesengsaraan dan keinsafan. Bila kita dalam kesedihan begini, rupanya ada lagi yang lebih derita, maka kita menjadi lebih insaf. Zura kata aku baru diberikan begini, sudah rasa tidak tahan menanggungnya, bagaimana yang lain? Lantaran itu kita jadi lebih dekat dengan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, ya... Allah SWT sudah menyusun perjalanan hidup kita begini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Persediaan dan bekalan ilmu untuk akhirat?

Zura mendahului dan mendalami itu sebelum Zura mengambil keputusan untuk berhijab. Zura mahu dalam yang mendahului, ilmu menemui-Nya yang mesti dipelajari, difahami dan dijadikan amalan. Tiada guna luaran indah dan dalam kontang... begitulah yang saya sendiri boleh rangkulkan dalam jawapan ringkas Zura.

 

“Zura tidak mahu membesarkan hal ini, ringkasnya yes my mind is at peace, and I am grateful Allah has chosen me to be where I am today. Dan yang paling penting, bagi Zura, kita haruslah selalu bersangka baik kepada Allah SWT. Harus selalu sebarkan kebaikan dan kasih sayang, sentiasa hormat orang lain dan be kind to everyone.

 

Zura banyak-banyak insaf. Abah terlantar, tetapi pengajaran lainnya, kalau kita rasa susahnya hidup, ramai lagi yang jauh menderita. Sayugia mendekatikan diri dengan-Nya, memohon keampunan dan keberkatan hidup. Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi.

 

Kalau pun Zura tidak boleh membantu mereka yang sesama wad dengan abah, Zura hanya lemparkan senyuman kepada pelawat di situ, sekurang-kurangnya menyejukkan seketika hati mereka. Kepada para jururawat terutamanya jururawat HKL wad HDW25, ya Allah, mulianya pekerjaan mereka ini.

 

Selama 24/7 di situ yang dilihat adalah kesakitan, kematian... kalau bukan kerana minat atau terpaksa masakan mereka mahu memberikan hati dan tenaga di situ? Zura tiada ayat untuk menjelaskan lebih lanjut, hanya Allah SWT yang akan membalasnya.

 

Teringat, dulu kita mengeluh, kita hilang sabar kepada benda-benda yang remeh-temeh, nah apalah sangat kerjaya seperti saya seorang model yang... ya... kerjanya memenuhi permintaan pelanggan untuk memastikan baju mereka cantik di mata tetamu, dan berjalan di pentas peragaan, menukar kepada baju baru dan sebagainya berbanding mereka yang untuk senyum pun tiada masa.

 

"So for sure you will be in your hijab till the end?” Saya sengaja menguji Azura sekali lagi. “Ya Allah, I am so comfortable, I feel so secured, Zura tenang and feel good. Never in my lifetime Zura felt the way I am today."

 

 

 

 

 

 

 

Zura masih bekerja?

Untuk mencari nafkah hidup, keluar pagi balik malam, tidaklah lagi. My priority defers now, rezeki saya insya-Allah masih mencukupi, dan saya ada tanggungjawab lagi besar, menjaga keluarga.

 

Sebagai isteri saya mahu sentiasa menjaga keindahan berumahtangga, menyediakan keperluan suami, keluarga dan sebagainya. I am happy dengan kehidupan kami yang serba sederhana. Dan Zura mahu melayan anak-anak sebaiknya, menjadikan mereka insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama. Life is short and my shortcoming reminded me to spend more time with families. Lagipun sekarang abah kritikal di hospital dan Zura perlu menziarahinya serta berada di sisinya setiap hari.

 

Zura memang ada perancangan tetapi semuanya kena KIV dulu. Yes I owned that to my beloved husband, he is there to make my life and my children happy.

 

 

 

 

 

 

 

Di mana dan bagaimana Zura kenal dengan suami?


Kak, Zura tidak berapa suka bercerita hal- hal keluarga sebab that’s the only privacy that I have, tetapi yalah nanti tidak jawab, tak completelah tugasan ini.

 

Ya, seperti yang kak Wirda tahu, dua adik perempuannya adalah kawan Zura. Semuanya berlaku secara kebetulan. Terima kasih kerana my in laws are so sweet dan mereka menerima Zura dan dua anak Zura dalam keluarga mereka, alhamdulillah. Zura sangat-sangat bersyukur kerana dianugerahkan suami dan keluarga yang sangat baik dan sangat memahami.

 

Mengenai pentas catwalk, sebenarnya Zura sering juga diundang. Untungnya sekarang, dan waktunya pun tepat, we are all into local industry. Pecutan fesyen tempatan amat menggalakkan, dan ini memberi ruang yang luas kepada model-model kita sebenarnya. Kerana fesyen Muslimah juga berkembang amat pesat, Zura dapat rasai, peluang pekerjaan untuk yang berhijab amat luas. Siapa sangka orang kita mampu menganjurkan acara berprestij seperti AIFW (Asian International Fashion Week), malah kita boleh bawa lagi penggiat fesyen dari serata dunia ke sini.

 


Fesyen yang bersandarkan Islam itu dibawa dari Amerika, London, dari Timur Tengah dan rantau Asia ke sini... semuanya untuk mengadakan pertunjukan di sini, tidakkah itu sesuatu? Ia juga memberi peluang kepada model tempatan bekerjasama dengan penggiat fesyen ternama dan yang berpengalaman, justeru mengajar para peragawati untuk memahami lagi akan konsep peragaan dan fesyen itu sendiri. Apabila industri fesyen di sini bertambah besar, sudah tentu ia memberikan ruang yang lebih luas kepada mereka yang berhijab khasnya.

 

Zura berdoa dan berharap model- model Muslim ini akan terus istiqomah berhijab menutup aurat kerana mematuhi perintah Allah SWT, bukannya kerana tunduk kepada kehendak komersil atau semata-mata kerana mahu jadi sebahagian daripada pertunjukan fesyen ini.

 

Satu lagi, fesyen Muslimah juga sudah diterima serata dunia, ini satu perkembangan yang amat sihat. Harapan Zura, semoga model-model kita berpeluang meningkatkan kreativiti dan melihat negara orang. And above all dapat bekerjasama dengan jurugambar terkenal dan stylist ternama, itu juga satu pencapaian hebat.

 

Zura sebenarnya amat bertuah. Sebagai model bermula di bawah kelolaan Cilla Foong, yang mana sejarahnya, dia sendiri seorang model yang terkenal. Dia tahu meletakkan kami di tempat yang sepatutnya. Tiada fashion shooting without good stylist, professional make-up artist dan jurugambar yang bagus.

 

Nah! Tugasan pertama untuk majalah Her World. Zura tidak tahu pun majalah itu terkenal. Tetapi ingat sangat Peter Lum yang menjadi penyelarasnya. Pernah juga diambil gambar oleh Steve untuk majalah Marie Claire, sesuatu yang peragawati impikan... dan ini juga antara yang meletakkan nilai seseorang model itu, gembira kerana pengalaman itu sungguh mahal.

 

 

 

 

 

 

 

Andai anak Zura mahu menjadi model, bisakah membenarkan dia?

Zura seorang yang open minded. Pertama, Zura tidak mahu menyekat kemahuannya dan nampak pun dia memang berminat di bidang ini. Namun sebagai ibu, Zura tidak melepaskan dia begitu sahaja. Zura pernah di situ dan Zura tahu dunianya bagaimana.

 

 

Jadi apa yang Zura akan lakukan?

Nasihat, pantau, nasihat, pantau dan above all, seperti bonda saya dia menyediakan asas tentang hidup, didikan agama contohnya, saya juga akan melakukan perkara sama.

 

Saya sendiri hampir hanyut tetapi diselamatkan kerana adanya didikan agama khasnya, yang ditekankan dalam kehidupan seharian, lalu diri kembali ke jalan yang lurus, at the right path.

 

 

 

 

 

 

 

 

Boleh bawa kami imbas kembali kisah- kisah manis Zura sepanjang kembara dunia ‘catwalk’?


Terlalu banyak Kak Wirda, lagi pun I am a kampung girl dan apa yang dialami lebih banyak yang indahnya.Siapa boleh menyangka, (saya sendiri pun tidak), yang saya boleh disunting Dior misalnya dan lagi, gosh, kalau Zura boleh recall, fashion show luar negara pertama ialah di Rome.  

 

Boleh bayangkan betapa seronoknya Zura, tetapi Zura ingat Zura takut kerana kali pertama berjauhan dengan keluarga. I was 19 tetapi masih duduk di bawah ketiak mak abah, hi hi hi!  

 

Oh ya, itulah kali pertama buat pasport antarabangsa. Zura ingat bekerja untuk Tourism Malaysia. Sebab Zura kali pertama ke luar negara, kawan-kawanlah yang banyak membantu, dan sampai hari ini Zura ingat jasa kawan-kawan. 

 

Dulu-dulu kami bersaing cara berbeza namun kami sungguh rapat dan saling membantu. Dulu semua dilakukan sendiri, make-up, styling dan yes have to look for food sendiri...

 

 

 

 

 

 

Apa komen Zura tentang persepsi orang, kebanyakan model kurang cerdik dan pendek akal, hanya cantik luaran?

Zura tidak setuju dengan stigma itu, siapa kata kami tiada otak? To carry an outfit, to walk gracefully and beautifully on stage, your body language, apatah lagi masa yang perlu dijaga.

 

Malah, ada seni kawalan pentas dan audien, dengan ribuan mata memberikan tumpuan, tell me, don’t you have to use your brain to stand tall? Hem kami bukan zombie!

 

 

 

Bagaimana dengan harga dan nilai kerja-kerja memperaga?


Kami juga kena kuat menghadapi kritikan dan ketidakpuasan hati pelanggan dan agensi sendiri. Kami kena tahu menentukan nilai diri kami, atau kami akan diitipu atau tertipu.

 

Memang macam Zura, Zura tidak demand sangat, tetapi as time goes by, kena juga letak harga, kalau tidak kami diperlecehkan. Modeling is an art and you must make it worth seeing, worth displaying it.

 

 

 

 

 

 

Susah atau senang sebenarnya kerja- kerja memperaga di pentas ‘catwalk’? Cuba cerita sikit?

Zura teringat selalu diberi baju-baju yang amat susah untuk diperagakan, apatah lagi dengan kasut tumit tinggi yang cantik tetapi amat tidak selesa, dan Kak Wirda boleh bayangkan tak situasi itu! Dengan semua orang mahu melihat kita memperagakannya, yang dapat meruntun hati, untuk membeli di akhir pertunjukan.

 

Zura masih ingat, Michael Ong suka buat baju yang susah-susah and I have to feel it! Ya tugas kami untuk buktikan dan yakinkan audien bahawa baju di badan kita itu luar biasa.

 

My God, dulu Zura selalu geram dengan Michael, tapi sebenarnya disebabkan bajunya yang susah itulah maka Zura cepat belajar untuk menakluki pentas peragaan.

 

 

 

 

Zura setuju kerjaya memperaga juga menambah yakin diri?


Betul. Kriti Sanon ada menyebut, “I feel that modelling has groomed my personality and made me a confident person, but even today, when I go on the ramp, I get nervous, I am more comfortable being in front of the camera than walking on the ramp...” Inilah, exactly how I felt...

 

Kak Wirda, Zura ingat lagi masa kita buat shooting di Hong Kong. Seminggu di sana, gosh, so happening bukan? Bekerja dengan team yang hebat dan kerjasama yang sepenuhnya dengan Hong Kong Tourism Board. Mereka melayan kita sebaiknya dan hasilnya terlalu baik, it was such a beautiful experience. Lebih-lebih Kak Wirda yang menjadi kepalanya, working with you was such a great pleasure.

 

 

 

 

 

 

 

Apa rahsianya kalau model-model muda hari ini mahu bertahan lama dan pergi jauh dalam bidang ini?

Sebenarnya amat mudah yakni stay focus, be strong and think positive. Ramai tidak mampu bertahan, kerana ada yang tidak tahan kritikan, marah kalau diberitahu kesilapan atau kekurangan dan serba yang tidak kena. Ada yang ambil hati, merajuk, kerana mereka fikir diri lebih tahu. Kemudian, sesetengahnya ada agenda lain.

 

As for me, Zura di sini mencari rezeki, ini yang mampu Zura lakukan untuk menanggung keluarga. Dan Zura tidak boleh memperlecehkan kerjaya ini. Yes once upon a time, Zura juga tergelicir, tetapi cepat bangun. Jadi kepada yang bertanya kepada Zura, dan memberitahu hendak jadi model, Zura akan tanya kembali banyak kali, “Are you sure? Are you ready to face it?”

 

 

 

 

 

 

Hakikatnya tidak seindah daripada apa yang dilihat atau didengari. Persoalannya, kuatkah iman kita?


My journey was so beautiful. It has been an extraordinary journey. I have learned so much along the way. Benar, ada banyak drama, jealousy and hatred in this line, namun itu semua telah mendidik Zura menjadi siapa Zura hari ini.

 

Zura berterima kasih kepada Kak Haleeda (penyanyi), dia orang pertama Zura minta pandangan dan orang pertama yang menggalakkan Zura untuk maju di arena peragaan. Zura masih ingat lagi bagaimana Kak Haleeda memberikan kata-kata perangsang dan meniupkan semangat kepada Zura.

 

Jujur, pada usia semuda itu, bukan mudah untuk Zura buat keputusan, apatah lagi seperti mahu menyerahkan seluruh kehidupan ini pada dunia peragaan yang asing sekali bunyinya. Zura takut sangat, kalau-kalau Zura buat keputusan yang salah. Ya, kalau sudah buat keputusan yang salah, mampukah Zura berpatah semula untuk membetulkan kesilapan itu? Sempatkah Zura?

 

Atau, kalau Zura teruskan juga keputusan itu, mampukah Zura berenang mengikut arus? Apakah Zura akan terkandas? Atau siapa tahu, mungkin juga Zura akan lemas sebelum sampai ke destinasi?

 

Kak Haleeda selalu mengingatkan agar Zura jangan lupa diri, jangan lupa ibu bapa, jaga nama baik keluarga, dan jangan lupa Tuhan. Kalau bekerja, bekerjalah dengan jujur dan ikhlas kerana niat mahu membantu keluarga. Bukannya bekerja sebab nak mencari perkara-perkara lain yang bukan-bukan, atau kerana sebarang nawaitu yang terselindung.

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua pesanan itu Zura pegang kemas dalam sanubari sampai hari ini. Juga kepada bonda dan ayahanda yang memberikan ‘blessing’ mereka, Zura sangat-sangat berterima kasih dan terhutang budi, dunia dan akhirat. Malah hingga ke hari ini misalnya jika Zura hendak travel atau pergi holiday dengan keluarga, Zura mesti minta izin bonda dulu, atau beritahunya, tidak hilang begitu sahaja.

 

Tak tahu mengapa, tapi hati ini selalu dekat dengan mereka. Zura selalu ingatkan diri sendiri, sejauh mana kita terbang, kita mesti kembali semula ke sarang kita, tempat kita dilahirkan dan dibesarkan.

 

Seperkara lagi yang harus Zura sebut di sini, terima kasih yang tak terhingga buat suami Zura yang sangat- sangat baik, yang banyak memberikan sokongan kepada Zura. Suami adalah tulang belakang yang sangat hebat. Tanpa suami, kehidupan ini tidak akan menjadi sebegini indah dan diberkati Allah SWT. Tak banyak yang Zura minta, cuma Zura berdoa semoga jodoh kami akan terus diberkati dan dilindungi sampai ke Jannah.

 

Seperkara lagi yang selalu Zura tanamkan dalam fikiran Zura, “If you do with love and sincerity, the world will be yours.”
Memang diingatkan terlalu banyak air mata yang mengalir, sedih dan pilu jika mahu mengingatkan semua. Tetapi bukankah kehidupan ini juga adalah satu ujian? Antara lain kita diajar untuk sabar dan selalu bersyukur atas segala nikmat- Nya.

 

Now that I am 41, eventually I must say goodbye to my modeling world, totally. Ya rasanya tiada kesalan, 20 tahun sudah cukup mengajar Zura mengenal hidup yang sebenarnya. Lagipun kini Zura memilih untuk lebih bersederhana dan menghambakan diri dekat dengan-Nya. Jalan yang Allah SWT susun ini terlalu indah. Zura tak mahu berpaling lagi...

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Kami Bukan Adik-beradik Tiri Sebab Kami Seibu Lain Bapa” — Ini Penjelasan RAYSHA Tentang Statusnya: Adik Tiri atau Kandung?

  • Seterus →

    NEELOFA Kini Malaynnial Taraf JUTAWAN Idola Malaysia! — Rupanya Ini TIPS Lofa Kaya, Mohon Baca