Dec 26, 2016 - 17012

“Baru Sahaja Masuk Satu Babak Lakonan, Saya diberhentikan…” — Puteri Aishah

Namanya mula dikenali apabila dia menjadi 'guru viral'. Bekas Dewi Remaja ini mula menyinar di persada industri seni dengan bakat lakonannya yang semakin baik. Kenali siapa Puteri Aishah.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Kisah guru cantik yang diutuskan surat cinta oleh bapa muridnya mendapat perhatian nitizen tahun lalu. Pengalaman menjadi ‘guru viral’, sesuatu yang diduga? 

Sebenarnya, kes bapa murid menghantar surat kepada saya hanya rekaan semata-mata. Ada ‘orang’ yang mengedit surat tersebut dan meletakkanya di sebelah gambar selfie peribadi saya. Tidak dinafikan ia agak menggangu kerjaya saya sebagai guru praktikal di Sekolah Rendah Taman Melawati 1 waktu itu.

 

Bukan setakat murid darjah satu sampai enam kenal saya, malah ada pula abang-abang, bapa-bapa saudara anak murid saya memesan surat-surat, pesanan-pesanan untuk berkenalan dengan saya melalui mereka.

 

Saya tidak mengaaggapnya perkara serius, cumanya tidak sedap apabila ia mengundang pandangan sinis daripada guru-guru laian di situ. Saya tidak salahkan mereka. Saya akui ia mewujudkan satu situasi yang kurang selesa ketika itu. 

 

 

 

 

Kenapa tidak meneruskan kerjaya guru itu? 

Jujurnya, bukan cita-cita asal saya menjadi guru. Kebetulan ketika mencari jurusan menyambung pengajian, saya lihat ramai kawan-kawan yang mengambil Teachers of English as a Second Language (TESL) sebagai hala tuju mereka. Jadi, saya pun ikut jugalah. Namun, tidak dinafikan menjadi guru praktikal, satu pengalaman berharga yang menguji kesabaran, menjadikan kita lebih matang, adakala kelakar dan annoying juga…hahaha. Bukan mudah mengawal budak-budak kecil. 

 

 

 

Kemudian, memasuki Dewi Remaja, tetapi mengapa tidak menyambung terus kontrak bersama ASTRO? 

Saya follow Dewi Remaja sejak zaman Scha Alyahya lagi. Saya minat denganya. Terpengaruh denganya, mendorong saya mencuba nasib di platform yang sama. Bukan tidak mahu sign kontrak dengan ASTRO. Cuma waktu itu saya belum tahu perancangan saya selepas keluar Dewi Remaja nanti. Asalnya, mahu menyambung pengajian.

 

Jadi, saya bimbang tidak mampu memberi komitmen kepada ASTRO. Alhamdulillah, saya bersyukur menerusi program itu, banyak yang saya belajar tentang bagaimana membina kenyakinan diri, mencungkil bakat yang kita sendiri tidak sedari dan belajar banyak perkara baru. 

 

 

 

 

Bagaimana terdorong ke bidang lakonan?

Saya menerima tawaran pertama daripada kak Erma Fatimah. Sayangnya, saya baru masuk satu babak, saya sudah diberhentikan, hahaha…Sebabnya, saya jadi kaku tiba-tiba di depan kamera. Mulanya kecewa juga tetapi saya reda, bukan rezeki saya dan silap saya sendiri. Jadi, pihak pengurusan mengambil keputusan menghantar saya belajar berlakon dengan cikgu Fauziah Nawi.

 

Selepas itu, Kak Erma menghubungi saya semula. Kali ini, saya diberi watak sampingan dahulu menerusi drama bersiri Akulah Balqis. Seterusnya, dapat pula berlakon cerita Cik Cinderella & Encik Tengku. Dalam cerita itu, saya membawa watak antagonis. Hari pertama dah menagis, takut.  

 

 

 

 

Walaupun mulanya punya masalah berlakon, dengannya kini sudah pandai pula berlakon teater, bukan mudah bukan? 

Ya, saya diberi peluang berlakon teater 'CinduaMato'  arahan Lokman Ghani.  Tidak dinafikan berlakon teater lebih mencabar berbanding drama televisyen. Saya anggap saya pelakon bertuah.

 

Walaupun masih baru, saya diberi kepercayaan menonjolkan bakat di pentas Istana Budaya bersama pelakon-pelakon senior hebat seperti Remy Ishak, Vanidah Imrah, Dato’ Jalaludin Hassan dan ramai lagi. Di sinilah, peluang terbaik untuk saya mengasah tajam bakat lakonan saya daripada segi penghayatan watak dan disiplin diri. 

 

 

 

 

Puteri dilihat antara pelakon pelapis yang diharapkan punya bintang bersinaran di persada seni lakonan satu hari nanti, komen? 

Oh, ya ke? Kali pertama saya mendengarnya. Terima kasih kalau ada yang beranggapan begitu. Insya-Allah, saya akan bersedia mendepaninya dan cuba belajar memperbaiki diri agar mampu memberi yang terbaik. Jujurnya, saya target untuk memenangi anugerah juga. Selagi tidak menggapainya, saya tidak puas. Dan untuk itu, saya akan bekerja lebih keras.

 

Saya berharap diberi peluang mempelbagaikan watak-watak lakonan saya. Saya pernah membawakan watak baik, jahat dan kelakar, teringin mencuba bawa watak psiko atau cacat satu hari nanti. Saya mahu orang menghargai saya menerusi bakat saya dan bukan luaran semata-mata. Cuma, saya ini ada masalah keyakinan diri kadang-kadang ada lari sikit, hahaha…

 

 

 

 

Siapa pelakon yang menjadi inspirasi Puteri dalam kerjaya ini? 

Kalau di Malaysia, saya meminati Lisa Surihani dan Maya Karin. Pelakon Hollywood pula, saya mengagumi Johnny Deep. Bagi saya, dia memamg dilahirkan sebagai pelakon hebat! Berikan saja apa jua jenis watak, tidak pernah sekali dia gagal membawa penonton meresapi jiwa karakter itu. 

 

 

 

 

 

<<Tonton Video di Sebalik Tabir Sampul Hadapan InTrend Edisi Mac 2016>>

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Saya Tiada Suami, Cuma Ada Abah dan Sefhia. Jangan Buat Saya Begini” — Elly Mazlein Kak Lina Pom Pom

  • Seterus →

    #InTrendBest2016: Terima Kasih InTrenders Atas Sokongan Anda!