Dec 20, 2016 - 15598

“The Senrose Sisters” dianggap “The Kardashians/Jenners” Versi Lokal — Apa Komen Raysha Rizrose?

Bermula dari pertandingan Dewi Remaja, kini giliran Raysha Rizrose pula mencipta nama selepas Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram

 

 

 

Perkembangan terbaru? 

Raysha baru tamat sesi bacaan skrip untuk drama terbaru tayangan RTM bersama Aiman Hakim Ridza. Dukun Doktor Dani kini ditayangkan, filem pertama Raysha bersama Taufik Batisah, tolong beri tunjuk ajar ya!

Filem Muluk juga bakal ditontonkan untuk semua hasil arahan Dato’ Profesor A. Razak Hj. Mohaideen, ramai juga pelakon antaranya Saiful Apek, Jalil Hamid dan Sarah Hildebrand. 

 

 

Kini sudah mula aktif dalam dunia hiburan, adakah ia mencabar? 

Sejujurnya Raysha rasa ia tidak terlalu payah, namun cukup competitive kerana bakat yang ada dalam dunia hiburan kita bukan calang-calang, sadly our industry bukanlah besar amat maka kita harus bekerja keras.

Niat Raysha sebenarnya bukan mahu melangkah masuk dalam dunia hiburan secara terus. Raysha masih mahu meneruskan pengajian tidak lama lagi, namun disebabkan tawaran datang Raysha terima semua rezeki yang diberi. 

 

 

 

Mahu sambungan pengajian dalam bidang apa? 

Insya-Allah Raysha bakal terbang ke London untuk mengikuti jurusan undang-undang di sana. Ia akan mengambil masa namun this is something that I need to do to foolproof masa hadapan Raysha. Tentunya akan merindui berada di hadapan kamera dan aktif dalam dunia hiburan.

Raysha masih mahu teruskan berlakon dan sebagainya namun keutamaan harus diberi buat pelajaran yang Raysha rasa cukup penting. Pesan keluarga, apa sekalipun bidang mahu diceburi, tamatkan pengajian dahulu. 

 

 

Rasanya apa kelebihan diri sendiri untuk berdiri tinggi daripada aktor lain? 

Tidak pernah fikir apa keistimewaan mahupun kelebihan diri sendiri, rasanya semua hadir dalam industri sama pros and cons jadi tidak perlu bandingkan apa yang kita ada dan tidak.

Namun Raysha bertuah kerana punya dua orang kakak yang sudah lama dalam dunia ini, mereka sentiasa beri tunjuk ajar dan guidance yang cukup berguna. Usia masih muda dan banyak ruang yang boleh diperbaiki. Peluang yang datang Raysha gunakan sebaiknya. 

 

 

 

 

Nama akhir “Rose” beri lonjakan karier yang bagus? 

Sejak menyertai pertandingan Dewi Remaja lagi, Raysha tidak mahu canangkan siapa kakak-kakak Raysha, siapa yang tahu biarkan saja kerana kalau boleh Raysha mahu cuba berdiri sendiri dan bina kerjaya dengan nama sendiri.

Namun apabila ia diketahui umum sudah tidak boleh disorokkan lagi. Bukan Raysha tidak berbangga sama susur-galur keluarga, namun ia pasti bawa kelebihan dan kekurangan sendiri. Antaranya Raysha akan dibandingkan sama kakak-kakak dan kebolehan mereka. Namun pintu peluang terbuka lebih luas once they know who my sisters are

 

 

 

 

Ada yang bilang kalian versi lokal “The Kardashians/Jenners”, komen? 

Hahaha... kiranya ada yang bilang begitu, then we are honored. Namun Raysha, Nelydia mahupun Uqasha tidak pernah rancang mahu menjadi terkenal ala Kardashians dan Jenners, itu bukanlah misi dan visi kami untuk menjadi terkenal dan utama di mata orang.

We all have different dreams dan cita-cita yang mahu dicapai. Apabila kami bersama jarang benar bual fasal industri, kami sama saja seperti adik-beradik lain. Cuma kerjaya kami sebagai pelakon sahaja yang sedikit glamor. Alhamdulillah dikelilingi keluarga yang sentiasa menyokong. 

 

 

333K pengikut di Instagram, risau sama pengkritik media sosial? 

Masih belum ramai yang kenal siapa Raysha, namun risau juga bila filem dan drama mula ditayangkan pasti akan mendapat perhatian lebih. Raysha tahu betapa pentingnya media sosial dalam menjadi jambatan penghubung antara kita dan penyokong.

Instagram dan Facebook adalah medium paling pantas untuk mereka dapatkan apa sahaja informasi terkini. Tentang komen atau kritikan pedas, Raysha belum terima komen-komen yang terlalu mengusik jiwa.

Cuma kadang-kadang ada juga peminat Uqasha atau Nelydia yang datang ke laman Raysha dan tinggalkan teguran untuk mereka. Asalkan segala isi tulisan itu sesuatu yang boleh diambil ikhtibar, kenapa tidak. Namun kiranya cacian semata-mata, usahlah. 

 

 

 

Dengan filem yang bakal ditayangkan, pasti ramai punya pendapat dan komen tersendiri? 

Sejujurnya itulah antara penyebab Raysha tidak kepingin mahu menjadi seorang selebriti, kerana Raysha seorang yang cukup private dan tidak gemar hal peribadi jadi ketahuan ramai.

Namun apabila tawaran mula datang dan rasa sayang pada bidang ini mula menebal, Raysha harus belajar lebih lagi dan terima komen-komen dan pendapat penyokong secara ikhlas. Insya-Allah. 

 

 

Kini pasca jadi anak seni, seronok? 

Dahulu Raysha cuma dengar apa yang dibilang oleh Uqasha dan Nelydia sahaja tentang dunia hiburan, now that I am in it, I must say ia memerlukan kerja keras dan pengorbanan yang kuat. Orang melihat seni itu satu perkara yang cuma glamor, fun dan menguntungkan.

Ya semua itu benar namun di balik tabir ia menuntut kerja keras. Kita harus benar-benar bersedia untuk menghadapi long hours, late nights berada di set yang tidak tentu waktunya. Jaga diri dan harus profesional.

Hormat pada yang lebih lama makan garam dalam industri dan belajar daripada mereka what they have to offer. Semua orang ada pengetahuan yang boleh kita pelajari. Educate yourself

 

 

 

Pentingkah pendidikan dalam menjadi anak seni? 

Itu pendapat Raysha sendiri, pendidikan adalah satu perkara yang penting tidak kira apa sahaja industri atau bidang yang mahu diceburi. Even in entertainment, mutu sebuah industri itu bisa ditolong kembangkan dengan ilmu dan kita sebagai anak seni sendiri harus punya ilmu to think smart dan be strong.

Raysha berpeluang bertemu dengan anak-anak seni yang cukup bijak dan punya misi dan visi yang baik. Something I am looking forward to be in, kerana itulah untuk Raysha pelajaran itu penting. 

 

 

 

 

Jadi itu nasihat untuk ‘Millenials’ yang mahu menjadi selebriti? 

Mudah amat mahu menjadi selebriti, daripada Instagram dan media sosial saja kita boleh jadi terkenal dan buka pintu ke dalam dunia hiburan. Namun kalau kita kerja keras dan fokus pada kerja dan kualiti lakonan, lebih bermakna bukan?

Itulah mahuan Raysha kiranya terus berlakon, tidak mahu sekadar lepas pandang. I want to be the best in what I do. Banyak lagi yang Raysha mahu belajar dan I have to pay my dues dalam industri ini sebelum benar-benar boleh gelar diri anak seni. 

 

 

Siapa nama-nama yang Raysha dambakan untuk belajar dan bekerja sama dalam dunia hiburan? 

Kabir Bhatia dan arwah Yasmin Ahmad adalah antara pengarah yang Raysha benar-benar look up to, mereka punya sentuhan yang cukup magikal dan bijak bawa penonton dalam satu emotional journey yang cukup indah. Fauziah Ahmad Daud dan Sheila Rusli antara dua nama industri yang Raysha mahu timba ilmu daripadanya.

Mereka tampak tegas dan benar-benar serius dalam menyudahkan kerja, I bet I can learn a lot from them. Tidak lupa juga Sabri Yunus yang mengarah Raysha dalam filem Dukun Doktor Dani banyak menurunkan ilmu yang Raysha bisa adapt dalam kerjaya.

Kalau melihat kebolehan lakonan, Raysha beri takhta ini untuk Lisa Surihani, Scha Alyahya dan Cristina Suzanne cukup nonchalant kala di hadapan lensa, mereka effortless dan tidak tampak force. Maya Karin dan Nur Fazura juga antara yang Raysha look up to, tentunya kakak-kakak Uqasha dan Nelydia Senrose. 

 

 

 

 

Punya mata dan selera fesyen yang on point, stail peribadi bagaimana?

 Memang gemar berfesyen dan banyak berpandukan media sosial dan gaya selebriti dalam mencipta peranggu lengkap. Bagi Raysha, fesyen dan gaya peribadi itu melambangkan siapa diri kita, it shows off your personality tanpa perlu berkenalan.

Impresi pertama sangat penting dalam menonjolkan siapa diri kita dan orang akan cipta persepsi who we are by the way we dress. Raysha sendiri gemarkan stail gaya jalanan yang lebih laid back, kemas namun trendy. Kita tidak perlu berpakaian menjolok mata untuk tampil seksi atau mencuri tumpuan, keyakinan harus ada dan tidak perlu show off

 

 

 

 

Lantas, laman Insta siapa yang sering jadi titipan fesyen? 

Gemarkan gaya Scha Alyahya yang bersahaja, Nur Fazura bijak menata gayanya klasik namun sentiasa lawa. Gigi Hadid juga ikon gaya masa kini yang pentingkan stail tanpa terlalu mencuba.

Ashton Kutcher, Zayn Malik dan Toni Mahfud pula laman Instagram yang Raysha sering kunjungi kerana mereka cukup kacak dan menjadi my crush! 

 

 

Selera dalam mencari buah hati bagaimana? 

Tertarik pada mereka yang bijak dalam berbual, bukan setakat borak kosong namun cukup substance dan Raysha boleh belajar daripadanya. Seorang lelaki yang humble dan tinggi budi bahasanya.

Selalunya lelaki yang cukup articulate ini dididik elok oleh ibu bapanya, maka mereka juga pandai hormati orang tua. Satu tips dalam mencari pasangan adalah find someone who is kind to their parents, they will show you the same respect. 

 

 

 

 

Sudah berpunya? 

Hahaha... Raysha berteman namun masih terlalu mentah untuk bilang ia sebuah perhubungan. Banyak lagi perkara yang harus diutamakan dan berikan fokus. Namun I am enjoying being young. 

 

 

Meningkat usia 20 kala rakaman sampul hadapan InTrend, bagaimana rasa meninggalkan usia remaja?

 It was fun, dulu selalu rasakan diri masih lagi anak kecil dan punya banyak masa untuk bermain-main. Namun apabila melangkah ke usia 20, Raysha punya rasa tanggungjawab pada diri sendiri tersuntik kuat.

Kini masa untuk fokus dalam pelajaran, fokus mahu mencari duit sendiri dan harus menjaga diri sendiri. Sejak dulu, Raysha sedar memang punya fikiran yang sedikit matang berbanding teman seusia. Fokus pada masa hadapan lebih kental dan jitu. Masa untuk jadi lebih matang dan fokus, perbaiki hubungan sama keluarga, teman-teman dan paling penting sama diri sendiri. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Siapakah Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah yang Menjadikan Dia Penyanyi Hebat Hingga Hari Ini?

  • Seterus →

    “Saya Tiada Suami, Cuma Ada Abah dan Sefhia. Jangan Buat Saya Begini” — Elly Mazlein Kak Lina Pom Pom