Nov 04, 2016 - 14849

“My Doa We Age Gracefully Together. May Our Love For One Another and Anak Is Timeless” — LISA SURIHANI

Wanita moden seperti Lisa Surihani menghormati pantang-larang orang dulu-dulu. Ini cerita Lisa dan Yusry KRU menjelang pernikahan.


Oleh:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures
 
 
PENYATUAN dua jiwa ini mendapat liputan meluas media sejak bibit percintaan mereka berjaya dihidu. Biarpun jarak usia jauh berbeza, namun itu bukan penghalang untuk memateri ikatan cinta yang kian bersemi dalam sanubari. Tema 'French Vintage' menjadi pilihan kedua mempelai selain menceduk inspirasi Mary Antoinette sebagai sumber rujukan. Jelas terpancar ikhlas cinta di wajah Lisa Surihani dan Yusry.
 

Mengimbas kembali hari bersejarah Lisa, ulas sedikit mengenai tema yang menjadi pilihan?

Dari dulu memang saya idamkan konsep perkahwinan French Vintage dan saya menjadikan Marie Antoinette sebagai sumber rujukan untuk mendalami inspirasi tema seperti ini. Malah ,sejak sebelum berkahwin, saya beritahu ibu dan teman rapat yang merupakan gadis pembawa dulang, itulah konsep pilihan saya. Bagi saya ia mencetuskan mood romantis. Ada kelembutan dan elemen klasik di situ. 
 
 
Saya berpuas hati dengan hasilnya. Baik daripada kombinasi warna, ahh... semuanya kelihatan serba indah pada hari itu.


Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures
 

 

Momen manis yang tidak dapat Lisa lupakan menjelang majlis perkahwinan?

Biarpun arwah Daddy sudah tiada pada hari bersejarah dalam hidup saya (terdiam, sebak), saya tetap bersyukur kerana ketika itu Allahyarham nenek (ibu Mummy) masih ada. Jadi umpamanya, kekosongan itu terubat. 
 



Antara kenangan lain yang tidak dapat saya lupakan, nak dijadikan cerita; selepas upacara akad nikah, saya mengalami keracunan makanan yang teruk sehingga berat badan saya susut! Muka pun sedikit cengkung pada majlis resepsi. 
 
 
Selebihnya, pada hari tersebut kami tidak melakukan adat 'bayar tol' tetapi kami tukar dengan slot berbalas pantun. Saya ditemani dua sahabat manakala Yusry ditemani Norman dan Edry. Selepas keluarga pihak lelaki berjaya membalas pantun, barulah Yusry diberi laluan bertemu saya. Bagi saya, ada elemen kejutan dan manisnya di situ.
 

Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures
 

 

Bagaimana dengan bajet kahwin, ada yang terlebih berbelanja mungkin?

Syukur kerana semuanya masih dalam lingkungan bajet kami. Tiada yang terlebih belanja pada perkara-perkara yang tidak perlu. Perkahwinan bagi saya sesuatu yang amat mahal. Yusry suami yang bijak dalam berunding soal harga, khususnya perkara-perkara yang melibatkan aspek teknikal. 
 
 
Untuk ‘berkat’ misalnya, kami tidak mahu membazir. Hanya kembali kepada yang asas. Adat Melayu kita memberikan telur sebagai cenderamata buat tetamu. Tetapi pihak keluarga saya memilih bingkisan ros porselin dan coklat berbentuk bunga telur.


Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures
 

 

Lisa ada rasa tertekan sepanjang tempoh persiapan?

Tidak kerana sejak awal lagi saya sudah tekankan kepada teman-teman rapat, saya tidak mahu bertukar menjadi seorang bridezilla... Hahaha! Saya relaks saja. Urusan menjadi mudah kerana saya sudah mengagihkan tugas sejak awal. 
 
 
Andai kata ada sebarang masalah, kami bawa berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. 


 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures


 
Saya bukanlah wanita yang terlalu cerewet atau rumit memikirkan itu dan ini. Saya lebih sukakan sesuatu yang ringkas, mudah dan praktikal. Memandangkan kami cuma mengadakan satu majlis resepsi, sebenarnya ia jauh lebih mudah untuk diatur. 
 
 
Biarpun saya tidak nafikan ada cabaran tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan seperti apa yang dirancang. Secara peribadi, perkahwinan itu lebih kepada meraikan tetamu yang turut sama berkongsi kegembiraan terhadap pasangan yang baru diijabkabul. Dan untuk itu, sejak awal lagi saya fokuskan kepada makanan yang akan dihidang buat tetamu. 


 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures

 
 
Dengan jumlah tetamu seramai 1,500 terdiri daripada keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai kedua-dua belah pihak, kami bukan sahaja perlu memastikan makanan perlu mencukupi, tetapi biarlah tetamu berpuas hati dengan hasilnya. Pulang dengan kekenyangan dan penuh kegembiraan. 
 
 
Syukur kerana rata-rata tetamu yang datang berkata, “Lisa, the food was amazing!”, “...The food was awesome!” 
 
 
Ahhh, saya lega mendengarnya! Kudos buat team Pak Engku dari Kuzie Catering yang berhempas pulas menyediakan hidangan. Dalam masa sama, saya juga pastikan tetamu tidak perlu tunggu terlalu lama untuk makan. Selesai upacara merenjis dan menepung tawar, maka hidangan buat tetamu dan pengantin disajikan.
 
 
 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures
 

 

Berapa lamakah masa yang diambil untuk melakukan persiapan perkahwinan?

Tiga bulan sahaja. Semua konsep, tema dan sebagainya sudah pun dirancang bersama keluarga dan kenalan rapat.
 
 

Ada atau tidak Lisa berselisih pendapat dengan Yusry menjelang majlis?

Alhamdulillah, tiada drama-drama yang tak diingini berlaku, hahaha. Ia jauh lebih mudah kerana saya dan suami sentiasa berbincang dan kami mendapat persetujuan bersama. 
 

 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures


 
Tiada istilah saya atau suami yang mendominasi dalam hal-hal tertentu. Contohnya, kami sepakat untuk mengendalikan hanya satu majlis resepsi sahaja, malah kami tidak mahu menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak. Kami lakukan mengikut kemampuan. 
 
 
Malah tambah manis apabila Yusry sendiri yang terlibat dalam proses merekacipta pelamin. Memandangkan dia arif dalam soal-soal teknikal dan selepas kami bersetuju mengenai pemilihan tema dan konsep, segala yang dirancang berjalan sempurna. 
 
 
Saya lebih selesa beri kepercayaan kepada orang lain dan jika ada masalah sekalipun, kami akan berbincang mencari kata sepakat untuk menyelesaikannya.
 

 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures


 
Kalau Lisa diberi peluang untuk mengubah atau menambah satu perkara dalam majlis perkahwinan Lisa, apakah agaknya perkara itu? 
Saya tidak akan ubah apa-apa perkara kerana saya bersyukur semuanya berlangsung dengan baik. Semua yang hadir termasuk keluarga dan kenalan turut sama berkongsi kegembiraan yang sama seperti apa yang saya dan suami rasakan. 
 
 
Saya tidak meletakkan sebarang harapan perkahwinan ini akan mendapat jolokan 'Wedding of The Year' atau seumpama dengannya. Keberkatan hidup selepas perkahwinan itu yang saya dan suami cari-cari.
 


 

 

Lisa percayakah pada amalan orang dulu-dulu? Khususnya pantang-pantang tertentu sebelum bergelar raja sehari?

Saya percaya pada pantang-larang orang dulu-dulu. Misalnya, selepas majlis merisik pada tanggal 23 Disember 2011 hinggalah menjelang upacara akad nikah pada 23 Februari 2012, kami tidak keluar berdua. Jika berjumpa sekalipun, kami tidak naik dan pulang dengan kereta yang sama. 
 
 
Saya sering ditemani ibu dan Yusry akan memandu pulang seorang. Itu yang saya amalkan sepanjang tempoh itu. Tidaklah merimaskan kerana kami masih boleh berhubung seperti biasa. Boleh call, WhatsApp dan sebagainya. Jadi, tiada masalah. 
 
 
Saya sendiri sukakan konsep kumpul rindu. Biarlah sesekali berjumpa. Barulah rasa rindu itu menggebu-gebu, bertimbun-timbun menjadi tebal, haha!
 

 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures

 

APA KATA KHIR KHALID, JURUSOLEK PERKAHWINAN LISA SURIHANI?

Bagaimana anda memastikan seri sebagai ratu sehari pada wajah selebriti terpancar hebat, biarpun mereka sering dilihat tampil bersolek hampir sepanjang masa? 

Agak sukar untuk saya menjelaskannya. Saya percaya, setiap wanita sama ada selebriti, kerabat diraja ataupun wanita biasa, punya magis wajah yang tersendiri. Solekan cuma membantu menyerlahkan seri wajah pengantin. 
 
 
Selebriti misalnya, mereka lazim ‘menyimpan hajat’ untuk mendapatkan look idaman pada hari bersejarah yang sudah sememangnya berbeza dengan solekan yang sering melatari wajah mereka. Malah mereka juga boleh menilai dan mengetahui hasil kepakaran dan sentuhan magis setiap jurusolek yang mampu menambah seri pada wajah mereka.
 

 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures
 

 

Gaya solekan bagaimana yang disenangi banyak selebriti? 

Walaupun solekan perkahwinan lazimnya berdasarkan solekan cantik, saya amat mementingkan contouring dan shading pada wajah pengantin.
 
 
Asas atau kanvas solekan adalah fasa terpenting, yang memberikan impak paling besar. Itu yang sering saya titikberatkan ketika menata rias wajah Lisa. Selain itu, saya selalu hindari solekan yang terlalu 'berat' kerana look yang asli lebih sesuai untuk membangkitkan mood dan seri pengantin.
 

 
Sumber: Lisa Surihani dan Pretty Peektures

 

Sukar atau tidak menentukan 'look' sesuai pada wajah selebriti kalau nak dibandingkan dengan solekan fotografi majalah, majlis anugerah dan sebagainya?

Tidak kerana solekan pengantin hanya fokus pada elemen-elemen yang mencantikkan wajah. Berbeza dengan sesi fotografi majalah yang lazimnya mempunyai konsep atau tema tertentu. 
 
 
Bagi saya, pengantin zaman kini lebih berani mencuba. Malah mereka arif akan kekuatan setiap jurusolek profesional kerana dengan adanya pelbagai laman media sosial, semua ini memudahkan mereka mengikuti aliran trend paling hangat.




 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Bagaimana Ras Adiba Bangkit Sebagai Insan OKU: “Saya Menangis Tiap Hari, Allah Akhirnya Datang..."

  • Seterus →

    Bagaimana Lana Nodin Didik Suami “Omputih” Hormati Budaya Melayu dan Cintai Masakan Air Tangannya