Nov 03, 2016 - 36379

Bagaimana Ras Adiba Bangkit Sebagai Insan OKU: “Saya Menangis Tiap Hari, Allah Akhirnya Datang..."

Setahun setengah Ras Adiba Radzi berputus asa. "Sehingga suatu hari, seolah Allah meletakkan selimut di dada saya..."


Oleh:






PADA penghujung Oktober lalu, hangat di media sosial apabila personaliti TV, Ras Adiba Radzi, memuat naik foto seorang gadis normal menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan OKU.

Ternyata statement yang dikeluarkan oleh Ras Adiba telah menimbulkan perang soal-jawab dalam kalangan netizen. Ada yang bersetuju dengan pendirian tegas Ras Adiba, bahawa golongan normal perlu menghormati hak-hak golongan OKU. Malah tidak wajar mengambil kesempatan. Namun dalam masa yang sama, ramai pula netizen berpendapat, foto gadis itu tidak wajar dimuat naik untuk tatapan umum. 

Berikut adalah petikan jawapan susulan beliau. 

 

Jawapan Ras Adiba:

Recently I shared a story about a girl who was angry with me for taking her pic whilst using the OKU loo. That story became viral with feedbacks from all over.

There were supporters & some condemming me, for embarassing her in public. But just so you know, I don't embarass people in the open but that day I lost it! She was way out of line. Raising her voice & defending that there's nothing wrong with her using the toilet meant for us OKU.

Two of her friends also defended her action & asked why her photo was taken (all this in front of my two sons whom I teach to respect us & our facilities).

Truthfully this happens to us all the time, that's why we try to document the culprits.

Anyway, I am an SCI patient (spinal cord injury), a T10 Paraplegic which means that I'm paralysed waist down. Hence I have to make sure that I don't delay going to the washroom as I can easily get UTI (urinary tract infection). On that very day I wasn't using my diapers nor a urine catheter. So you can imagine my needing to ease myself but no, she had to use the facilities meant for me! (the other washroom were empty).

Some of you might say well, just wait till she's done but that day my bladder just couldn't hold. By the time I got in, my under garments were soaked & I wet my wheelchair. So can you understand why I'm so angry!

I'm 48 & I get bullied by inconsiderate people who misuse facilities meant for people like me! How much more can I take?😢😢😢

Do you think they'd care if they knew I leaked & wet myself that day? I'm so embarassed having to share the details of what I endured but this is exactly what my friends & I go through everyday.

So on this blessed Friday, I'd like to apologise to that girl who'es face I made famous for abusing our disabled toilet. The very girl whom I reckon might have accidently left her brain at home! To the rest of you, I pray you'd put yourself in my shoes. Truthfully I am embarrased to share with you the minute details of that day's incident but if it helps create awareness for my people & I, by all means please share.

To that girl 
— I pray you'd never have to be a disabled like me. Assalamualaikum.

 

InTrenders, Apa Pendapat Anda?

Sebelum kita menjatuhkan hukuman kepada Ras Adiba atas ketegasan dan pendiriannya itu, kami ingin mengajak anda semua, masuk seketika ke dunia Orang Kurang Upaya, yang sedang Ras Adiba dan jutaan sahabat OKU yang lain harungi. 

Semoga artikel ini mendatangkan manfaat. Selamat membaca.  



TERBARU mengenai Ras Adiba Radzi?

Saya masih bergelar penyampai berita sambilan di saluran NTV7 (Edisi 7 dan 7 Edition). Saya juga aktif dalam sukan menembak (atlet skuad Paralimpik). Dalam masa sama saya menguruskan syarikat produksi sendiri yang memfokuskan dalam skop hal ehwal semasa. 
 
Selain itu saya bertindak sebagai Penasihat bagi Persatuan Warga Istimewa dan Rehabilitasi Anggota K9 (PERWIRA K9 Malaysia). Persatuan ini menumpukan kepada golongan OKU terutamanya yang berhadapan dengan masalah saraf tunjang selain bertindak sebagai kumpulan sokongan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dengan penyakit ini. Dalam masa sama, saya juga membesarkan dua orang anak lelaki, kedua-duanya sembilan tahun.
 

 
 

Memang aktif bersukan sejak kecil?

Ya, saya bukanlah jenis yang suka duduk diam. Ada sahaja aktiviti yang ingin saya lakukan.

Sebelum berkahwin dan ketika masih mampu berjalan dahulu pelbagai sukan lasak saya ceburi. Menunggang motosikal berkuasa tinggi, membuat terjunan dari jarak tinggi dan macam-macam lagi. Ia memberikan kepuasan kepada saya. 

 

 



Selepas bergelar OKU dan bercampur-gaul dalam dunia mereka, saya pinjam semangat rakan-rakan OKU dengan menyertai sukan marathon. Saya tolak kerusi roda dari Johor Bahru ke Melaka, Negeri Sembilan dan akhirnya sampai ke Putrajaya. 
 
Kemudian saya sertai sukan renang, biarpun sukar dan agak takut pada mulanya namun saya gagahkan jua sehingga mewakili Selangor. Selepas itu saya bermain badminton dan dapat mewakili Malaysia. Kemudian barulah menceburi sukan menembak menggunakan air riffle. Saya mula menyertai pasukan Paralimpik pada 2003 dan kini hanya memfokuskan pada sukan menembak sahaja.

 



Sudah bertahun-tahun berkerusi roda, cerita kisah di sebaliknya?

Kali pertama saya terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 1995 hingga terlantar koma. Syukur kerana saya diberi peluang oleh-Nya sedar dan kembali berjalan biarpun masih terasa sakit kesan kemalangan. 

 

 
Kemudian pada 2001 berlaku insiden di hadapan rumah ibu saya. Perompak mahu mencuri kereta lantas dihentaknya topi keledar berkali-kali pada kepala saya. Saya rebah dan bertitik tolak daripada itu kesan kesakitan kemalangan sebelumnya kian terasa. Apatah lagi ditimpa kecederaan kali kedua, memburukkan lagi keadaan namun ketika itu saya masih boleh berjalan. 
 
Selepas itu pada 2002, ditakdirkan Allah saya jatuh apabila mahu mengambil barang di dalam almari yang tinggi. Ketika jatuh saya terdengar bunyi ‘crack’ dan sangkaan saya cuma terseliuh biasa. Lantas saya dibawa ke hospital. Ketika saya bangun dari katil mahu ke tandas, saya terjatuh. Sudah tidak terasa pada bahagian kaki saat mahu mengatur langkah.

 
 
 

Sukar menerima takdir bahawasanya anda kini bergelar OKU?

Waktu mula-mula bergelar OKU, satu setengah tahun saya berputus asa. Sepanjang tempoh itu jugalah kawan-kawan semua menghilangkan diri. Namun saya tetapkan dalam pemikiran dan bersangka baik dengan mereka, “Mungkin mereka juga punya masalah. Biarkan sahaja mereka.” 

 


Tetapi dalam sela-sela masa saya bersedih kerana dahulunya punya ramai kenalan dan sahabat namun apakan daya, keadaan telah mengubah segalanya.
 
Saban hari saya menangis. Dan ketika itulah saya lebih suka menyedari, “Oh, aku cuma mempunyai ramai kenalan!” 
 
Ditambah dengan pendirian saya (sebagai seorang penyair) yang gemar mengasingkan diri kerana lebih selesa bersendirian, kadangkala ia menjeruk rasa. Setiap hari berdoa kepada Allah, ambillah saya pulang kepada-Nya kerana saya tidak tahu bagaimana mahu menguruskan diri dan tidak boleh terima bahawasanya saya sudah bergelar OKU. 

 

 

Berdosa saya berfikiran sebegitu tetapi realitinya itulah yang saya alami, lalui dan rasai. Dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang normal, kemudian menikmati nikmat hidup dalam segenap sudut namun dalam sekelip mata ia berubah. Lama-kelamaan, saya dapat terima kenyataan. Saya berpendapat itulah proses yang sebenarnya memberi kekuatan agar saya kental hingga hari ini. 
 
Suatu hari usai menangis dan berdoa, tatkala bangun dari tidur saya rasakan seolah-olah Allah ‘meletakkan selimut’ di dada saya. Tafsiran saya daripada sudut yang berbeza, mungkin Allah menyuruh saya banyakkan bersabar dan tenang menghadapi ujian ini. Cuba fahaminya dari sudut yang positif.

Hanya selepas itu, barulah saya bercampur-gaul dan menjalin persahabatan bersama rakan-rakan OKU yang lain.

 
 

 

Pandangan anda dalam soal diskriminasi terhadap golongan OKU?

Ketika itu saya rasakan cukup banyak. Rata-rata pandangan masyarakat terhadap golongan OKU adalah kami ini menyusahkan. Kata mereka, golongan seperti kami layaknya sekadar duduk di rumah. Tidak perlu bersusah payah melakukan itu ini.

Namun hari ini saya lebih berani menyuarakan ketegasan saya dalam soal ini.



Penerimaan dan layanan keluarga pula bagaimana?

Syukur kerana ahli keluarga saya dapat menerima keadaan saya dan memahami segala kekangan yang ada. Bagi saya, soal keluarga jika salah seorang daripada kita mempunyai apa jua masalah jangan sesekali membiarkannya sendirian. Sebaliknya berikan sokongan kerana sebenarnya itulah yang diperlukan.

 
 

Kesukaran atau cabaran yang terpaksa dilalui sebagai OKU?

Masalah kemudahan awam yang tidak mesra pengguna khususnya bagi golongan OKU. Kawasan pedalaman misalnya, masih banyak kekurangan daripada aspek kemudahan berbanding kawasan bandar. Dalam soal ini saya bekerjasama dengan Bahagian Arkitek Universiti Islam Antarabangsa dan Jabatan Standard Malaysia. 
 
Kami pergi ke serata negeri dan mendedahkan masalah yang dihadapi golongan OKU, bagaimana cara dan pendekatan yang harus diambil untuk meningkatkan kemudahan bagi golongan ini. Kerjasama ini melibatkan golongan OKU, pemilik bangunan, pihak berkuasa tempatan, arkitek, jurutera, arkitek lanskap, juruukur bahan. 

 
 


Kerjasama ini saya lihat amat penting untuk membantu kami golongan OKU dan dalam masa sama golongan profesional dapat melakukan improvisasi pada rekaan atau struktur bangunan. Dan bagi saya semuanya berkisarkan kepada perubahan dan bagaimana cara untuk meningkatkan dan memberi kemudahan. Tidak kiralah sama ada di tempat kerja atau di rumah, it’s all about improvisation. 
 
 
Saya akui semua melalui cabaran yang berbeza-beza. Apatah lagi jika orang melihat saya, membawa nama Ras Adiba Radzi bukanlah mudah. Biarpun berkerusi roda, saya harus memberikan contoh bahawa golongan OKU juga mampu melakukan perkara yang sama orang normal buat.

 

 

Siapa yang banyak membantu memulihkan semula kekuatan anda?

Allah. ‘Dia’ datang memberikan hint kepada saya. Misalnya apabila ke kedai buku saya terlihat papan tanda, ‘DON’T GIVE UP, I’M WITH YOU’. Apabila menyelak akhbar dan majalah ada sahaja mesej yang meniupkan semangat, membisikkan kata-kata perangsang seperti ‘LIFE HAS TO GO ON’. 
 
Apabila terdengar lagu atau menonton filem pasti ada bait lirik atau skrip seperti Allah itu bercakap-cakap dengan saya. Dan Allah menyampaikan mesej-mesej itu melalui pelbagai medium juga menerusi orang lain. 

 
 


Sebenarnya saya banyak meminjam kata-kata semangat daripada rakan-rakan OKU. Mulanya mereka agak takut mahu berkawan dengan saya, kata mereka nama saya terlalu besar.

Namun sebaliknya saya yang takut untuk berkawan dengan mereka kerana mengambil masa untuk menyesuaikan diri sebagai OKU.


 
 

Cara anda meluahkan emosi yang mungkin tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku? 

Saya salurkannya menerusi seni. Saya tampil dengan teater ‘Merdeka di Mataku’ menerusi syarikat produksi sendiri. Saya bernyanyi, menari dan kebanyakannya saya lakukan rutin seperti biasa. Saya tidak mengharapkan simpati atau belas kasihan kerana ia hanya melunturkan semangat saya.

 
 

Hikmah di sebalik apa yang berlaku?

Saya belajar untuk mengadaptasi diri, menyesuaikan diri dengan situasi. Jika orang merasakan kekok atau janggal, saya cuba tenangkan mereka dan buatkan mereka berasa selesa dengan saya. Namun yang penting dekatkan diri dengan Allah, Dialah teman segala-galanya.

 
 

Pengalaman sepanjang bergelar OKU, kongsikan?

Banyak untuk dikongsikan. Antaranya, saya perlu atur dan rangka terlebih dahulu apa yang akan saya lakukan misalnya jika mempunyai agenda atau apa jua program keesokan harinya. Baju mana yang senang disarung, sama ada saya perlu memandu ke lokasi yang ditetapkan, adakah kemudahan parkir kereta untuk OKU dan banyak lagi. 
 
Kebanyakan kekecewaan itu hadir dalam soal kemudahan untuk mengakses keperluan golongan OKU. Tandas dan parkir kereta antara subjek yang sering kali menjadi penghalang utama. Masih ada lagi segelintir dalam kalangan masyarakat kita yang menyalahgunakan kemudahan untuk golongan OKU.

 

Pesanan ringkas buat masyarakat di luar sana mengenai keperluan golongan OKU? 

Hormatilah golongan OKU. Fahami keperluan kami kerana selayaknya kami juga menerima layanan yang sama seperti anda. Ubah mentaliti dan jangan menyalahgunakan kemudahan yang telah dikhususkan untuk kami.
 
 
 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    BOCEY: Abam yang Agam, Fad yang ‘Elok’ & Achey yang Macam Petir, Memang ‘WIN’!

  • Seterus →

    “My Doa We Age Gracefully Together. May Our Love For One Another and Anak Is Timeless” — LISA SURIHANI