Mar 12, 2017 - 39353
Kredit foto: Getty Images
HATI sudah sarat cinta tetapi si diapula mengaku tidak punya rasa yang sama. Padahal sepanjang berdampingan kamu dapat merasakan ada persamaan dan keserasian. Malah, kamu yakin dialah orangnya, insan yang mampu membahagiakan kamu seumur hidup. Dia juga lelaki yang kamu nantikan selama ini. Segala ciri lelaki idaman ada dalam dirinya. Tetapi mengapakah dia reject kamu?
1. Dia reject kamu kerana tak berminat. Memang sukar menerimanya. Hati kamu sangat terluka tetapi harus diingat, dia yang rugi bukan kamu. Memang dia mesra mendampingi kamu tetapi mungkin ada beberapa perkara yang tidak disenanginya sehingga timbul perasaan kurang minat. Biar terluka tetapi terimalah hakikat itu. Hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa.
2. Dia reject kerana kamu bukan gadis yang diimpikannya. Ciri- ciri diinginkan tiada ditemui dalam dirimu. Dia dambakan gadis yang lembut, pemalu, rambut panjang, kalau ketawa menutup mulut, ketawa pun tak keluar bunyi. Sedangkan kamu pula sangat kasar, ketawa terbahak-bahak, pitch suara ke laut, rambut gaya tomboy. Pendek kata lelaki naik takut denganmu.
3. Lelaki kadang-kadang mengejar gadis idaman yang tidak wujud. Cuma imej gadis itu paling ideal di fikirannya buat masa ini dan bukan dirimu. Siapa kata wanita sahaja punya anganan mahukan lelaki bertubuh sasa, tinggi lampai, kacak dan berada?
Lelaki juga punya impian mereka sendiri dalam mencari gadis idaman. Mahukan yang seksi, tubuh menawan boleh dibanggakan, cantik dan kalau si gadis itu anak orang berada, lagi dia suka. Bukan apa bolehlah tumpang senang!
4. Kamu terlalu mengada-ada mahu manja macam budak kecil. Kata dia, he needs a girlfriend not a baby. Jadi janganlah banyak kerenah. Memang kamu berniat mahu bermanja-manja, sangat suka buat aksi manja kucing. Bercakap pun tak faham butir bahasanya.
Sesekali bolehlah berkelakuan seperti itu tetapi kalau usia pun sudah layak jadi mak orang, memang patutlah lelaki mual mendekatimu. Jangan terbawa-bawa fiil kamu ketika usia remaja atau belasan tahun. Tiba masanya kamu bersikap matang. Belum terlambat kamu memikatnya.
5. Dia memang tak pernah ada teman wanita. Jadi lupakan impianmu. Dia pasti reject kamu kerana belum bersedia ada komitmen. Lazim, lelaki ada target tersendiri mahu menamatkan zaman Romeo mereka. Jika dia belum bersedia, kamu dampingi dia sebagai sahabat.
Jangan mendesak kerana lelaki yang takutkan komitmen takkan suka dengan wanita sebegitu. Ikut sahaja rentak si dia tetapi jangan pula menutup peluangmu mengenal lelaki lain. Entah-entah memang kamu bukan pilihannya. Rugi pulak!
Kredit foto: Google
6. Lelaki terkadang saja buat-buat jual mahal. Susahnya nak dapat dia. Mungkin dia belum jumpa wanita yang benar-benar melekat di hatinya. Itu permainan biasa lelaki kalau dia sudah tidak suka. Kalau kamu wanita idamannya, dia takkan jual mahal. Lelaki kalau dah suka, cepat saja bertindak.
Jangan perasan yang dia saja buat-buat jual mahal. Sedarlah, dia memang susah nak dapat dia sebab dia mengelak daripadamu. Wanita pula memang suka cabaran begini. Lagi sukar mendapatnya, lagi besar perasaan tersimpan. Tapi usah buang masa. Cepat cari yang lain.
7. Kamu tak boleh memaksa hati dan perasaan mereka. Lebih-lebih lagi lelaki. Kalau dia kata putih, putihlah. Kalau hitam, hitamlah keputusannya. Kamu buatlah apa sekali pun, takkan berganjak keputusannya.
Usah buang tenaga menghadiahi barang mewah, memanjakan dia, memasak untuknya setiap hari, mengemas dan membasuh pakaiannya atau macam-macam lagi. Dia mungkin tidak melarang, tetapi dia tetap takkan memilih kamu. Percayalah, buat penat aja!
8. Terlalu tinggi harapanmu. Kamu nak mengejar apa yang tak sepatutnya kamu impikan. Cemburu melihat teman baik punya kekasih kacak dan punya segala- galanya. Dia sering dimanjakan, mendapat hadiah mewah dan secocok pabila bersama. Wah, kamu pantas memasang angan-angan untuk mencari lelaki seperti itu.
Harus diingat, bukan semua orang bernasib baik seperti sahabat kamu itu. Tengok pula diri dia yang jelita, sudah tentu mudah mencari lelaki seperti itu. Nasib kamu belum tentu sepertinya. Jadi harus kamu ukur baju pada badan kamu sendiri. Sedar-sedarlah!
9. Apabila dia menolak, kamu naik gila kerananya. Bukan kerana tergila-gilakan dia sangat tetapi rasa tercabar. Lelaki tak suka wanita terhegeh-hegeh. Dek kerana rasa tercabar, kamu jadi seperti itu terhegeh-hegeh dengannya. Rasa- rasanya banyak lagi cara kamu boleh mencuri hatinya. Sabar itu perlu dalam memancing lelaki. Jangan kelihatan kamu terdesak pula.
Sebagai wanita, kamu tak boleh memburu lelaki kerana lazimnya lelakilah pemburu. Masih ada lelaki tidak boleh menerima hakikat wanita juga mampu membuka langkah terlebih dahulu dalam memikat. Jadi sebelum bertindak, kamu perlu kenal apakah si dia bersikap terbuka atau lelaki yang masih kolot dalam soal cinta.
10. Kamu mudah sangat dia dapat. Selalu senang kalau diajak keluar. Dia pastinya pandang kamu sambil lewa. Mudah dapat sampaikan dia rasa tak ada sebab nak ada hubungan istimewa denganmu.
Tiada eksklusif lagi dalam hubungan kalian. Lelaki kadang-kadang sukakan cabaran. Apa kata kamu bertindak sebaliknya. Biar dia rasa susahnya hendak mendampingimu. Pasti dia akan mula sedar betapa pentingnya diri kamu itu dalam kehidupannya. Cubalah!
Kredit foto: Getty Images
11. Cepat sangat panggil dia ‘baby’ atau gelaran- gelaran lain yang sewaktu dengannya. Tentu saja dia takut mendengarnya. Simpan dahulu kerana bukan semua lelaki suka dimanja. Baca dahulu sifat-sifat si dia. Perkara ini nampak remeh tetapi mungkin bakal meruntuhkan hubungan kalian.
12. Cepat sangat menunjukkan emosi. Salah sikit saja kamu sudah beremosi. Dia pastinya nak lari saja. Emosi yang bagaimana? Sifat merajuk kamu itu simpan saja. Kalau belum sah jadi kekasih, jangan nak cemburu juga.
Atau hendak marah kepada perkara- perkara remeh yang memualkan lelaki. Bertenang saja dulu walaupun dia berbual mesra dengan wanita lain di depan kamu. Selagi belum rasmi, jangan memberi riaksi apa-apa. Okey?
13. Dia memang tak berapa percaya kepada wanita. Semestinya ada kenangan silam mengganggu-gugat perasaan. Jadi usaha keras sikit untuk menambat hatinya. Lelaki sensitif seperti ini perlu kamu bajai hati mereka.
Jangan pula menarik benang di dalam tepung, habis berselerakan. Pasang strategi lebih lagi kerana perasaan lelaki seperti ini sukar diubati. Sekali terluka, selamanya dia menyalahkan wanita. Tunjukkan kamu bukanlah seperti bekas kekasihnya.
14. Wanita terlalu risau yang bukan-bukan. Perkara bodoh-bodoh pula tu yang tak mampu diterima akal lelaki. "Jangan keluar, sejuk sangat," ujarmu seperti ibunya. Dia perlukan kekasih, bukan seorang lagi ibu!
"Tak suka you berhubungan dengan dia, delete nombor dia," arah kamu kepadanya mula mengawal kehidupannya. Jangan! Ketahuilah, sifat kamu seperti itu sangat merimaskan lelaki. Jangan sampai dia sudah terpikat denganmu tetapi menukar fikiran saat-saat akhir.
15. Kamu terlalu berani meluahkan perasaan. Gementarlah dia kerana didekati wanita seberanimu. Lelaki sangat fobia dan takut dengan keadaan itu.
Terutama jika hubungan baru setahun jagung, tetapi kamu sudah berani-berani laungkan rasa sayang dan cinta. Sangat agresif! Takut nanti lelaki naik takut dan lari saja.
Kredit foto: Getty Images
16. Kewangan kamu tak kukuh. Lelaki tidak suka wanita bergantung dengannya. Mereka lebih suka wanita berdikari. Bukan sekadar mahu berkongsi kewangan dengannya, dalam erti kata lain, dia perlu menampung kamu, nak ke mana-mana pun dia perlu menghantar dan mengambil. Suruh naik kenderaan awam mula kamu nak menangis. Pastinya dia akan berfikir beratus kali mahu memilihmu.
17. Gajimu lebih besar daripada gajinya. Dia rasa tercabar. Kerjayamu juga sedang memuncak. Bukan semua lelaki mahu berkongsi kejayaanmu. Itu sudah pasti. Elakkan kamu menunjuk-nunjuk. Kamu tak pernah berniat seperti itu tetapi elakkan menunjukkan kamu lebih berkuasa. Kalau beli hadiah, jangan belikan hadiah mewah yang tidak mampu dia belikan buatmu.
Kalau keluar makan, cari restoran sederhana. Elakkan juga kamu menghulur wang. Biar dia bayar kerana ego lelaki sukar kamu duga. Biar dia merasakan dirinya penting dan berkuasa. Lelaki memang ketua keluarga, jadi mereka takkan boleh terima jika wanita mengatasi mereka.
18. Queen control! Dia dah rasa-rasa kamu ni terlalu mengawal kebebasan mereka. Ada lelaki yang memberi syarat, mahu berkahwin boleh tetapi apa sahaja mahu dilakukannya jangan sibuk-sibuk nak tahu. Jika sudah berkenan sangat lelaki seperti ini, belajar-belajarlah jadi wanita sporting.
19. Dianggarkan lebih 99 peratus lelaki angkat kaki tanpa sebab kerana mahu mengelak perempuan. Itulah sifat mereka. Jika ada yang tiba-tiba menghilangkan diri, usah dicari. Teruskan saja kehidupanmu!
20. Kamu tak cantik kot! Tak seperti gadis di gambaran kepalanya. Dia ada masalah dengan barat badanmu. Mestilah dia mahu bangga dengan teman-teman membawa teman wanita yang bergaya, seksi dan jelita.
Dalam hati kamu mungkin berkata, kecantikan bakal pudar, model cantik pun kalau tua boleh bertambah berat badan terutama selepas beranak-pinak tetapi itulah hakikatnya. Kamu sendiri mahu lelaki kacak bukan? Jadi jangan persoalkan kenapa dia reject kamu!