Jan 17, 2017 - 16272

Opi, Si Comel yang Popular di Instagram Satukan Ibunya, Atita Haris Dengan DJ Nas T

Atita Haris, ‘social media influencer’ yang terkenal dengan anaknya yang comel, Opi, kini bahagia dengan episod hidup yang baru bersama DJ Nas T.

 

Oleh: Nurul Huda Hussain

 

 

 

 

BAGAIMANA Atita boleh dikenali di lnstagram sehingga mendapat jolokan Artis lnstagram?

Sejak anak saya, Opi (Nur Sofia) berusia empat bulan hingga sekarang. Secara peribadi, saya mula menggunakan lnstagram pada 2011. Mulanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa terluang dan memandangkan ketika itu saya tidak bekerja, saya gunakan Iaman lnstagram untuk muat naik status perkembangan diri ketika hamil hinggalah ke hari ini. Hanya ambil gambar dan muat naik ke lnstagram. Tidak sangka sama sekali koleksi gambar-gambar Opi  mendapat 'likes' yang banyak dan ia berterusan hingga hari ini.

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Sejauh mana Atita melihat ini sebagai platform untuk menjadikan lnstagram sebagai lubuk memperoleh pendapatan?

Bagi saya ia sebenarnya umpama pendapatan pas if. Sekadar  promosikan  iklan, kemudian menerima sejumlah wang yang memadai untuk menampung kos sara hidup. Mulanya saya mendapat tawaran  daripada  salah seorang  follower. Ketika itu dia berada  di Paris dan mahukan saya membantunya membuat iklan. Dia menawarkan bayaran RM100 kepada saya untuk mempromosikan sebuah iklan. Dari situlah saya mula menerima pelbagai tawaran. Secara tidak  langsung ia dapat menjana pendapatan sampingan.

 

>>>[KLIK DI SINI] “Maaf Kalau Saya Tak Kenal Anda Tapi Tiba-tiba Anda Mahu Baju Tajaan. Gaji Pekerja Perlu dikira” — Syaiful Baharim<<<

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Mungkinkah  ia dianggap sebagai rezeki anak?

Saya percaya dan berpegang  kepada konsep setiap anak itu sebenarnya Allah sudah tetapkan rezeki. Dan saya sebagai  ibu mungkin hanya menumpang tempias rezekinya. Syukur kerana selepas  Opi  lahir,  rezeki saya dan  keluarga semakin bertambah.

 

Nama Atita cukup dikenali malah lebih viral dengan kemunculan Opi. Pernah rasa rimas atau bagaimana?

Tidak pernah sama sekali saya mempunyai tanggapan sedemikian. Bagi saya setiap pengikut di lnstagram yang memberi peluang untuk saya dan Opi merasai nikmat rezeki dalam cara dan medium yang paling mudah. Sama ada haters atau followers, mereka yang banyak membantu menaikkan nama saya hingga ke hari ini. Maka dengan itu saya tidak pernah membenci jauh sekali meminggirkan mereka.

 

>>>[KLIK DI SINI] 12 Gaya Très Chic Aaisyah Dhia Rana, Buat Ibu Seluruh Malaysia Teruja Mahu 'Baby Girl'<<<

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Jika tidak keberatan, kongsikan cerita di sebalik perkahwinan terdahulu. Berapa usia Atita ketika itu?

Saya berkahwin pada usia yang muda, ketika berumur 19 tahun. Kami diijabkabul pada tanggal 17 Julai 2011. Jarak usia bekas suami dan saya adalah  lima tahun. Entah mengapa, sejak bercinta monyet dahulu, saya senang bergaul dan selesa dengan lelaki yang lebih berusia.

 

Mungkin juga kerana faktor persekitaran. Saya mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga. Tambahan pula kakak-kakak dan abang-abang  jauh lebih berusia. Dari situ saya melihat orang yang lebih berusia ini matang dalam segala segi. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkahwinan saya dan bekas suami hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja. 

 

>>>[KLIK DI SINI] Melayu Tradisi, Batik Jawa, Cheongsam Cina — Epiknya Perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Sabrina, Memang ‘Sweet’!<<<

 

 

 

 

Bagaimana segalanya terjadi, kongsikan?

Masalah dalaman rumah tangga dan ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan buat pengetahuan semua. Tetapi ia bukanlah berpunca kerana faktor berkahwin pada usia yang muda atau faktor umur dan sebagainya. Saya menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi dan jodoh kami tidak berkekalan.        

 

>>>[KLIK DI SINI] 25 Doa Mujarab Buat Pengantin Baru (dan Lama), Cubalah, Insya-Allah Ada Hasilnya<<<

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Berkahwin dan bergelar ibu pada usia muda, sejauh mana Atita bersedia memikulnya ketika itu?

Sewaktu melahirkan Opi, saya berumur 20 tahun. Memandangkan saya anak bongsu daripada tujuh adik-beradik dan sudah biasa dengan kerenah anak-anak saudara. Cuma saya agak kekok pada mulanya untuk uruskan bayi. Tetapi bagi saya, sebagai seorang wanita, naluri dan sifat keibuan itu tidak akan lari daripada jiwa seorang perempuan. Maka secara tidak langsung saya boleh kendalikannya dengan perlahan-lahan, lama-kelamaan menjadi lali. Malah saya sendiri selesa dan mahu lihat Opi membesar di hadapan mata. Seboleh mungkin saya mahu menjaganya sendiri. 

 

Alhamdulillah, rezeki diberikan Allah. Sejak Opi lahir hingga kini, saya masih menyusukannya. Masih ada lagi susu badan dan baru dua minggu lalu saya katakan kepadanya, “Opi sekarang sudah besar, tak boleh menyusu lagi.” Tetapi kadang-kala jika dia rindukannya, saya susukan juga (ketawa).  

 

>>>[KLIK DI SINI] "Ada Orang Kata, Anak Autistik Anak yang Gila, Ada Masalah Mental. Sabarlah Hati, Sabarlah…” — Zarina Zainuddin<<<

 

 

 

 

Perkahwinan terdahulu menemui kegagalan. Pernah atau tidak Atita menyesalinya?

Saya tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan. Tetapi saya melihatnya sebagai satu pengalaman yang banyak mengajar dan membuka mata saya untuk lebih memahami perjalanan hidup. Selepas perpisahan itu, banyak perkara yang saya pelajari. Malah saya dan bekas suami masih berkomunikasi dan hubungan kami seperti biasa. Tiada pergaduhan besar berlaku yang menggugat hubungan dan ikatan sebelum ini.  

 

Penerimaan Opi dan hak penjagaan anak pula bagaimana?

Untuk masa hadapan, saya tidak tahu bagaimana penerimaannya. Tetapi buat masa sekarang, tiada masalah mengenainya. Syukur kerana segalanya dipermudahkan. Jika Opi bertanyakan kepada saya di mana papanya, saya sekadar menjawab, “Papa kerja,” kerana ketika ini bekas suami berada di United Kingdom, bekerja di sana. Mungkin ramai yang bersimpati dengan Opi tetapi pada saya, Opi tidak pernah sunyi dan sering dilimpahi dengan kasih sayang daripada keluarga saya. Hak penjagaan telah ditetapkan milik saya dan kami menjalani rutin saban hari seperti biasa.   

 

>>>[KLIK DI SINI] 33 Hal Kahwin Anda Perlu Sedia Supaya Bahagia ‘Till Jannah’<<<

 

 

 

 

Hubungan Tita dengan keluarga bekas mentua pula bagaimana?

Masih baik malah ada kalanya bekas suami menghubungi saya dan bertanyakan bagaimana keadaan Opi. Walaupun tiada lagi ikatan antara kami berdua tetapi segalanya masih berjalan dengan baik. 

 

Hikmah perpisahan itu, apa yang Tita pelajari?

Apa yang saya lihat, banyak perkara perlu diperhalusi dan diberi pertimbangan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu, saya juga belajar untuk berfikir dan bertindak dengan cara yang lebih matang berbanding dahulu. Begitu juga dengan cara saya menaakul sesuatu perkara. Bukan mudah untuk memahami ragam manusia tetapi hakikatnya itulah yang saya pelajari. 

 

 

 

 

Sifat dan karakter Opi, banyak diwarisi daripada siapa?

Menarik mengenai Opie, dia adalah seorang anak kecil yang memahami dan mendengar kata. Malah tidak sukar untuk saya menjaganya. Tetapi kadangkala fiilnya sedikit berubah apabila berhadapan dengan orang ramai. Tambahan pula jika berjumpa dengan orang yang tidak dikenalinya, dia agak reserved dan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri. 

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Sejak bila mula mengenali Nas T?

Syawal tahun lalu, sekitar bulan Julai. Mulanya kami bernaung di bawah syarikat yang sama. Saya dilantik sebagai duta untuk produk Aquanano (Hijab Wash) manakala Nas T pula dilantik sebagai duta untuk produk Monstalab. Pemilik syarikat yakni bos kami kebetulan mengadakan majlis rumah terbuka dan Nas T juga hadir. Di situlah kami mula mengenali antara satu sama lain. 

 

Rentetan itu, bos kami cuba menyatukan kami berdua. Katanya pada Nas T, “Lepas ni cubalah mesej Tita,”. Ketika itu saya sudah setahun berpisah dengan bekas suami dan Nas T juga masih solo. Selepas berbalas mesej, saya lihat ada keserasian sesama kami dan mula memahami karakter masing-masing.     

 

 

 

Ciri-ciri yang ada pada Nas T sekali  gus membuatkan Tita bersetuju bergelar isteri kepadanya?

Dia tidak pernah sama sekali cuba mengambil kesempatan terhadap saya waima memegang tangan sekalipun hingga ke hari ini. Dia menghormati dan menerima saya seadanya. Dia seorang lelaki yang kelakar dan mudah dibawa berbincang. Jika berlakunya perselisihan faham antara kami, mudah untuk mencari jalan penyelesaian dan mengakhiri kekeliruan yang berlaku. Walaupun ada yang mengandaikan dia seorang yang garang kerana lagaknya serius sahaja, sebenarnya dia mempunyai hati yang lembut dan jiwa yang sensitif. 

 

Cara Nas T melamar Tita sebagai suri hidupnya?

Hahaha… dia romantik dengan caranya yang tersendiri. Sepanjang perkenalan kami, Nas T sering mengingatkan saya bahawa dia benar-benar mahu serius dalam perhubungan ini. Kisahnya, pada suatu malam dia print screen gambarnya yang sedang asyik berbual bersama sepupunya yang juga perancang perkahwinan. Dihantarnya foto tersebut kepada saya dan … terkedu saya seketika. Itu antara kejutan paling istimewa sepanjang perkenalan kami. 

 

Melihat kiriman foto tersebut, saya mula memahami akan hasrat dan kesungguhan Nas T yang ternyata serius mahukan pengakhiran yang indah dalam hubungan kami. Ia berlaku sekitar enam hingga tujuh bulan selepas kami berkenalan.  

 

>>>[KLIK DI SINI] "Arwah Bapa Sam Pegawai Polis, Tegas! Tak Ada Istilah 'Lepak' Dalam Keluarga" — Khaty Fauziah Musa<<<

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Bagaimana tergerak hati menerima Nas T sebagai calon suami? 

Pada mulanya agak trauma juga memikirkan sama ada mahu meneruskan hubungan ini hingga ke jinjang pelamin. Ia rentetan daripada perkahwinan pertama saya yang berakhir dengan perpisahan. Perasaan was-was, curiga dan khuatir itu sering melanda fikiran. 

 

Tetapi apa yang menguatkan saya untuk menerima Nas T sebagai suami adalah kerana kejujuran dan keikhlasan yang dipamerkan. Apa yang ditunjukkan kepada saya, itulah dirinya yang sebenar. Baik saya mahupun dia, kami tidak pernah berselindung atau menyembunyikan kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. Tambahan pula saya adalah wanita yang sering meneliti dan menganalisa karakter serta sifat seseorang. 

 

Daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak. Setahun selepas berpisah dengan bekas suami, saya sibukkan diri dengan bekerja – menjadi model, jurucakap jemputan dan pelbagai lagi cabang pekerjaan yang mendatangkan duit. Saya hanya melakukannya semata-mata ingin mencari rezeki untuk membesarkan Opi. 

 

Kata orang, jika sudah berkerjaya dan mempunyai wang sendiri, tidak perlukan kehadiran lelaki sebagai teman hidup. Tetapi berbeza dengan saya kerana saya masih mengimpikan mahu berkahwin semula. Mahu mempunyai teman hidup dan suami yang mampu memberikan tunjuk ajar serta menjadi pemimpin kepada saya dan Opi.

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Bagaimana pula penerimaan keluarga Tita terhadap Nas T? 

Mereka mahukan lelaki yang boleh menjaga saya dan Opi dengan baik. Sememangnya menjadi harapan keluarga saya untuk melihat saya berkahwin semula. Syukur juga kerana keluarga Nas T menerima saya seadanya. Malah kasih sayang yang diterapkan dan menjadi pegangan dalam keluarga kami selama ini menjadi tunjang kekuatan hubungan ini. 

 

Kedua-dua keluarga merestui perhubungan ini dan syukur kerana semuanya berjalan dengan baik. Baik saya mahupun Nas T, keluarga kami amat mementingkan hubungan dan kasih sayang yang erat.   

 

 

Harapan kepada perkahwinan ini?

Saya doakan semuanya berjalan dengan baik  dan dipermudahkan. Menjadi harapan saya agar ini perkahwinan yang kedua dan terakhir buat saya. Doakan kebahagiaan kami sekeluarga, insya-Allah.

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Kereta dan Motosikal Kami Pernah ditarik Pada Hari Bapa” — Datin Ira Ghani dan Prof. Ibrahim, Kini Pembina Legasi Aura Seri

  • Seterus →

    Percutian Bajet Sederhana — Tempat Indah, Layanan Seperti Raja! Wanita Ini Menceritakan Pengalamannya