Mar 04, 2017 - 209603

Hamil Anak Pertama, Beratnya 105 Kg! Norjuma Amalkan Beras Merah, Ikan Bakar & Ayam Kampung — Ini RAHSIA Kurusnya

Pengusaha Aidijuma ini pernah satu ketika dulu memiliki berat badan melebihan 100 kilogram. Bagaimana Datin Norjuma Habib Mohamed menurunkan berat badan daripada tiga digit ke dua digit?

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

SEMUA peminat terkesima melihat perubahan pada tubuh Juma ketika mengandung dan selepas melahirkan. Apa amalan Juma untuk kembali langsing? 

Sebenarnya, kegemukan Juma adalah sesuatu yang normal apabila Juma mengandung. Daripada anak pertama hinggalah yang ketiga ini, Juma mengalami keadaan yang sama. Jadi, ia tidak merisaukan Juma kerana Juma yakin ia adalah perubahan sementara. Namun, Juma akui Juma berusaha keras untuk mengembalikan bentuk tubuh asal. Memang tidak mudah.

 

Juma sangat stres ketika berpantang kerana melalui tempoh pantang yang ketat walaupun Juma bersalin secara pembedahan. Antara amalan pertama Juma sebaik melahirkan anak adalah minum air akar kayu Nona Roguy yang dicampurkan dengan sedikit halia dan madu. 

 

Amalan ini sudah Juma amalkan sejak zaman anak dara lagi. Minuman akar kayu ini baik untuk membuang angin dan air dalam badan. Setelah kedua-dua bahan ini berjaya dibuang, maka mudahlah untuk proses pembakaran lemak selepas itu. Setahu Juma, jika badan banyak angin, agak sukar untuk menurunkan berat badan kerana angin itu membuatkan badan tidak selesa seperti makan pun tidak terasa kenyang dan perut terasa kembung. 

 

 

 

Selain itu, apakah lagi amalan berpantang Juma?

Minggu pertama berpantang, Juma mula mengambil nasi beras merah yang dimakan bersama ikan bakar. Selepas 30 hari, barulah Juma mengambil daging ayam kampung pula. Juma tidak boleh tidak makan nasi jika mengambil jamu. Juma juga elakkan terlalu banyak minum air putih.

 

Juma ada ‘target’. Juma pastikan dalam tempoh berpantang itu, Juma mesti turun 20kg. Masa anak pertama dulu, berat Juma 105kg manakala anak kedua dan ketiga 95kg. Juma pastikan, Juma berusaha untuk mencapai berat badan minimum iaitu 60kg. 

 

 

Kredit foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

 

Adakah sesiapa yang memantau amalan berpantang Juma atau Juma mempunyai ‘personal trainer’ sendiri?


Oh, tidak sama sekali! Semuanya Juma lakukan sendiri atas kemahuan dan disiplin Juma. Juma pernah cuba menggunakan personal trainer. Siap ambil untuk 10 sesi senaman lagi tetapi yang pergi dua kali sahaja. Juma tidak boleh bersenam mengikut arahan. Bagi Juma, kalau mahu kurus, tidak perlu desakan orang lain, orang hanya tahu cakap sahaja. Diri sendiri yang harus memotivasikan diri sendiri. 

 

 

Bagaimana rutin penjagaan kulit? 

Dari umur 20 tahun lagi, Juma menggunakan produk SK-II seperti pencuci, esen dan pelembapnya. Penjagaan kulit Juma ringkas seperti mencuci, melembap dan pada siang hari Juma memakai tabir suria.

 

Juma tidak mengamalkan facial di salun kerana Juma belum temui facial yang betul-betul serasi dengan kulit Juma. Malah, Juma mula berjinak- jinak memakai krim mata kerana mendapat kesedaran bahawa garis usia mula kelihatan di kulit sekitar mata. 

 

 

 

 

Bagaimana penjagaan rambut Juma biarpun bertudung?

Untungnya, Juma tidak pernah mewarnakan rambut, mungkin itu juga antara penyumbang kepada rambut yang kekal sihat. Rutin Juma cuma bersyampu dan memakai perapi. Tetapi dua tahun kebelakangan ini, Juma mencuba SUNSILK pula kerana tertarik dengan aromanya yang sangat wangi.

 

Juma tidak melakukan rawatan rambut di salun kerana tidak suka menunggu lama. Oh, lagi satu, Juma mengamalkan pemakaian minyak India yang diperap di kulit kepala semalaman. Ia boleh dibeli di kedai mamak sahaja. 

 

 

Jenama alat solek kegemaran dan solekan yang digemari?

BOBBI BROWN dan jangan tak tahu sejak umur 17 tahun sehingga hari ini, Juma suka memakai salap bibir Mustika Ratu kerana ia mengikut warna darah bibir. Juma sukakan solekan yang simple. Juma paling tidak suka memakai bulu mata palsu. 

 

 

 

 

Adakah apa-apa perbezaan rutin kecantikan dulu hingga kini?

Tidak banyak bezanya. Mungkin kalau dulu (semasa zaman menuntut) lebih ‘brutal’, ala kadar sahaja. Tetapi setelah meningkat dewasa dan berkecimpung dalam dunia penyiaran, barulah Juma mula menitikberatkan penjagaan diri seperti pemakaian produk yang berkualiti dan khusus. 

 

 

Bagi wanita, rambut umpama mahkota dan aset. Bagaimana Juma menonjolkan kecantikan tanpa bantuan dandanan rambut? 

Entahlah ya, sebab Juma sudah bertudung sejak kecil. Malahan, Juma dididik oleh ibu dan ayah untuk tidak begitu memikirkan tentang kecantikan sangat. Bagi mereka, paling penting adalah pendidikan dan sahsiah diri. Itu keutamaan dalam diri anak-anak.

 

Hal- hal kecantikan ini jatuh perkara terakhir. Bagi Juma, paling penting penjagaan kulit. Kalau kulit cantik, bersolek ringkas pun sudah memadai untuk menonjolkan kecantikan diri. 

 

 

Adakah Juma berasakan kecantikan segera melalui pembedahan atau botoks sesuatu yang boleh diterima akal?

Jujurnya, di mata kasar Juma, Juma belum pernah melihat hasil daripada pembedahan, implant atau botoks memberikan keputusan yang cantik dan semula jadi. Belum pernah! Apa pun yang kita mahu dalam kecantikan diri, paling penting bak kata Kris Dayanti berdamailah dengan diri sendiri. Jujur kepada diri. Dan dari situ, kita tahu kecantikan yang kita cuba miliki itu adalah untuk kepuasan sendiri. 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Nafsu Makan Dahsyat 2 Minggu Sebelum Datang Bulan! Pandai-pandailah Kawal Diri” — Nelydia Senrose Kongsi Tips Kurus

  • Seterus →

    Doa 11 Tahun Akhirnya Makbul! DATO’ SITI Hamil — Ini Curhatnya Nan Pasrah, Bacalah