Mar 01, 2017 - 34607

“Nafsu Makan Dahsyat 2 Minggu Sebelum Datang Bulan! Pandai-pandailah Kawal Diri” — Nelydia Senrose Kongsi Tips Kurus

Siapa sahaja terpandang wajahnya sekali, pasti mahu menoleh untuk kali kedua, ketiga dan tidak jemu mahu melihat lagi dan lagi. Cantik orangnya!

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

 

NELYDIA SENROSE baru menjengah usia 22 tahun, Ogos yang lalu. Walaupun masih muda, namun kematangan dan kelarisan namanya dalam industri melebihi usianya. Dia dilihat antara selebriti cantik yang sering dilantik sebagai duta produk. Makanya, dia dikira sebagai selebriti yang punya nilai komersil.

 

Nelydia yang sibuk dengan penggambaran telefilem bersiri, Encik Suami Mat Salleh Celup gandingan bersama Daler Yusuf, mengharapkan tahun 2017 ini memberikan sinar lebih cemerlang untuk kerjaya dan kehidupan peribadinya. Walaupun masih muda, tentu sahaja dia juga menyimpan rahsia cantiknya yang pasti peminat mahu mengetahuinya. 

 

 

 

 

Walaupun tanpa mekap yang tebal, kulit Nelydia tetap kelihatan cantik dan kurang bermasalah. Apa rutin penjagaan kulit Nelydia? 

Alhamdulillah, anugerah Tuhan. Mungkin juga kerana kulit Nelydia masih muda. Apa pun, bagi Nelydia kualiti kulit seseorang bergantung juga kepada genetik dan gaya hidup seseorang itu. Untuk rutin harian, Nelydia pastikan mencuci muka setiap hari, memakai losen dan krim siang dan malam.

 

Walau macam mana lambat pun balik rumah (selepas penggambaran), Nelydia tetap akan disiplinkan diri untuk membersihkan muka. Beri ruang yang bersih untuk kulit bernafas setelah penat seharian bekerja. Seminggu sekali, Nelydia melakukan facial. Jenis facial bergantung kepada kondisi kulit Nelydia waktu itu. 

 

 

 

 

 

Nelydia juga dikurniakan rambut yang cantik, panjang dan subur. Banyak berhabis untuk itu? 

Nelydia kerap mewarnakan rambut menyebabkannya mudah kering. Entahlah, memang dari dulu Nelydia suka bereksperimen dengan pelbagai warna rambut baru. Kalau ke majlis, Nelydia tidak suka mengikat rambut, Nelydia sukakan stail rambut lepas sahaja.

 

Justeru, penjagaan ekstra diperlukan untuk memastikannya kekal subur dan terurus. Tidak dinafikan Nelydia selalu melakukan treatment seperti roots treatment, paling tidak sebulan sekali. Rawatan akar rambut ini penting untuk memastikannya tumbuh sihat, subur dan tidak mudah rapuh pada folikelnya. 

 

 

 

Bagaimana dengan penjagaan berat badan? 

Nelydia punya badan yang cepat naik cepat turun terutama masa datang bulan. Apa yang penting kenali badan kita. Listen to your own body. Apa yang perlu dan tidak diambil? Contoh macam Nelydia, dua minggu sebelum haid, nafsu makan akan mendadak naik, mula rasa bloated. Jadi, pandai-pandailah kawal waktu itu. 

 

 

 

 

Tidak ambil sebarang suplemen atau jamu? 

Tiada. Dalam usia begini, energi masih kuat. Cuma, Nelydia banyakkan minum air putih. Sesekali ambil Vitamin C untuk penjagaan dari dalam. 

 

 

Nelydia antara selebriti kerap dilantik sebagai duta produk, kenapa agaknya Nelydia disenangi oleh pemilik sesuatu jenama itu? 

Mungkin faktor pentingnya wajah Nelydia selalu kelihatan di kaca televisyen. Dalam erti kata lain, Nelydia tidak sunyi daripada berkarya. Nelydia juga antara yang aktif menghadiri majlis. Daripada situ, kebanyakan pemilik produk ini mengenali dan menemui Nelydia.

 

Nelydia juga sering tampil natural kalau ke mana-mana majlis. Mungkin dari situ, mereka dapat menilai sejauh mana keaslian rupa kita kalau mahu dijadikan duta mereka. 

 

 

 

 

Adakah sebarang tekanan membawa sesuatu jenama itu? 

Bukan hanya kerana kita duta produk, menjadi perempuan itu sendiri tidak mudah. Penampilan harus dijaga dari hujung rambut hingga hujung kaki agar sentiasa kelihatan yakin walau di mana kita berdiri. Itu bayaran yang perlu dipulangi. 

 

 

Apa pendapat Nelydia jika ada sesetengah perempuan yang berkata, ‘selebriti lain, perlulah cantik, kita orang biasa, simple saja sudah’? 

Sebagai perempuan, kenapa perlu membezakan antara selebriti dan orang biasa untuk tampil cantik? Siapa pun kita, kita perlu keluar dan mendepani orang lain, jadi penjagaan diri itu penting untuk rasa dan tampil cantik juga yakin. Kalau pun sibuk dengan keluarga, lakukanlah mana yang termampu, jangan diabaikan terus penjagaan diri. 

 

 

 

 

 

Ikon cantik Nelydia? 

Jennifer Lawrence. Bagi Nelydia, dia mungkin tidak terletak dalam kategori ‘cantik’ yang kebanyakan orang tafsirkan. Namun, dia punya kecantikan secara total untuk keseluruhan pakej. She is believing in her own body. Bukan saiz menjadi ukuran. 

 

 

Tiga produk mesti Nelydia usung ke mana pergi? 

Bedak kompak, pemerah pipi dan salap bibir. 

 

 

 

Kredit foto: Instagram

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Umur 38, Sudah Beranak Satu — Jaclyn Victor Tetap Langsing Bagai Anak Dara! Ini Rahsia Jac

  • Seterus →

    Hamil Anak Pertama, Beratnya 105 Kg! Norjuma Amalkan Beras Merah, Ikan Bakar & Ayam Kampung — Ini RAHSIA Kurusnya