Aug 27, 2016 - 3002

“Zeeshan ‘Borderline Premature Baby’, Tapi Doktor Akui Perkembangannya Macam Bayi 6 Bulan. Ini Rahsianya…” — Fouziah Gous

Keajaiban yang diceritakan sendiri oleh Fouziah Gous. Anaknya lahir tidak sampai 'full term' 40 minggu, namun perkembangannya menakjubkan.

 

Oleh: Salina Ibrahim

 

 

BAGAIMANA rutin Fouziah sebagai seorang ibu sekarang?


Saya baru empat bulan jadi ibu (Zeeshan dilahirkan pada November 2015). Ya, amat mencabar. Bangun pagi, minda hanya teringat anak, harus selesaikan susu anak, sebelum keluar pastikan semuanya okey. Anak saya 100 peratus menyusu badan, oleh itu, saya mesti pastikan semuanya okey. Kalau peruntukkan tiga jam untuk saya keluar, dua botol susu dipam siap-siap, malah biasanya lebih. Rutin saya semua mengenai anak. Kalau ambil job, harus pastikan yang tak terlalu padat dan boleh dibuat di rumah. Saya ada bisnes online, saya boleh pantau dari rumah dan masa sama menjaga anak.



Mulai bulan ini (perbualan dengan InTrend pada April), saya ambil job yang sudah dua tahun saya tak lakukan, ini drama pertama saya selepas dua tahun. Saya tak tahu bagaimana keadaannya selepas ini. Saya juga baru balik shooting di Hong Kong, saya bawa anak bersama. Saya menyusukannya, buat sendiri tanpa pengasuh, terpaksa bangun awal, bersolek sendiri, sebab lebih cepat bersolek sendiri. Terasa hidup sangat padat.

 


Kalau ada masa, memang dengan Zeeshan juga. Di Hong Kong tempoh hari, sepanjang masa dengan dia. Di KL, biasanya dia ditinggalkan dengan emak mentua saya. Kalau penggambaran di hotel dan disediakan bilik, bolehlah bawa dia tetapi kalau penggambaran sekejap sahaja, saya terpaksa tinggalkan dia. 

 

 

 

 

 

 

Apa rasanya menjadi seorang ibu?


Rasa sangat berlainan. Penat. Tapi itulah yang kita katakan, pengorbanan sebagai ibu. Saya tak boleh pergi gim sedangkan selama ini, saya jenis yang tak reti duduk diam. Dahulu saya pergi gim, yoga, spa, dapat buat banyak perkara dan banyak kebebasan. Saya bukan kompelin, tetapi inilah pengorbanan.

 

Pengorbanan ibu sangat besar. Seperti emak saya selalu kata, “Ingat pengorbanan ibu,” ya, sekarang saya tahu mengapa. Sekarang saya faham mengenai syurga di bawah tapak kaki ibu.

 

 

 

 

Saya baru empat bulan jadi ibu, saya letak diri sepenuhnya sebagai ibu. Saya sanggup menolak banyak job, tetapi untuk endorsement saya masih terima kerana itu rezeki anak dan itu yang banyak orang mahu. Saya sanggup tak ambil job yang lain, tak pergi event, malah kalau ada sedikit masa pun, saya hendak serahkan kepada anak. Pengalaman ini sesuatu yang susah untuk diceritakan.



Saya mandikan dia sendiri atau sesekali emak mentua tolong.  Bibik sekadar tengok-tengok ketika saya makan contohnya. Bibik tak pernah tukar lampin. Semua saya buat. Kalau difikirkan, ketika dengan suami pun kita tak letak usaha sebanyak ini, tapi apabila dengan anak, keadaan sangat berbeza. 

 

 

 

 


Boleh ceritakan pengalaman sepanjang tempoh kehamilan dahulu?


Sangat best kerana saya boleh mengada-ada lebih, tapi lepas melahirkan, tak boleh mengada-ada lagi. Apabila ada bayi, saya buat itu ini, non stop. Ketika hamil, dia dalam tubuh kita, kita bawa dia ke mana saja. Saya tak ada masalah ketika itu, malah sangat bertenaga. 
 


Saya berjaya habiskan penggambaran sebagai pengacara Nona untuk tempoh setahun. Malah sehari sebelum bersalin, saya berjaya habiskan penggambaran terakhir. Saya bersyukur kerana tak menyusahkan orang lain. Momen itu memang sangat indah. Saya tiada alahan teruk. Anak saya berperangai baik. Saya juga dapat bersalin normal dan selepas dua minggu saya berjaya kurus semula. 

 

 

>>>[KLIK DI SINI] Rezeki Video Viral "Apa Salah Kakak?", Keluarga Ini diburu Banyak Jenama Tempatan<<<

 

 

 

 


Pertama kali melihat anak sendiri, apa yang ada dalam minda Fouziah?

 

Rasa tak percaya. Waktu mengandung, keadaan saya amat baik sehingga saya mendapat pujian daripada doktor. Saya amalkan pengambilan bird’s nest (sarang burung walet). Banyak orang berkata, elok minum air kelapa, saya pula memang suka sesuatu yang natural, tapi mereka tak beritahu berapa banyak air kelapa yang perlu saya ambil. Saya tak tahu, minum sajalah, dan ketika buat pemeriksaan, doktor memberitahu water bag saya sudah mengecut, sedangkan sebelum itu semuanya okey.



Kata doktor, hal itu normal, tetapi doktor mencadangkan supaya saya masuk hospital hari itu juga kerana minggu berikutnya dia harus ke tempat lain. Doktor itu mengikuti perkembangan saya sejak hari pertama, jadi saya tak mahu sekiranya jadi apa-apa pada minggu berikutnya, doktor tiada untuk membantu saya. Saya setuju tapi minta masa hendak pergi salun dulu, hahahah. 

 

Saya kena induced, memang sakit, ia ibarat memaksa anak keluar. Hanya selepas induced kali ketiga, akhirnya bayi lahir dalam masa lima minit. Momen itu sangat hebat, proses bersalin begitu mudah, walaupun sebelum itu saya sangat sakit. Pertama kali bayi diletak atas dada, saya terus dapat menyusukan dia, malah kolostrum saya sangat banyak.

 

Sebenarnya ketika mengandung lima bulan, susu saya sudah mula mengalir. Ketika bayi diletakkan atas saya, walaupun matanya belum dapat melihat, tetapi saya nampak mata anak memandang bapanya (suami) yang duduk di sebelah saya. Allah SWT sahaja yang tahu betapa hebatnya momen itu. Dia diletakkan atas saya dan terus dapat menyusu, itu memang rezeki dia. 

 

>>>[KLIK DI SINI] Nana Mahazan: "Didik Anak Jangan Ikut 'Template' Amerikalah, Jepunlah. Kita Ikut Cara Kitalah..."<<<

 

 

 


 

 

Saat dia atas dada saya juga, saya blur, “Anak aku ke ni?”
 


Tetapi apabila doktor ambil dan serahkan kepada suami untuk diazankan, air mata saya berderai.  Saya tak tahu apa yang sedihnya, saya tak tahu bagaimana nak ceritakan momen itu. Saya bersyukur kerana saya memang berdoa, malah selalu memberitahu doktor, saya mahu bersalin normal. Doktor berusaha untuk tidak melakukan cesarean walaupun terpaksa induced tiga kali, dan doktor tahu tahap kesakitan saya.



Syukurlah saya dibantu oleh doktor yang bagus. Saya mahu bersalin normal kerana memikirkan, “Aku ini banyak dosa, kalau bersalin normal ibarat semua dosa akan gugur semua.”

 

Sungguh, saya tak tahu bagaimana mahu menggambarkan pengalaman itu.


 

Selepas anak pertama, serik untuk mengandung lagi?


Saya sangat bersyukur kerana Zeeshan sangat baik.  Dia sangat cheeky dan murah senyuman sejak lahir. Zeeshan borderline premature, dia baby sembilan bulan 36 minggu dan tak sampai full term 40 minggu. Tetapi menurut doktor, perkembangannya sekarang seperti bayi lima atau enam bulan.

 

Dia sangat responsif dalam komunikasi. Itu yang buat saya sejuk hati dan tak menyesal kerana menahan sakit dahulu. Dahulu dia mahu menyusu dengan botol, hanya sekarang dia tak mahu, mungkin kerana mahu bonding dengan saya. Saya fikir itu suatu yang normal. Yang lain-lain, dia tak pernah buat saya serik untuk mengandung lagi.

 

>>>[KLIK DI SINI] Gadis Ini Sanggup Tangguhkan Pengajian Perubatan Kerana Mahu Bisnes. Percaturannya Tidak Silap!<<<

 

 

 

 

Walaupun baru empat bulan, masih terlalu kecil, tapi mungkin dia sudah menunjukkan ciri-ciri anda atau suami?


Ya, dia mengikut ciri-ciri suami, itu buat saya sangat cemburu (ketawa). Anak saya boleh angkat kening sebelah macam bapanya, buat mulut muncung dan suka selfie. Dia akan menangis nak selfie, suka tengok kamera dan suka tengok videonya sendiri. Dia juga pantang tengok supercar, sama macam bapanya. Ketika umurnya dua bulan, dia tak nak tengok kartun ketika kami pasang TV. Apabila suami pasang Top Gear, matanya terus terpaku dan tangannya pun terangkat macam orang memegang stereng. Dia baru dua bulan ketika itu, apa yang dia tahu? Tapi itu sangat kelakar!



Berapa tahun selepas berkahwin, baru anda hamil? 


Ngam-ngam setahun setengah.

 

 

 

 


Harapan Fouziah untuk masa depan anak?


Tak terfikir pula. Saya rasa dia bernasib baik, umur baru beberapa bulan, sudah dapat berjalan jauh. Setakat ini saya mahu pastikan dia mendapat pendidikan yang baik. Saya tak mahu berfikir perkara yang terlalu jauh. Ini hanya persediaan untuk dia, apa yang dia dapat, duit atau barang-barang, itu rezeki dia. Suami saya adalah perunding kewangan, jadi dia lebih tahu dan mula buat pelaburan untuk masa depan Zeeshan. Tapi sebenarnya kami tidaklah terlalu merancang masa depannya. Just go with the flow. Apa-apa yang dia dapat, kami cuba uruskan dengan baik.



Sekarang segalanya semakin canggih. Saya percaya semua orang akan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Yang kami dapat beri adalah perhatian sepenuhnya kepada dia. Sama seperti saya dan suami, yang mendapat perhatian penuh daripada ibu bapa. Kami tak membesar dengan orang gaji, jadi kami pastikan selalu berkomunikasi dengan bayi.

 

Kami tak baby talk sangat dengan Zeeshan, lebih kepada bercakap dengan cara biasa. Dia suka orang berborak dengan dia, walaupun sekadar bertanya, “Dah makan ke?” Dia  akan respons semula dengan sengih-sengih dan gelak-gelak dia.

 

>>>[KLIK DI SINI] Siti Sarah: “Semua Memori Bersama Emak Menyakitkan. Emak Meninggal Lepas Saya Lahirkan Talita…”<<<

 

 

 

 


Apa yang mencabarnya jadi ibu zaman sekarang?

 

Saya tak tahu bagaimana keadaan zaman ibu zaman dahulu. Sekarang zaman siber, banyak benda kita boleh Google, senang dan cepat dapat maklumat. Apabila kita mendengar sesuatu, dengan cepat kita boleh cari maklumat lanjut. Nak silap pun boleh juga kerana tak semua dalam internet itu betul. Saya rasa zaman sekarang lebih mudah. Memang ada orang kata, “Dulu orang berpantang betul, tapi ibu-ibu sekarang tak mahu berpantang betul.”



Hakikatnya, sekarang ada ubat dan banyak kemudahan. Zaman dahulu memang mencabar kerana ibu-ibu menjaga anak ramai tanpa pengasuh. Saya selalu fikir, kasihan emak saya dahulu. Mereka tak ada pilihan, tak ada pam untuk pam susu yang bengkak dan semua kena buat manual. Sekarang hidup kita makin senang, tapi kita masih banyak kompelin. Syukurlah, walaupun dunia semakin moden, semakin mencabar tapi juga semakin menyenangkan kita. 

 


Bagaimana hubungan dengan ibu?


Sangat rapat kerana saya anak perempuan tunggal. Ke mana-mana dengan emak. Buat kerja dengan emak. Emak saya best friend saya, dia juga kawan lepak saya.



Ada petua yang dia perturunkan?


Banyak juga dia kongsi. Cuma kadangkala apabila dia bercakap, kita balas semula, “Sekarang lain.” Tapi sebenarnya, banyak perkara yang mereka beri, betul sebenarnya. Kita saja yang over confident.



Kemahiran yang anda warisi daripada ibu anda?


Sama seperti emak saya, minat saya lebih pada memasak. Saya taklah pandai masak tapi passion saya pada memasak berbanding mengemas. Bukan malas mengemas tapi kalau bagi pilihan, saya sanggup di dapur dari pagi sampai malam. Emak pun sama.

 

>>>[KLIK DI SINI] "Suami Isteri Jangan Ego. Kalau Salah, Sama-sama Tegurlah Dengan Baik..." — Fizo Omar<<<

 

 

 

 

Kenangan manis dengan ibu?


Saya cepat panik kalau emak sakit. Contohnya, dia pernah melalui satu pembedahan. Itu bukan  kenangan manis sebenarnya, dan ketika itu saya masih bekerja di MAS. Saya nak minta cuti tetapi majikan hanya benarkan cuti emergency. Saya rasa itu tak cukup, saya mahu jaga emak dan nekad, “Saya nak berhenti kerja.” Terasa saya sangat childish, terlalu menggelabah. Sebab saya terlalu sayangkan emak saya.



Akhirnya saya dapat cuti dua minggu, saya pastikan masa berkualiti dengan emak, saya buat semua kerjanya, saya ke pasar, saya jaga dia, jaga makan minumnya sehingga hilang parut pembedahannya.



Apakah kenangan zaman kecil anda tentang ibu yang paling anda ingat?


Dia sangat hardworking. Dia bekerja sendiri, pengusaha nasi lemak yang supply makanan untuk 11 buah  kedai. Kerjanya bermula dari 4.00 pagi hingga 8.00 pagi. Mungkin saya suka bisnes kerana dia juga.

 

 

 


Trend selebriti hari ini membuka akaun Instagram untuk anak, adakah sebagai promosi atau apa?


Bergantung pada kehendak peribadi. Katakan saya bukan selebriti, mungkin saya buat juga. Untuk masa sekarang, bergantung pada objektif. Ketika Zeeshan berusia sebulan dua, ramai mahu photo shoot dengannya tetapi saya tolak. Saya buka IG bukan untuk itu. Saya tak ambil tawaran itu kerana tak mahu dia terdedah pada cahaya, biarlah dia stabil dulu.



IG saya bukan khas untuk Zeeshan. IG itu saya buka untuk berkongsi perjalanan kehamilan saya. Sekarang orang beralih kepada gaya hidup sihat dan saya terinspirasi daripada banyak orang, seperti selebriti luar negara. Jadi, saya belajar daripada orang lain juga. Saya fikir, mengapa tak kongsi, mengapa nak simpan sahaja ilmu kita?

 

Namun begitu banyak rancangan saya tak dapat dibuat. Selepas Zeeshan lahir, jadi IG dia. Sebenarnya IG zhafou/zhafoujr bukan untuk dia seorang, itu adalah signature name gabungan kami bertiga. Apabila dia semakin membesar, IG itu jadi albumnya. 

 

 

>>>[KLIK DI SINI] "Umar Belajar Betul-betul, Jadi Huffaz, Nanti Kat Akhirat Umar Boleh Selamatkan Orang yang Umar Sayang dari API NERAKA…”<<<

 

 

 

 


Saya tak ada objektif untuk promosi dia supaya jadi duta atau apa. Saya hanya manusia normal, suami saya pula bukan selebriti, dia bukannya nak jadi pelakon, pengacara atau apa. Ini hanya untuk suka-suka, sebagai manusia normal yang mahu berkongsi aspek kehidupannya. Zaman dahulu mungkin berbeza, kita kena tunggu orang datang temu bual jika nak masuk majalah. Sekarang apabila ada Instagram, semua orang boleh jadi apa-apa saja. IG itu lebih sebagai album, untuk melihat perkembangannya. Sekarang ini mana ada orang cetak gambar dan simpan album, walaupun saya ada niat itu tapi sampai sekarang tak terbuat.  

 

Setakat ini kami belum jumpa orang yang menyampah tengok gambar kami. Saya happy Zeeshan yang lahir selepas saya gunakan bird’s nest. Dia tak alami ruam sedikit pun. Saya suka tengok perkembangannya kerana saya dapat tunjukkan betapa sihat dan tidak berbahaya produk itu. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Eleh Johan! Jangan Nak ‘Poyo’ La. Kata Lawak Sangat, Buatlah Lawak Sekarang...”

  • Seterus →

    “2 Minggu Dia Kena SAWAN, Sebulan Tak Boleh Berjalan" — Ini Ikhtiar Anak AHMAD IDHAM Lepas Demam Panas