Nov 08, 2016 - 65555
Oleh:
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
DETIK pertemuan mereka cukup romantis dan menerbitkan rasa syukur kepada Allah SWT. Mereka dipertemukan jodoh di Tanah Suci Mekah ketika melakukan umrah. Masing-masing tidak menyangka ia adalah momen yang bakal mengakhiri zaman bujang usai pertemuan itu.
Ujar Irma, “Nak dijadikan cerita, waktu saya naik ke atas sebelum saya pusing untuk takbir tiga kali (berniat) saya terlihat Redza sekeluarga,” ceritanya. Tambah Redza pula, “Apa yang membuatkan saya tertarik apabila terlihat Irma memakai selendang berwarna merah. Itulah kali pertama saya melihatnya,” tuturnya.
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Selepas seminggu Irma selesai menunaikan umrah, keluarganya menerima kunjungan keluarga Redza yang datang untuk merisik. Itulah momen manis bagi Irma yang kini bahagia bersama dua zuriat hasil perkahwinan bersama Redza Syah Azmeer
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Konsep majlis perkahwinan Irma?
Tetapi secara keseluruhan saya lebih menekankan kesederhanaan baik daripada aspek pakaian, hiasan dewan, hantaran dan sebagainya. Saya percaya apa yang lebih penting adalah perjalanan hidup selepas perkahwinan itu sendiri.
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Kenangan manis menuju perkahwinan yang akan Irma kenang sampai bila-bila?
Manisnya mengenai majlis itu, saya bersyukur kerana doa saya selama ini dimakbulkan Allah. Secara peribadi saya tidak menyangka detik pertemuan di hadapan Kaabah berakhir dengan satu episod kehidupan yang cukup indah. Itulah kuasa doa yang selama ini tidak pernah saya rasai dan selami. Masya-Allah, sesungguhnya percaturan Allah itu adalah sebaik-baik rencana.
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Berapa lamakah masa yang diambil untuk Irma melakukan persiapan perkahwinan?
Selepas bertunang 24 Mac 2012, maka bermulalah persiapan. Kami cuma mengambil masa lebih kurang tiga hingga empat bulan untuk memilih caterer, berurusan dengan pereka fesyen, menempah itu dan ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Kata orang, sedangkan lidah lagikan tergigit. Irma dan Redza sendiri, pernahkah berselisih pendapat sebelum hari besar berlangsung?
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Andai Irma mahu mengubah satu perkara dalam majlis perkahwinan Irma, apakah agaknya impian Irma?
Hahaha... apa ya? Mungkin tiada (sambil menguntum senyum) kerana apa yang saya panjatkan dalam doa selama ini, dimakbulkan Allah. Itu sudah memadai.
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Sumber: Ihsan Irma Hasmie
Perkara yang menjadi fokus saya adalah perjalanan hidup selepas berumahtangga. Waktu saya banyak diluangkan untuk anak-anak jika saya tidak terlibat dengan kerja pengacaraan. Doakanlah kehidupan kami sekeluarga. Insya-Allah saya juga mendoakan kesejahteraan hidup anda.