Feb 03, 2017 - 9769

Dapat A+ SPM Subjek Matematik Tambahan — Miss Universe Malaysia 2016 Bakal Jadi Doktor Gigi!

Siapakah Kiran Jassal sebelum menjadi Ratu Cantik Malaysia? Kami menemu bual gadis jelita ini dalam satu pertemuan eksklusif.

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

Kongsikan latar belakang keluarga anda? 

Ayah, seorang pegawai polis manakala ibu seorang peguam. Saya anak bongsu daripada dua adik-beradik perempuan, bekas pelajar A-Level di Kolej Tunku Jaafar yang kini bakal menyambung pengajian dalam bidang pergigian di International Medical University (IMU).

 

Saya mempunyai seorang kakak, Ranmeet Jassal, lima tahun lebih berusia, graduan perubatan dari India yang baru tamat latihan amali selama setahun di sana. 

 

 

 

Gambarkan zaman kanak-kanak anda?

Kehidupan saya very casual. Saya kanak-kanak pemalu dan penakut, berbeza dengan kakak yang lebih berani dan terbuka. Kebanyakan masa, saya hanya
mengikuti kakak, pernah juga menyertai kelas tarian klasik sejak usia tujuh tahun.

 

Membesar sebagai anak anggota polis, kami dididik dengan disiplin yang ketat. Segalanya telah ditetapkan termasuk waktu bangun dan makan. Tetapi, hubungan sosial  dan kekeluargaan kami cukup rapat, bukan sahaja antara keluarga kecil tetapi saudara-mara yang lain. 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana pula dengan zaman persekolahan? 

I was my teacher’s pet kerana saya seorang pelajar yang sentiasa menyiapkan homework dan aktif di dalam kelas. Saya bukanlah pelajar yang menduduki tempat pertama tetapi merupakan antara yang terawal bertanya dan menjawab soalan. Saya juga seorang pelajar yang akan menonjolkan diri dan berusaha untuk mencapai sesuatu.

 

Ketika di sekolah rendah saya cukup aktif dengan aktiviti public speaking, pertandingan bercerita, teka-teki, pantun dan syair. Setelah memasuki sekolah menengah, saya kurang aktif tetapi masih menyertai acara debat serta coral speaking selain dilantik sebagai pengawas sekolah. Hubungan saya cukup baik dengan guru-guru dan hingga kini kami masih berhubung melalui Twitter. 

 

 

 

 

 

Mata pelajaran kegemaran? 

Matematik dan Biologi. Saya meminati Matematik Tambahan walaupun pada peringkat ujian percubaan hanya memperoleh B, tetapi hasil ulang kaji dan latihan tubi tanpa putus asa akhirnya saya berjaya mendapatkan A+ untuk SPM. 

 

 

Cita-cita anda ketika kecil?

Saya pernah berada dalam dilema untuk memilih bidang guaman atau pergigian. Sejak kecil saya sering mengikuti ibu ke mahkamah, melihat pada caranya membentang serta menepis hujah daripada rakan peguam membuatkan saya tertarik dengan bidang ini. Tetapi selepas menjadi pendebat, saya percaya diri ini bukan seperti ibu. Saya gemuruh setiap kali bercakap di khalayak ramai dan mula menyedari I don’t want to do something like that. Akhirnya saya bulatkan tekad memilih bidang pergigian. 

 

 

 

 

 

Beralih pula ketika zaman remaja, pernahkah anda berhadapan dengan konflik atau permasalahan krisis remaja?

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga terbuka. Anak-anak bebas berkongsi masalah atau pendapat serta berbincang mengenai sebarang isu dengan ibu bapa. Malah ibu bapa memberikan kami sebab yang kukuh untuk menolak atau to say no kepada sesuatu perkara. Saya bersyukur dikurniakan a very supportive and protective family dan seorang kakak yang boleh memandu dan membantu dalam apa jua permasalahan.

 

Keluarga tidak pernah menyekat dengan siapa saya berkawan tetapi sebagai anak saya mengambil inisiatif memperkenalkan keluarga rakan-rakan saya terutamanya rakan lelaki kepada ibu dan ayah. Ayah terutamanya sangat protective. Kami tidak dibenarkan menghadiri kelas tambahan luar.

 

Kebiasaannya, cikgu akan diminta ke rumah untuk mengajar kami. Begitu juga perjalanan ke sekolah, walaupun dekat tetapi kami tidak dibenarkan berjalan kaki sendiri. Selepas usia menginjak 18 tahun, barulah saya dibenarkan menaiki teksi untuk ke mana-mana. 

 

 

 

Ketika kecil, pernahkah terfikir anda akan tampil sebagai ratu cantik ketika menonton pertandingan ratu cantik di TV?

Saya masih ingat ketika Deborah Henry mewakili Malaysia, saya menonton pertandingan ini dan tertarik melihat aksi ratu dari Venezuela. Ketika itu, saya langsung tidak terfikir akan menjadi salah seorang daripada mereka. 

 

 

Kongsikan detik mula perjalanan anda dalam pertandingan ratu cantik dan mengapa memilih platform ini?

Ibu adalah orangnya yang mendorong dengan kuat. Ibu tidak putus-putus memberi galakan dan semangat untuk saya mencuba nasib dalam pertandingan ini. Pada usia 50 tahun, ibu saya bersama rakannya berani menyahut cabaran menyertai pertandingan ratu cantik.

 

Namun kerana usia emasnya, ibu hanya layak bertanding untuk kategori klasik. “Jika ibu boleh menyertai pertandingan ini, mengapa saya yang jauh lebih muda tidak berani mencuba?”

 

Lalu saya beranikan diri menghantar permohonan dan sebulan selepas permohonan saya diterima, ibu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori yang disertai.

 

Saya hargai setiap momen yang sedang saya tempuhi saat ini. Menghadiri sesi fotografi, acara temu bual, hmm... bermacam lagi. Semuanya pengalaman baru yang amat mengujakan.  

 

 

 

 

Bagaimana pula dengan persediaan anda menjelang Miss Universe 2016?

Tiada persediaan khusus. Daripada segi pemakanan, I eat everything, even sambal! Tetapi saya tidak makan daging. Aspek penjagaan badan pula, saya mengunjungi gimnasium seperti biasa untuk membina otot agar tidak kelihatan terlalu kurus.

 

Saya turut memfokuskan kepada pengetahuan am. Setiap hari ayah akan membeli tiga akhbar (Melayu dan Inggeris), saya akan membaca dan berbincang dengannya tentang isu terkini dalam dan luar negara.  

 

 

 

 

Tips kecantikan dan rutin cantik yang anda amalkan sepanjang menyertai pertandingan ini?

Sebelum ini saya selesa dengan wajah polos, tanpa mengenakan bedak asas. Cukup sekadar mengoles eye liner serta pembayang mata. Pertandingan ini mengajar saya agar lebih menjaga penampilan.

 

Satu tips yang boleh dikongsi, sentiasa pastikan muka dibersihkan setiap kali sebelum tidur dan jangan sesekali abaikan penggunaan tabir suria. Saya sering mengaplikasikan losen muka bagi mengatasi masalah kulit sensitif, kering dan mudah gatal. 

 

 

 

 

Kita sering tonton di kaca TV, mengenai peserta-peserta ratu cantik yang mensabotaj sesama sendiri kerana ingin menjuarai mahkota ini. Apakah situasi ini benar-benar wujud?

Not at all. Mula-mula sedikit risau akibat terpengaruh dengan rancangan realiti antarabangsa yang banyak memaparkan unsur-unsur sabotaj. Realitinya tidak begitu.

 

Kami bukan sahaja berkongsi tips beraksi di pentas, makanan, malah kami saling membantu memilih pakaian, memberi komen membina dan berkongsi pandangan  mengenai isu semasa. Hubungan kami baik. Ya, hingga hari ini kami masih berhubung dan bertanya khabar. 

 

 

 

Siapakah inspirasi dan idol anda dalam pertandingan ini? 

Kimberley Leggett yang menerima gelaran Miss Universe Malaysia 2012 pada usia 18 tahun. Kimberley meneruskan minatnya dalam bidang kecergasan dan kini dia bergelar jurulatih peribadi.

 

Saya juga kagumi kecantikan dan usaha Lara Dutta dalam bidang kebajikan. Begitu juga dengan Anne Hathaway, pelakon yang simple, sweet, bubbly, humble dan mampu membawakan pelbagai watak. 

 

 

 

 

Tiga negara ingin anda kunjungi untuk tujuan kerja amal?

Ghana dan Honduras yang kurang menitikberatkan hal pendidikan, kekurangan sekolah serta dana untuk pembangunan. Saya ingin membantu meningkatkan kesedaran dan pendidikan di sana. Begitu juga dengan Vietnam dalam mengembang dan memperkasa ekonomi di sana.  

 

 

Bagaimana untuk membentuk keyakinan diri?

Saya sendiri pada peringkat awal tiada keyakinan untuk catwalk. Pengalaman awal agak teruk, posisi kaki dan gaya catwalk ala gangster, hahaha. Tetapi saya teruskan berlatih dan minta pendapat teman lebih berpengalaman. Apabila usaha kita dipuji, perlahan-lahan keyakinan itu mengukuh. Saya percaya, kegigihan dan latihan tanpa jemu pasti membantu. 

 

 

 

 

Pereka fesyen pilihan?

Saya meminati Chanel biar pun belum mampu memilikinya, hahaha... tetapi ya, rasa sangat teruja menyaksikan fashion show jenama ini.

 

 

Perancangan anda selepas berakhirnya pertandingan ini?

Saya akan menyambung pengajian lima tahun untuk mencapai cita-cita bergelar doktor gigi. Bidang peragaan akan diteruskan jika berkelapangan supaya platform yang telah diberi ini tidak disia-siakan. Paling penting, saya ingin membakar inspirasi generasi muda untuk memburu setiap impian. Ya, jangan pernah gentar untuk mencuba! 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    WIRDA WEARS PRADA — Kisah Kerjaya Editor Majalah Ternama Malaysia. Kala dijulang, Saat ‘disailang’!

  • Seterus →

    “Wanita Saiz Besar Cuma Sesuai Bawa Watak Komedi. Sedihlah dilabel Gitu" — Sherry & Zulin Aziz