Feb 25, 2017 - 18534
Oleh: Afiza Kamarulzaman
NAMANYA menjadi pilihan label fesyen M Pavilion dan Melium untuk dijadikan wajah sampul depan majalah InTrend bulan ini. Beberapa nama kami lemparkan untuk pihak M Pavilion dan Melium, setiba sahaja nama Izara Aishah dipetik, mereka mengangguk tanda setuju. Dan kami di sidang redaksi bersetuju, memandangkan Februari adalah bulan meraikan cinta.
Sinonim dengan kehidupan Izara sekarang yang berada dalam fasa keasyikan lembayung cinta. Rata-rata sudah maklum gerangan lelaki yang kini menjadi cinta hatinya. Siapa lagi kalau tidak jejaka kacak, Adib Khalid yang berjaya mencuri hatinya. Walaupun pada awal percintaan dulu, mereka agak berahsia namun keintiman mereka yang kerap bersama ke majlis- majlis tertentu akhirnya tidak lagi mampu mereka sembunyikan. Dan, hari ini ia bukan rahsia lagi apabila mereka antara pasangan dua sejoli terhangat di Malaysia.
Walaupun, masih tidak berkata putus tentang penamat hubungan cinta itu, namun Izara yang bakal berusia 25 tahun, tahun ini secara jujur mengakui bahawa Adib adalah cinta hatinya yang sempurna. Banyak keistimewaan Adib membuatkan Izara selesa bersamanya hingga ke hari ini. Pagi itu Izara tiba di studio berteman pengurusnya, seperti biasa Izara mudah amat untuk bekerjasama, kala melihat busana-busana gantungan di rak dek M Pavilion, dia tersenyum dan akur sahaja, Syed Faizal duduk dan mula menyolek jelapang wajahnya yang polos sama rona jingga terang.
Cody Chua membentuk rambutnya dibiar lurus untuk sempurnakan gaya yang berbeza dan segar bagai mengiakan Musim Panas yang bakal tiba nanti. Kala kami duduk berbual ditemani jajan, Izara tampak berseri-seri dan bahagia. “Izara, sedang bahagiakah?“ “...Soalan apa ni? Hahaha, Yes, Izara sedang bahagia!” Ketika dihubungi untuk diwawancara, beberapa kali talian terpaksa diputuskan dek kesibukan Izara di set lokasi.
Namun, sesuatu yang harus dipuji tentang gadis kecil-molek ini, janji yang ditabur ditepati dan pantas sahaja membalas kiriman WhatsApp InTrend. Permulaan tahun yang baik bagi Izara kerana banyak produknya menemui peminat tahun ini. Gadis berkacukan Melayu (sebelah bapa) dan Pakistan (sebelah ibu) ini juga berharapkan cahaya yang lebih gemilang untuk tahun 2017 ini kerana berasakan agak sepi pada tahun lalu. Malah bermula Januari lagi, jadual Izara sudah penuh dengan aktiviti kerja. Sibuk itu bagus. Bukankah ia petanda bahawa kita laris dan buat duit juga masih ‘wujud’ dalam industri ini!
Apa perkembangan terbaru Izara Aishah yang ingin dikongsi dengan pembaca InTrend? Something exciting coming your way?
Izara sedang sibuk di lokasi penggambaran tele lem. Selepas itu, Izara punya komitmen 60 episod untuk drama bersiri siaran di slot Akasia, TV3 pula. Drama bersiri ini akan bekerjasama dengan produksi Indonesia yang turut menampilkan pelakon dari sana, Irwan Shah. Walaupun ada yang kata Izara senyap sejak kebelakangan ini, hakikatnya Izara masih sibuk berlakon. Mungkin Izara tidak begitu menguar-uarkannya.
Insya-Allah tahun ini dua lem Izara akan ditayangkan iaitu JRevolusi, gandingan Izara bersama Zul Arifin, Farid Kamil dan Nur Fazura. Dan Kau Yang Satu, lakonan Izara dengan Aaron Aziz, arahan Osman Ali. Selain itu, ada beberapa lagi tele lem Izara yang akan bersiaran tidak lama lagi. Alhamdulillah, banyak karya lakonan Izara yang akan menemui peminat nanti walaupun daripada segi publisiti Izara dianggap agak sepi. Paling penting, adalah hasil produk kita di akhirnya dan bukan apa yang kita sedang buat di pertengahan cerita, kan?
Sedangkan kita punya media sosial jika mahu mempromosikan diri, kenapa Izara tidak mahu ‘jual diri’ dalam Instagram sendiri?
Sebenarnya, Izara bukanlah jenis yang aktif bersosial di alam maya terutamanya Instagram. Jujurnya, Izara rimas untuk sentiasa ‘update’ perkembangan diri di laman sosial terutamanya yang berkaitan personal.
Bagi Izara, akaun Instagram yang Izara buka itu pun lebih kepada tuntutan kerja semata-mata, selebihnya Izara tidak suka untuk kongsikan. Izara bimbang jika terlalu banyak berkongsi hal personal di situ, ia akan mengganggu lakonan Izara kerana karakter kita yang sudah peminat ketahui secara originalnya.
Walaupun tidak galak ‘main’ Instagram, followers Izara not bad, melebihi 900 ribu pengikut. Apa menariknya Instagram Izara jika hakikatnya Izara sendiri tidak gemarkannya?
Entahlah. Mungkin apabila jarang post sesuatu, sekali Izara post ia membuka mata followers untuk menuju ke situ dan ‘meletop’. Mahu tahu apa yang Izara kongsikan kali ini setelah lama tidak muncul di Instagram? Mungkin... Lagipun, Izara jenis yang tidak suka melayan komen- komen atau feedback negatif netizen. Walau dikecam macam mana sekalipun, Izara lebih suka mengambil sikap berdiam diri.
Malaslah nak gaduh-gaduh. Izara rasa Instagram bukanlah medium terbaik untuk mempromosikan segala perkara. Contohnya, kalau mahu promosikan fiem terbaru, Izara buat sekadarnya kerana bagi Izara kita punya platform yang lebih baik iaitu media massa seperti akhbar dan televisyen. Lebih sesuai, ia digunakan dengan bijak.
Tidak banyak kemunculan Izara di filem atau drama TV untuk sepanjang tahun lalu. Adakah ia disebabkan Izara memilih watak lakonan atau menjaga eksklusif diri?
Memilih watak sangat penting untuk seorang pelakon yang bijak. Ya, Izara menitikberatkan jalan cerita sesebuah skrip itu. Begitu banyak cerita sekarang yang stereotaip, klise dan jalan ceritanya seakan-akan sama sahaja. Kerja kita bukan sekadar untuk mencari duit semata-mata. Kita bekerja atas nama seni dan ia dinamakan berkarya.
Untuk karya lakonan kita diangkat, naskhah yang baik perlu dipertimbangkan juga. Izara mahu hasil kerja Izara dihargai, dipandang tinggi dan tidak diperlekehkan. Izara mahu mencabar diri Izara untuk karya lakonan yang lebih baik hari demi hari, bukan yang sekadar ‘asal boleh’.
Jadi, apa pula watak yang Izara sangat impikan dan belum pernah Izara pikul?
Terlalu banyak watak yang Izara masih belum berkesempatan untuk bawa. Contohnya, watak orang kurang upaya atau ghter. Sebenarnya, Izara mengimpikan akan ada satu tawaran untuk Izara membawakan watak kisah benar; genre bio filem, garapan daripada kisah hidup seseorang yang punya cerita hidup unik.
Contohnya macam watak Mona Fandey! Watak sebegitu mampu mencabar keupayaan kita dalam menjiwai dan memahami psikologi mereka. Alangkah seronoknya kalau ada tawaran sebegitu buat Izara.
Siapa agaknya pelakon Malaysia yang Izara idolakan lakonan mereka?
Bront Palare kerana bagi Izara dia seorang yang versatil. Bawalah apa sahaja genre lakonan, semua dipikul dengan baik. Lagi seorang ialah Kak Elly Suriati. Lakonannya sangat ‘real’ dan dia mampu memberikan impak yang besar pada setiap karakter yang dibawanya sehingga meresap ke jiwa kita sebagai penonton. Setiap watak lakonan yang Kak Elly Suriati bawa berbeza-beza dan kita tidak akan dapat cari persamaan pada setiap watak yang pernah dia bawa. Hebat!
Itu kehebatan pelakon- pelakon senior. Jadi, bagaimana pula Izara melihat pelakon- pelakon baru sekarang dalam menggalas watak yang diberi dan pandangan Izara sendiri tentang perkembangan industri kita hari ini? Makin sihat atau agak tenat?
(Menarik nafas panjang). Banyak sangat pelakon baru yang datang ke industri kita bukan mahu betul- betul berlakon. Kebanyakan mereka berlakon kerana tidak tahu mahu buat apa dan tidak tahu mahu ke mana, jadi berlakonlah. Adakala, Izara tidak nampak misi mereka sebagai pelakon, tidak faham tujuan mereka menjengah industri ini.
Ada yang mahu buat semua benda dalam satu waktu. Mahu berlakon, mahu bisnes, mahu cipta kontroversi, tiada fokus! Golongan begini yang menjatuhkan nilai industri seni lakonan. Jika betul-betul bagus, tidak mengapa, mereka dialu-alukan untuk memeriahkan industri seni lakonan kita. Jika sebaliknya, berlakon atas dasar suka- suka dan tidak serius, silalah buat benda lain.
Berlakon bukan tempat untuk mencari duit semata-mata. Ia satu tanggungjawab yang besar dan tentang maruah. Penonton tidak bodoh, mereka boleh bezakan lakonan yang baik atau sekadar melepaskan batuk di tangga.
Adakah Izara kecewa dengan situasi ini? Siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya?
Kecewa? Izara cuma berharap situasi ini tidak akan kekal lama. Tidak tahulah siapa yang harus dipersalahkan. Masing-masing ada tanggungjawab dalam industri ini.
Izara mungkin muak untuk bercerita, tetapi peminat tetap mahu tahu, sejauh mana kisah cinta Izara dengan Adib Khalid dan bila cinta kalian akan menemui kesudahannya?
Maksudnya kahwin? Aduhai, entahlah. Izara tiada jawapan tepat untuk itu. Izara lebih suka kalau soalan itu ditanya sendiri kepada Adib. Izara perempuan. Adib lelaki dan dia sebenarnya yang wajar menentukan bila nak hantar pinangan dan sebagainya. Apa pun, we are very serious in our relationship. Izara amat senang dengan Adib, hanya itu yang boleh Izara katakan.
Apa istimewanya Adib Khalid di mata Izara sehingga hubungan kalian kekal hingga kini?
Dia seorang yang supportive, tidak mengongkong apa yang Izara nak buat and very understanding. He is my dream guy! Adib seorang yang setia, baik hati, pemurah dan humble.
Alhamdulillah, apa yang Izara doakan untuk seorang lelaki yang Izara idamkan, Izara dapat melalui dia. Insya-Allah, kalau ada jodoh siapa tidak mahu mengakhirinya dengan hubungan yang kekal. Doakan yang terbaik untuk kami. Kalau ada berita baik nanti, Izara pasti akan kongsikan.
Izara sendiri sebagai teman wanita Adib Khalid, bagaimana karakternya?
Izara seorang yang manja, setia dan serius dalam perhubungan kami. Izara menjaganya seperti menjaga seorang suami. Mungkin itulah faktor yang menjadikan hubungan kami bertahan hingga kini. Ujian itu pasti ada tetapi kedua- dua harus saling mempercayai.
Ramai yang meramalkan, perkahwinan Izara nanti pasti diselimuti kemewahan dan kegemilangan. Hakikatnya, impian perkahwinan Izara nanti bagaimana?
Langsung tidak ada dalam angan-angan Izara. Dari dulu lagi, Izara mengimpikan perkahwinan yang paling ringkas. Kalau boleh cukup dengan upacara nikah yang simple. Namun, Izara tahu ia tidak mungkin terjadi kerana Izara selebriti. Hahaha...
Izara dilihat cukup rapat dengan keluarga Adib, apa sahaja program kekeluargaan Adib, Izara akan turut serta. Apa pandangan Izara terhadap keluarga Adib?
Sama seperti keluarga lainnya juga. Mereka sangat rapat dan menyayangi antara satu sama lain. Mereka saling melengkapi. Paling penting, mereka menerima Izara dengan baik. Izara juga selesa apabila berada dalam kalangan keluarga Adib.
Kebetulan, Izara juga rapat dengan Dato’ Siti Nurhaliza (ibu tiri Adib Khalid), secara peribadi bagaimana Izara melihat Dato’ Siti sebagai isteri dan ibu tiri kepada Adib dan adik-beradiknya yang lain?
Semua orang tahu Mak Iti (panggilan Izara kepada Dato’ Siti Nurhaliza) seorang yang mudah didekati. Seorang yang pemurah, lemah-lembut dan penyayang. Aura itulah yang membuatkan sesiapa sahaja mudah dan selesa apabila bersamanya.
Izara mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan mencipta produk kosmetik sendiri. Ceritakan sedikit mengenainya?
Ya, sudah setahun lebih produk Izara itu dirancang. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengeluarkan produk sendiri dengan hanya pilih apa barang kita nak dan kemudian cetak sahaja nama kita di situ. Tidak! Izara amat cerewet tentang proses penghasilannya kerana itu ia mengambil masa yang panjang untuk dilancarkan.
Ia sejenis gincu yang diberi nama Madame Izara. Ia gincu yang tidak hanya memberikan efek warna yang cantik tetapi juga mampu melembapkan bibir dan selamat digunakan. Insya-Allah, Izara target sebelum pertengahan tahun, ia akan berada di pasaran. Semua konsep, rekaan dan pemilihan formula Izara lakukan sendiri. Ia adalah penciptaan daripada hati Izara sendiri.
Mengapa memilih bidang kosmetik sebagai cabang perniagaan Izara?
Kerana ia dekat dengan jiwa Izara. Gincu juga adalah item yang selalu Izara bawa dan pakai. Izara selalu ditanya peminat apa yang Izara pakai, apa rahsia Izara itu ini. Jadi, Izara mahu berkongsi apa yang Izara guna secara peribadi dengan peminat. Dan kosmetik adalah medium terbaik. Izara harap ia diterima baik oleh semua.
Tidakkah Izara khuatir dengan persaingan dalam perniagaan kosmetik ini?
Izara agak nervous juga. Yalah, my rst baby, kan? Tidak dina kan, terlampau ramai yang membuka perniagaan kosmetik sekarang. Apa yang Izara harapkan, semua orang akan menyokong usaha Izara ini. Ia bukan produk untuk dijual semata-mata tetapi adalah perkongsian dari hati Izara sendiri. Izara ikhlas melakukannya.
Antara bisnes dan lakonan, yang mana fokus utama Izara? Tidakkah lari fokus berlakon nanti apabila Izara kian sibuk dengan perniagaan?
Lakonan masih nombor satu di hati Izara. Ia adalah cinta pertama Izara. Lakonan juga adalah kerjaya tentang diri Izara sendiri. maksudnya, untuk lakonan Izara perlu melakukannya sendiri sedangkan kalau perniagaan ini, Izara punya orang kanan dan kiri yang menguruskan bahagian- bahagian tertenu. Jadi, Izara bolehbegantung harap dengan mereka untuk menguruskan bisnes Izara. Tetapi lakonan, adalah melalui usaha Izara sendiri.
Sampai bila pula Izara ingin terus berlakon dan berlakon?
Sampai Izara puas hati. Izara tidak tahu sampai bila? Berlakon kekal nombor satu walau apa pun bidang lain yang Izara cuba. Tambahan pula, Adib tidak pernah melarang Izara untuk terus mengejar impian Izara. Lakonan dan perniagaan adalah dua dunia berbeza.
Sudah menjadi usahawan kecantikan, mesti ada tips cantik yang mahu dikongsi?
Wajib cuci muka sebaik bangun pagi dan sebelum tidur. Izara tidak akan minum air dua jam sebelum tidur. Kalau mengelap muka, Izara hanya akan menggunakan tisu dan bukan tuala. Kerana ia lebih terjamin bersih daripada tuala yang kita tidak tahu sejauh mana kebersihannya.
Bagaimana dengan penjagaan badan? Izara punya berat badan cepat naik dan turun, kan?
Itulah, badan Izara cepat naik dan tiba-tiba boleh turun. Mungkin kerana ia mudah dikawal. Rutin Izara adalah ke gimnasium; wajib empat hari. berturut-turut. Jika tidak, badan rasa tak sedap.
Daripada segi makanan, Izara tidaklah kawal diet yang keterlaluan. Cuma Izara tidak mengambil makanan berminyak, Izara ambil suplemen dan protein shakes untuk tenaga dan kesihatan.
Apa harapan Izara untuk bulan- bulan seterusnya pada 2017 ini?
Tentulah mahukan yang lebih baik daripada tahun lepas. Mahu lebih berjaya dan bersinar. Ya, Izara akui kalau tahun lepas kerjaya Izara agak suram. Jadi, Izara berharap tahun ini memberikan lebih banyak kejayaan dan kegemilangan yang bakal menyinari tahun 2017 Izara. Doakan Izara okey!