Jan 21, 2017 - 6036
Oleh: Salina Ibrahim
Sumber foto: Instagram
KONGSI pengalaman ketika kali pertama hamil?
Umur saya 26 tahun ketika itu. Satu pengalaman yang sangat awesome, sangat-sangat. Tiba-tiba saya rasa saya orang yang sangat tidak penting dalam dunia. Sebelum itu saya hanya fikir seluruh dunia berputar pada apa-apa yang saya mahu, semuanya mengenai saya, saya, saya. Apabila hamil, saya tak penting lagi, yang lebih penting adalah bayi. Tiba-tiba satu dunia akan nampak lain.
Yang menarik tentang anak-anak anda?
Empat orang semuanya, perempuan (12 tahun), lelaki (11 tahun), lelaki (10 tahun) dan perempuan (tiga tahun). Ini semua rezeki.
Ketika hamil pertama dan tahu itu perempuan, saya berharap dapat anak lelaki. Enam tujuh bulan kemudian ketika saya masih menyusu badan, saya hamil lagi. Tuhan kabulkan permintaan saya kerana saya memang mahu anak lelaki. Anda tahulah pentingnya anak lelaki dalam keluarga orang Cina. I got a boy, woo... so happy! Saya masih juga menyusu badan dan sekali lagi hamil, juga anak lelaki lagi.
Saya rasa ini sekali lagi pemberian Tuhan.
Sumber foto: Instagram
Pengalaman berbeza-beza tentunya?
Bagi saya, semuanya sama, tiada perbezaan. They’re all great. I love being pregnant. Saya rasa diri lebih baik. Kulit saya bersinar, tak perlu bersolek pun okey. Benda yang paling rindukan adalah hamil. Kalau boleh, nak mengandung selama-lamanya. Ketika hamil, saya rasa diri sangat positif. Cara saya pandang dunia sangat berbeza. Saya rasa sangat-sangat blessed dan selalu diingatkan tentang keajaiban di dunia. Rasa humble dan hidup jadi hebat ketika hamil. Pada saya, wanita patut selalu hamil, pada sayalah!
Sumber foto: Instagram
Empat orang anak, empat karakter yang berbeza barangkali?
Mereka sangat berbeza. Anak sulung saya sangat baik. Pada saya ‘baik’ itu bad word, maksudnya tiada karakter. Semua orang suka dan untuk buat semua orang suka, kena jadi macam semua orang. Jadi, tiada personaliti dan tidak kuat. Seperti katanya, “Mengapa nak menang, kalau saya menang, ada orang akan sedih. Jadi biarlah mereka menang.”
What??? Itu salah! Memang dia sangat baik, tak suka jadi center of attention, dan hanya suka jadi kawan baik semua orang. Itu satu masalah juga pada saya. Saya dengan dia memang ada gap. Jujur, saya memang letak tekanan lebih kepadanya.
Anak kedua, sejak kecil sangat suka dan gila pada haiwan dan serangga. Dia suka pengetahuan tentang serangga, rupa, nama saintifik, semuanya. Kami sedar hal ini ketika suatu lawatan ke Los Angeles. Di sana sebuah nature museum menganjurkan bengkel tentang serangga. Dia berjalan sendiri ke sana untuk sertai bengkel itu.
Semasa sesi soal jawab, dalam ramai-ramai orang putih, dia orang pertama angkat tangan dan bertanya soalan tanpa henti, sedangkan di sekolah, dia bukan orang begitu.
Yang bagus apabila tahu kecenderungannya, lebih mudah untuk ibu bapa mendorongnya. Kami beli buku, buat aktiviti yang membabitkan persekitaran dan ketara nampak matanya bersinar… dia memang sangat suka.
Sumber foto: Instagram
Yang ketiga, kami belum nampak kekuatannya. Yang jelas, dia paling good looking antara semua anak. Dia sangat menarik, semua orang akan nampak dia dahulu, tapi apabila dia buka mulut, ohhh terasa bongoknya, sebab memang dia suka cakap bongok! Hahaha.
Kalau ditanya, katanya hendak jadi famous, tapi dia sendiri tak tahu famous sebab apa. Yang bongsu sangat kuat. Saya memang rancang untuk dia dilahirkan pada tahun naga kerana saya sendiri adalah baby dragon. Memang impian saya untuk ada anak yang dekat dengan saya, yang lebih demanding, ‘ganas’ dan dia memang begitu setakat ini.
Anak-anak lebih banyak mengikut sifat siapa?
Kecuali yang bongsu, yang lain tak macam saya agaknya. Daripada segi pencapaian di sekolah juga sangat berbeza. Saya dahulu tidak pernah dapat nombor dua atau tiga, sentiasa nombor satu sahaja.
Dahulu saya tak faham kenapa orang gagal peperiksaan, sedangkan saya yang tak belajar pun boleh dapat markah 98. Sekarang, saya boleh rasai orang gagal sebab anak-anak saya begitu. Suami kata, pelajaran bukan segalanya, pada saya, walaupun bukan segalanya tetapi penting.
Sumber foto: Instagram
Antara anda dan suami, siapa lebih dominan dalam disiplinkan anak-anak?
Tidak begitu jelas siapa bad cop dan siapa good cop. Tapi saya mahu mereka faham bahawa saya ada jangkaan saya sendiri. Bapa lebih tegas tetapi saya ada expectation. I’m quite cool but I want you to perform very well. Kalau tidak, saya akan kecewa, bukan sahaja kekecewaan itu saya tunjukkan pada muka tetapi saya akan cakap beratus kali. Hahaha… stres ada mak begini!
Aktiviti yang selalu anda lakukan bersama-sama mereka?
Biasanya kalau ada masa lebih, saya bawa mereka buat sesuatu yang saya fikir cool dan mereka belum rasa. Contohnya, saya cuba keluarkan kreativiti anak perempuan saya, dengan bawa dia berjumpa orang berlainan. Saya temukan dengan Melinda Looi, supaya dia dapat melihat cara Melinda bekerja, kenal alat jahitan, rekaan, apa sahaja. Anak saya sudah ada koleksi rekaannya sendiri.
Saya juga pernah dedahkan dia pada gaya solekan tertentu dengan membawanya bertemu seorang jurusolek terkenal supaya dia dapat belajar. Untuk anak lelaki, saya bawa ke kelas coding serta belajar dengan kawan-kawan programmer yang boleh mencipta robot.
Sumber foto: Instagram
Ada pendekatan atau 'parenting style' yang anda amalkan?
Pada saya, untuk jadi ibu bapa perlu satu perkara sahaja. Selalu mendengar supaya kita dapat jadi lebih organik. Bukan sahaja mendengar apa-apa perubahan dunia tapi perubahan pada anak-anak. Kadangkala kita tak perasan mereka sudah beralih ke fasa berlainan. Dan kita harus mengubah cara kita menjadi ibu bapa. Kalau kita dengar betul-betul, kita akan dapat jawapannya. Kita tak patut terikat dengan cara kita. Yang penting sentiasa periksa keperluan mereka dan apa-apa yang penting.
Hadiah paling bermakna daripada anak-anak?
Tak perlu hari istimewa. Memasak, melukis, banyak sekali. Tetapi saya rasa, apabila anak kedua dapat A dan katanya, “Saya dapat A untuk mak,” saya rasa sangat bangga. Bermakna, saya memang ada pengaruh terhadap mereka.
Sumber foto: Instagram
Antara mulut dengan tangan, apa yang lebih cepat apabila anak-anak buat salah?
Rotan! Saya tak ada masa untuk berleter, saya perlu cepat pada execution. Oh my God, salah tu! Hahaha. Begini, jika seorang anak datang kepada saya merungut pasal yang seorang lagi, senang saja, saya beri dua saat. Kalau mahu terus kompelin, saya rotan kedua-duanya, kerana kedua-dua mereka memang bongok. Atau, tarik balik kompelin, masuk bilik, selesaikan masalah.
Apa yang seronoknya jadi ibu?
Banyak benda yang mereka ajar saya walau saya tak minta. Perkara yang mereka lalui banyak mengajar saya dan membantu saya melalui perjalanan hidup saya sendiri.
Sumber foto: Instagram
Jika diberi peluang, ada perkara yang berlainan yang mungkin anda lakukan sebagai seorang ibu?
Yang dapat saya katakan, saya mungkin tak berhenti kerja. Antara 2008 hingga 2012 selepas anak ketiga dan sebelum anak keempat, saya bekerja dalam dunia korporat. Dalam dunia korporat, kerja memang banyak tetapi gaji sangat lumayan.
Selepas anak keempat, saya mahu buat lebih, saya keluar dari dunia korporat dan jadi usahawan. Jeng jeng jeng… saya masih kendalikan syarikat tetapi pendapatan saya berkurangan berbanding dahulu, dan masa bersama anak-anak juga berkurangan berbanding dahulu.
Saya fikir, sekarang kalau diminta putar semula masa, mungkin saya pilih kerjaya dengan gaji tinggi. Supaya saya dapat beri lebih kepada anak-anak. Sekarang saya rasa, saya beri masa yang kurang kepada mereka. Sekarang sangat stres walaupun saya tidak tunjuk di hadapan mereka. Malah saya juga tak dapat berbelanja seperti yang saya mahu apabila bersama-sama mereka.
Saya tak dapat hantar mereka sekali gus ke sekolah swasta kerana belanja yang mahal. Tapi kalau saya berkerjaya dengan gaji tinggi, mungkin tak ada masalah itu.
Sumber foto: Instagram
Apa yang menarik hari ini berbanding zaman kecil anda?
Paling ketara adalah cara berkomunikasi dan menunjuk kasih sayang, Dahulu, emak saya tidak pernah cakap, “Saya sayang awak.” Malah sampai sekarang boleh dikira berapa kali dia sebut. Saya juga hanya beberapa kali pernah peluk emak.
Hari ini saya peluk anak-anak dan mereka beritahu, mereka sayang saya setiap hari. Secara tak langsung, emak saya juga sekarang sudah senang berkata, “I love you too” kepada anak-anak saya… tapi tak pernah sebut kepada saya pun!
Sifat yang diwarisi daripada ibu?
I have a great mother, she is very forward thinking mother. Banyak resource dan apabila di hujung jalan, pada dia, mesti selalu positif, optimistik, dan katanya,“Okay, now is the next adventure.”
I take a lot of that. Itu yang paling ketara. Saya nampak cara ibu mentua bercakap dengan anak-anaknya dan ibu mentua juga nampak cara saya mengajar anak-anak saya. Anak-anak saya tidak boleh bercakap perkara seperti I don’t know, atau I’m not sure. Kalau cakap begitu, rotan akan sampai! Sebabnya, I don’t know, I’m not sure itu menunjukkan perangai yang sangat tak kisah dan tak bertanggungjawab. Sesuatu yang emak saya tak pernah ajar.
Dia ajar saya bertanggungjawab, buat pilihan dan percaya. Semua yang kita buat adalah pilihan kita dan ada kesannya. Dalam keluarga ibu mentua saya, ‘apa yang akan terjadi, akan terjadi’. Saya nampak begitu pada suami saya. Pada saya tidak, anda buat keputusan apa-apa yang akan jadi, kena bertanggungjawab terhadap apa-apa yang anda lakukan dan apa-apa yang anda cakap.
Sumber foto: Instagram
Cabaran jadi ibu zaman sekarang?
Cabaran paling besar, bagaimana hendak sesuaikan diri dengan perubahan yang sedang berlaku dengan cepat dalam dunia. Sama ada anda mahu jadi seorang yang tak tahu apa-apa tentang teknologi, tak mahu fikir tentang itu dan ajar anak dengan cara sama ibu bapa anda ajar anda... atau anda beri perhatian segala yang berlaku hari ini, apa-apa yang anak-anak sekarang lakukan, apa-apa yang anak-anak anda lakukan, bagaimana anak-anak anda boleh dapat pengalaman yang lebih baik.
Apabila satu keluarga keluar makan dan semua orang sibuk dengan gajet, kita kata itu tak baik. Bagi saya, itu sebenarnya understatement, buat kesimpulan mudah ia amalan tak bagus. Jika itulah cara manusia berkomunikasi sekarang – semua orang keluarkan gajet apabila ada masa lapang dan memang jadi tabiat sekarang – jadi apakah yang kita boleh buat supaya dapat terus bersama-sama walaupun ketika melayani gajet? Perlukah bermain bersama-sama, atau perlukah sesuatu yang semua orang dapat bincangkan?
Selalunya sepanjang makan malam, anak-anak rasa mereka penting sebab ibu bapa bercakap tentang ibu bapa sahaja, tetapi tidak berminat tentang anak-anak. Ini adalah antara persoalan yang perlu dijawab.
Ada ibu bapa mendisiplinkan anak dengan tak membenarkan mereka guna telefon lebih daripada dua jam. Pada saya pula, pertama, anda telah ‘merompak’ peluang anak untuk kenal apa-apa yang anak-anak lain sedang nikmati. Dan kedua, anda tak faham dunia anak-anak anda. Jurang akan jadi semakin besar.
Apabila disiplinkan anak begitu, anak hanya akan ingat satu perkara, bahawa “Ibu halang saya daripada apa-apa yang saya suka dan saya tak bagus kerana ibu tak benarkan saya buat.”
Inilah yang sukar bagi ibu bapa seperti saya sebab dunia sedang berubah. Sekarang dunia mereka, bukan dunia kita. Dalam dunia mereka, mereka guna gajet untuk menyampaikan segala yang mereka mahu. Kita kena hidup dalam dunia mereka, kalau tidak, jangan disebabkan kita, mereka akan hidup ketinggalan.
Hadiah kalau mereka berjaya dalam pelajaran dan sebagainya?
Saya bawa ke mana-mana sahaja mereka nak pergi, dalam negara atau luar negara.
Nasihat untuk bakal ibu?
Tanggungjawab mendidik anak bukan tugas satu orang. Jangan bolot beban menjaga anak seorang diri. Walaupun itu anak kita, untuk anak jadi lebih baik adalah dengan belajar daripada ramai orang. Anda harus kongsi dengan ramai orang. Seramai mungkin, lebih baik.
Dengan berkongsi, bukan sahaja kita dapat masa untuk diri sendiri, tetapi anak itu juga akan jadi lebih holistik. Kadangkala kita senget tapi kita tak perasan. Biar orang lain seimbangkan. Kalau kita sedar diri sendiri, kita nampak di mana kita senget. Tiada orang sempurna.